Thursday, March 30, 2017

MENANTI MUKTAMAR APRIL DI ALOR SETAR-Hadi Tidak Tergugat

 
 



 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMERHATI politik melihat Pas di era Hadi kini semakin berserabut. Pas ibarat sedang dikemudikan seorang nakhoda yang kehilangan peta dan kompas. Arah pandu bahatera yang sedang berligar dan berpusing-pusing ketidaktentuan arah mana yang hendak dilayari. Ber u-turn berkali-kali. Berflip-flop di sana sini terus menjadi-jadi. 

Wajarkah Hadi terus menerajui Pas ataupun berundur di sini? Muktamar Pas April di Alor Setar menjadi saksi. Saya fikir Hadi tidak semudah itu untuk berundur dari kepimpinan tertinggi partai. Ekoran RUU 355 yang mungkin terperap di ranking terkebawah. Entah bila ia boleh dibahaskan di Parlimen. Jawapannya masih menjadi teka-teki bualan ramai. Hadi dengan asyik penangguhanya. Zahid Hamidi mendahulu PM katanya RUU 355 pihak kerajaan akan membawanya sendiri. Sedangkan Najib berkata kerajaan tidak bersedia lagi.

Wajar sekali Dato Husam mendesak Hj Hadi berundur setelah gagal menghantarkan semula mesej RUU 355 itu ke Parlimen. Apakah ini juga kerana salah Dap dan Amanah? Mungkin manipulasi isu ini akan dipermainkan orkestranya sebagai wayang politik yang akan dipertontonkan buat semua walauta/walaunti selepas ini. Implikasinya, oposisi berjaya dipecahkan. Inikah yang dicari oleh Umno? Bersetuju dengan Husam, Hadi sudah sampai masanya berundur dari kepimpinan tertinggi Pas. Tetapi siapa yang boleh mengundurkan beliau?

Dalam isu ini saya bersetuju pula dengan Ustaz Nakhaie. Nakhaie mengingatkan kita semula dengan sejarah Pas selepas diterajang keluar dari komponen BN melalui krisis politik(Asri-Nasir) 1977/78. Kemasukan golongan muda dari ABIM satu suntikan darah baru 'Blood tranfusion' bagi menguatkan semula tenaga kekuatan baru dalam Pas. Tokoh muda ABIM seperti, Dato Fadzil Nor, Nakhaie Hj Ahmad, Ustaz Halim Arshat, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Hj Hadi, Ustaz Yahya Othman dan ramai lagi. Mereka inilah menjadi komponen besar yang memberikan nafas baru Pas. Dan mereka inilah yang menjadi 'political pressure' yang menekan kelemahan kepimpinan Dato Asri lantaran mengasak dan menolak ucapan dasar Presiden Pas waktu itu.

Situasi politik Pas kini, khasnya menjelang sekitar Muktamar April di Alor Setar nanti, adakah kumpulan-kumpulan dalam Pas yang tidak senang dengan pendekatan dan sikap Hj Hadi yang gemar berselindung di balik kemesraan dengan Umno akan menjadi lebih berani macam kumpulan pemuda dari ABIM yang menyerap masuk dalam Pas kemudian mereka mengasak di Muktamar di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan 'political pressure' yang membawa berakhirnya Dato Asri dari Pas.

Saya fikir yang mengelilingi Hj Hadi ketika ini tidak akan bertindak sedemikian seperti apa yang pernah dilakukan oleh generasi muda dari ABIM yang berhijrah ke dalam Pas sekaligus bertindak pantas menyelamatkan Pas dari terus diterajui Dato Asri dan gengnya. Tidak tampak tanda-tanda jelas situasi seumpamana itu akan berulang lagi. Hadi dalam kondisi yang cukup selesa. Menetang kepimpinan akan dilabel tidak "WALA" mungkin di cop pengkhainat. Pengkhainat wajib di keluarkan dari jemaah. Kerana itu sudah menjadi proses sunatullah(penapisan).

Bersetuju dengan Nakhaie, yang berkelayakan menolak Hj Hadi keluar dari kepimpinan tertinggi Pas cumalah kepimpinan yang terkeluar dari Pas menubuhkan Amanah. Mereka ini ada pontensi besar untuk bertindak sedemikian jika masih kekal berada dalam Pas. Malang sekali mereka direncanakan terlebih awal terkeluar dari jemaah Pas.

