Monday, November 16, 2009

ANWAR KE SEORANGAN-PAS DILANDA KEMELUT



















OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

BERMULA dengan isu Unity Goverment(Kerajaan Perpaduan), PAS terus dilanda kemelut yang tidak berkesudahan. Nampaknya politik PAS semakin kacau. Isu kemaruk UMNO juga belum reda. Nyata benar masih ada lagi peranan besar saki baki kemaruk UMNO yang menerajui kepimpinan parti masih mahu mencetuskan dilema dalam PAS.

Dilema Dr Hassan Ali(PJ) Selangor sebagai individu yang banyak mencetuskan masalah dalam PAS akhir ini kian hangat di perkatakan. Bersama Ustaz Nasharudin mereka masih lunak dengan UG UMNO. Masalahnya dikatakan Ustaz Hadi juga gagal mengawal permaianan politik individu kemaruk UMNO itu. Persepsi Dr Aziz Bari banyak sekali mengungkap kebenaran.

Menteri Besar Kelantan juga dirandung dilema, beliau jelas melawan arus kumpulan kemaruk UMNO yang dikatakan lebih senang dengan Presiden parti. Dilema politik Kelantan mula mencetuskan masalah yang membebankan Tok Guru Nik Aziz. Peperangan Ir Ariffahmi(menantu Tok Guru) dengan blogger Kicskdefella turut menjejaskan politik Kelantan. UMNO mula memainkan isu Tok Guru juga mengamalkan dasar kroni-nepotisme.

Hassan Ali kian meracau, Ketua penyiasat displin PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man juga tidak senang kerana ada pemimpin PAS masih menggunakan blog. Mungkin mengundang sindiran kepada Tok guru kerana menggunakan blog bagi menegur beberapa kerat puak kemaruk PAS yang mesra dengan UG. PAS sekarang dirandung malang, ekoran serangan Dr Aziz Bari yang menekan agar Presiden PAS, Hj Hadi letak jawatan kerana mengikut persepsinya kepimpinan Hj Hadi tiada relevan lagi.

Dalam usaha untuk meredakan isu kemaruk UMNO, timbul pula isu 'Bai'ah" membawa maksud lompat parti isteri di talak tiga. Saya percaya banyak isu-isu berlegar dalaman PAS yang merupakan rahsia parti, kini sudah berada dalam peti simpanan UMNO. Tentunya ia disalurkan oleh mereka-mereka yang dimaksudkan puak kemaruk UMNO. Dan rahsia-rahsia ini akan dipergunakan oleh UMNO untuk mengk.0kan PAS menjelang pilihan raya akan datang.

Sekarang tinggal Anwar Ibrahim keseorangan meneruskan gerakan menentang UMNO-BN. PAS nampaknya tidak terdaya lagi kerana banyak situasi kacau bilau yang tidak putus-putus kerana kemaruk-kemaruk UMNO berada dalam saf kepimpinan parti Islam itu amat sekali tidak senang dengan kebangkitan semula Anwar Ibrahim, kemaruk UMNO itu akan menjadi penghalang kepada kemenangan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya akan datang.

Sebab itu persepsi Dr Aziz Bari dari luar supaya geng kemaruk UMNO lepaskan jawatan dalam PAS. Individu seperti Mohamad Sabu nampaknya sudah membisu, Husam Musa juga jarang-jarang bersuara lagi. Yang nyaringnya sekarang tinggal kemaruk-kemaruk UMNO dengan idea-idea yang semakin melemaskan PAS.