Muktamar April di Alor Setar menjanjikan kedudukan Hj Hadi seterusnya dalam heriaki kepimpinan tertinggi tidak tergugat. Sebaliknya ia semakin kondusif. Kerana walaunta/walaunti terus mempertahankan kesetiaan "Wala" membuta tuli tanpa berfikir lagi.......Selamat bermuktamar buat partai islam se malaysia(PAS).

Monday, March 20, 2017

KE MANA PAS SESUDAH..? Bahtera Berpusing-Nakhoda Kehilangan Kompas





 





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMBANGKANG sukar mencetak kemenangan. Kenapa?Apakah Umno-Bn terlalu kuat sehingga kini mereka manpu terus berkuasa. Ataupun mereka pintar dan cerdik sebaliknya lawan-lawan mereka kurang pintar dalam menyatur susun bidak-bidak di pentas politik. Untuk mengalahkan Umno-Bn tidak cukup dengan slogan retorik. Maki hamun yang tidak berkesudahan ia tidak memberikan impak kejayaan mana-mana puak dari partai oposisi.

Akal kebijaksaan anugerah Tuhan hendaklah dikombinasi dengan strategi dan realiti. Berpolitik tanpa melihat keadaan realiti sebenar ia tidak berupaya membawa sesatu partai pembangkang itu ke kancah kemenangan. Umno cerdik dengan pekej penyatuan kombinasi mereka dalam gabungan 14 buah partai kecil besar. Penggabungan ini meletak dan membina asas keutuhan dan kekuatan mustajab Umno menjadikan mereka berupaya memonopoli kuasa politik tertinggi di negara ini selaku pemerintah. Jauh meninggalkan Pas sebagai partai tercorot terkebelakang. Kenapa Pas lambat untuk menempah dan menyahut kemenangan. Hingga sekarang mereka masih terus menanti dengan slogan "Beristiqamah Hingga Kemenangan". Kecetekan Pas berpolitik bagi mencari kemenangan  selalunya mengundang kekalahan berpanjangan. Antaranya ketidakterbukaan pemikiran berpolitik dalam skala besar. Tiada apa dalam pas kecuali siri ceramah sehala yang penuh dengan bauran maki hamun satu pandangan daripada Prof Dr Agus.

Persoalan besar di hadapan Pas sekarang, mereka hendak ke mana? lelucon politik Pas mengundang ketertawaan kita apabila para pemimpin besar antaranya pernah mengatakan perkara-perkara terlalu bersifat pelbagai. Sekadar hendak menjadi penasihat; hendak bekerjsama sama sahaja bukan tujuan bergabung; ke arah berpolitik secara matang dan sejahtera; bukan mencari kemenangan di dunia tapi mengimpikan Syurga di akhairat; tidak lagi mahu berperang dengan Umno nanti orang Cina akan memerintah Malaysia. Suka ber u-turn dan berpusar-pusar  sana sini. Ah, banyak lagi kelucuan yang mengelikan.

Mengimbas 30 tahun dahulu, sebagai genarasi muda ditakkala itu mengharapkan Pas bakal mengganti Umno. Kami menunggu-nunggu Pas menuju ke arah itu. Saya lansung tidak terfikir orang Cina akan perintah Malaysia sekiranya Umno kalah dan tewas, sebaliknya optimis Pas alternatif selepas kejatuhan Umno. Namun, apa pun hakikatnya Pas tidak semudah itu untuk mengalahkan Umno. Tapi jalan pintar perlu di cari.

Umno dahulu kini dan selama-lamanya tetap tidak berganjak dengan senjata perkauman. Jika orang Melayu tidak menyokong mereka. Cina akan perintah Malaysia. Isu ini menjadi asas pegangan akar umbi Umno luar bandar. Ikatan ini menjadi tali penambat dan mengikat ahli-ahli Umno'grass root' yang tidak mungkin akan bergerak ke mana-mana. Dilema Pas ketika itu sukar untuk mencantas tali ikatan yang membeliti orang-orang Umno luar bandar. Undi Cina menjadi faktur penentu Umno kekal perintah Malaysia hingga kini. PRU ke 10 Nov 1999, ketika tercetusnya gelombang reformasi kita dapat menyaksikan kebangkitan orang-orang Melayu, terutamanya Melayu bandar menolak Umno-BN dengan satu 'swing vote' 65%(Melayu) menolak Umno-Bn sebaliknya faktor undi Cina menjadi penyelamat BN. PRU 2008 peratus undi Cina memihak kepada oposisi, kejutannya memperlihatkan Umno-Bn kehilangan  status quo terlepasnya mojoriti 2/3. Kejayaan oposisi terserlah di PRU ke 13. BA kekal momentum 2/3, yang trajis dan sensasi popular undi memihak kepada pembangkang dengan angka 5.5 juta(52%) Umno-BN 5.3 juta(47%). Melihat senario dan angka-angka ini saya tidak percaya Umno-BN tidak boleh ditewaskan. Cuma pembangkang menstrategikkan perencaan bagi mengekalkan momentum PRU 13 dan berupaya dengan lebih bergaya melonjak antara 4-6 % menjadikan sasaran PRU ke 14 Oposisi dapat mengangkat ke popular undi dari 52% ke 58%. Waktu ini kita akan lihat Umno terputus talian hayat mereka. Tapi malang sekali Umno lebih pintar memintas jalan laluan yang sedang disusuri pembangkang.

Di sinikah kemenangan itu ditangguhkan. Ini juga lelucun politik yang sukar saya terima. 60 tahun pembinaan ini, menyumbang tenaga,masa dan harta benda, malah darah, air mata dan nyawa menjadi taruhan sebagai pencagar demi kemenangan. Ada hati- hati yang boleh dibujuk dan ada yang kecewa dan merana. Pokoknya Umno dapat kembali bergembira.

Ke mana Pas? mengendur ke belakang. Atau membina satu landasan politik baru. Adakah politik baru itu bersama Umno?. Ataupun memikirkan rasionalnya sudah sekian lama mengempur Umno dengan trend mengtakfirin, mengasabiah, mengasak kezaliman, menentang ketirisan akhirnya mahukah Pas menjadi kelayuan di pangkuan Umno. Bergembirakah Pas memulakan proses pemolitikan baru dengan slogan " Politik matang dan sejahtera", politik Melayu/Islam persis unjuran status memupuk perpaduan Almarhum Harun Din dengan mengenyahkan kesampingan politik ala 'Tahalus as siasi' pekej peninggalan aruah Dato Fadzil?

Apakah di era Hadi pas kehilangan arah? satu permulaan zaman penjinakan Melayu nasional dengan Melayu islamis. Apakah era mengasak 30 tahun dahulu, budaya kerja berpolitik yang tidak menyemarakkan keuntungan berpihak kepada Pas? laluan mana yang sedang dicari arah mana yang hendak ditujui. Pandangan kita terhenti di sini. Ruangnya kian berkabus.








Tuesday, March 14, 2017

HUSAM MUSA PENCETUS GELOMBANG POLITIK BARU-Mengharapkan Bulan Purnama Gerhana di Kelantan

 









 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


BILA melihat sejarah pola pengundi rakyat Kelantan ia tidak bersifat statik. Rakyat Kelantan tidak selama-lamanya akan terikat kepada sesatu partai politik. Tidak mungkin Pas akan bertapak di Kelantan selama-lamanya. Sekalipun dikatakan ianya membawa risalah mesej perjuangan islam, tidak bermakna sama sekali islam yang didokongi Pas itu membuat partai tersebut akan menjadi partai islam yang kekal di bumi Kelantan hingga kaimat.

Ingat betapa jatuh bangunnya rakyat Kelantan berpolitik terlalu unik. Sejenak melintasi ingatan sejarah pola politik pengundian orang Kelantan sentiasa berubah-ubah. Sejarah PRU Umno-Perikatan bertapak di Kelantan seketika, pilihanraya 1959 rakyat Kelantan memilih Pas sebagai pengganti Umno. Sekitar tahun 1977/78 ekoran krisis politik Kelantan(Asri-Nasir) mencetuskan satu babak baru membawa kepada rakyat Kelantan kembali menolak Pas. Pemilihan Umno-Bn juga gagal bertahan lama, PRU 1990 Pas kembali semula di Kelantan hingga kini. Era Tok Guru Nik Aziz bersama Pas ia melebarkan jarak masa Pas di Kelantan sedikit panjang usianya.

Kini Tsunami kecil mula meriakkan golombang baru politik negeri Kelantan ekoran penyingkiran ikon besar rakyat , Dato Husam Musa. Husam saya fikir bukan budak kecil, sebaliknya pakar yang akan mejunamkan bahtera Pas kini yang berpusing-pusing ketidaktentuan arah hendak ke mana hala tujunya. Sekalipun Husam sekadar mengemudikan sampan kecil namun, susuknya memperlihatkan betapa rakyat Kelantan yang sedang mabuk ombak dalam bahtera Pas di tengah-tengah lautan difahamkan lambat laun sebelum PRU akan datang mereka akan berpaut ke sampan kecil bersama Husam.