Friday, November 13, 2009

BUKAN MASA UNTUK BERTELAGAH-PEMERKASAKAN PAKATAN RAKYAT












OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

SITUASI masakini bukannya waktu buat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat untuk terus bertelagah. Pertelagahan demi pertelagahan akan menimbul rasa mual dan kebencian tidak terhingga di kalangan para pengikut dan pendokong parti. Kalau ada krisis krisis kecil dalam PKR selesaikan segera. Dalam PAS isu "Unity Goverment" jangan ada yang cuba menyentuh lagi. Lupakan kesemuannya itu, kembalikan kekuatan kepermerkasaan Pakatan Rakyat yang sama-sama mempunyai motif besar iaitu besedia untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dalam PAS jangan berbangkit lagi fasal mahu bekerjasama dengan UMNO. Kalau masih mahu bekerjasama dengan UMNO kenapakah tiada insaf dari dulu?UMNO tidak pernah menjanjikan kemenangan apa-apa kepada PAS. Melalui Pakatan Rakyat sahajalah PAS manpu lebih memperlihatkan kepayaan yang terserlah.

Perpaduan hendaklah bulat dan tekad sekalipun masing-masing terpaksa mendepani pelbagai cabaran yang amat menggusarkan. Tanpa permuafakatan sebalik masing-masing mahu bangkit menegak sendirian. PAS selama-lamanya tidak beroleh kejayaan dan kemenangan untuk memerintah negara sekira masih berdegil mempertahankan prinsip usang secara sendirian. Hanya sistem dwi-parti sahaja yang mempunyai kuasa mustajad untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya akan datang.

Justeru perbalahan kecil perlu diatasi segera, perkemas dan perkuatkan Pakatan Rakyat dan pasti pilihan raya ke-13 UMNO-BN tidak berkuasa lagi. Kerana rakyat mulai risau dengan perkembangan politik mutakhir yang mula melandai Pakatan Rakyak yang amat memerlukan kecermatan dan kebijaksanaan bagi mencari resolusi penyelesaian. Jangan kita biarkan minda rakyat mulai berubah dan kembali kepada UMNO-BN. Alamat Pakatan Rakyat akan berputih mata sekiranya UMNO-BN tidak berjaya ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.



Friday, November 6, 2009

BESUK 7 NOV- APA KATA DR AZIZ BARI KEPADA USTAZ HADI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

BESUK 7 Nov 2009, satu seminar diadakan di Gombak, Taman Melewar, 1,000 perwakilan PAS akan mendengar apa kata Pensyarah Undang-Undang, Dr Aziz Bari kepada Ustaz Hadi. Apakah Aziz bagitu hebat dapat mempengaruhi perwakilan PAS agar mendesak Hj Hadi lepaskan Jawatan Presiden parti. Dan perwakilan juga akan menanti siapakah bakal tokoh pengganti Hadi yang bakal ditunjukan Oleh Dr Aziz Bari.

Dan besuk juga betapakah Dr Aziz Bari mampu mempercaturkan politik baru dalam PAS? Saya harap para perwakilan dalam PAS tidak sensitif dengan cadangan dan pandangan ekademik dari tokoh Undang-Undang itu. Hari ini nampaknya Aziz Bari terlalu mencemarkan Ustaz Hadi da n memuja Datuk Nik Aziz. Sebelum ini saya juga tidak bersetuju dengan idea Unity Goverment, tetapi tidaklah sampai kepada desakan supaya Ustaz Hadi disisihkan daripada kepimpinan PAS. Kata Dr Aziz Hj Hadi umpama "Versi Pak Lah" dan "Boneka yang cemburukan Anwar". Lihat dalam Malaysiakini (http//www.malaysiakini.com/news/116864.)

Saya juga bersetuju dengan MSO bahawa PAS cukup terbuka sikap mereka kerana sanggup memanggil Dr Aziz Bari bagi memberikan pembentangan kertas kerja selama 20 minit di seminar mereka esuk, sekalipun Dr Aziz adalah orang luar yang mengkritik PAS dalam apa yang dikatakan terdapat unsur-unsur kemaruk dengan UMNO ekoran daripada terbitnya isu Kerajaan Perpaduan UG. Pandangan Aziz Bari akan didengar oleh perwakilan PAS besuk dan selamat berseminar. http//msomelayu.blogspot.com/2009/11/menjelang-seminar.html