Kalangan pemerhati politik ramai meramalkan bahtera Pas Kelantan dirasa akan pecah di tengah lautan bila dipukul gelombang. Pas Kelantan bukan sahaja carik tapi koyaknya kian merabak besar. Kesetiaan ahli-ahli Pas terhadap Tok Guru Nik Aziz amat besar sekali. Umno dengan seluruh kekuatannya hingga kini belum mampu merampas Kelantan. Akhirnya Umno terpaksa berlembut-lembut dengan Pas demi untuk merampas kembali kuasa politik Kelantan ke pangkuan mereka.

Saya tidak mempercayai kata-kata PM "Umno tidak niat rampas Kelantan" sebaliknya saya percaya kata-kata anak muda Kelantan, Nik Abduh "Matlamat Pas bukan untuk menjatuhkan Umno". Di sinilah saya sedar betapa rakyat Kelantan pastinya bangkit mendokong kuasa politik baru Dato Husam. Sekalipun riak politik Husam kecil gelombangnya. Tetapi tidak siapa yang tahu bakal tsunami besar di dasar lautan bumi kelantan sedang bergelegak cuma menunggu masa untuk mencetus momentum besar  bakal menghempas bahtera Pas di lautan Pantai Timur yang kini sedang berpusing-pusing kerana pengemudinya telah kehilangan kompas. Jika ianya berterusan bakal datang gelombang tsunami besar akan meranapkan impian Pas untuk bertahan di bumi Kelantan. 

Politik baru hari ini tidak lagi boleh dibanggakan dengan ramainya keahlian yang dimiliki. Membangkitkan gelombang himpunan besar-besar dengan mengaut orang yang sama di setiap perhimpunan kini ia bukanlah lagi satu isu menggerumkan. Pokoknya apa yang kita tidak terfikir politik rakyat kini tidak lagi terikat kepada mana-mana partai. Akan berlaku senario menjadi ahli Pas, memasuki pondok panas Pas, berpayung bersama Pas, melalui saluran Pas, tetapi swing votenya dalam peti undi tidak mustahil mereka memangkah Amanah. Apakah Pas Kelantan tidak memikir hal-hal sebagini akan terjadi di PRU akan datang. Apakah mereka masih sepertimana dulu-dulu berkhayal dengan kejayaan himpunan mereka yang ramai. Tetapi dalam peti undi kosong.

Saya fikir ini bakal yang akan terjadi kepada Dato Husam di Kelantan. Melihat sikap kepimpinan Pas yang masih "flip-flop"  sudah pasti rakyat Kelantan akan menghukuminya nanti. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Agus, tiada apa lagi dalam Pas kecuali kelesuan dengan ceramah-ceramah lontaran maki hamun yang tidak berkesudahan. Generasi inikah yang mahu dan kita ternak sebagai bakal pimpinan masa depan Pas? Terpulangkah jika itu kehendak warisan DNA mereka.

Saya optimis rakyat Kelantan akan menolak Pas keluar dari bumi Kelantan. "SAYONORA PAS". Selamat tinggal bumi Kelantan.

Thursday, March 9, 2017

KEKELIRUAN YANG MENYERABUT







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MASA semakin singkat dan hampir. Nampaknya keserabutan kian membelit-belit partai politik pembangkang. Partai oposisi apa hendak jadi?Grand Colition untuk menghimpun semua partai politik pembangkang ke dalam satu kem kelihatan tidak bagitu cukup menjadi. Apa yang pembangkang cari? Sampai bila mahu mengekori dan memujuk PAS wahai Mahyuddin?

Berkali-kali saya merayu tokoh-tokoh besar PPBM dan PKR lupakan Pas dahulu. Perkukuhkan PH. Kalau sesudah itu Pas mahu datang kemudian, bolehlah fikir-fikirkan samula. 

Pas pun cakap tidak serupa bikin. Kalau tidak silap ingatan, Presiden mereka sudah berkali-kali menjelaskan pendirian dan sikap  sesekali tidak akan bersama PH selagi masih ada hubungan dengan Amanah dan Dap. Kalau PPBM dan PKR mahu bersama Pas maka Azmin dan Mahyudin hendak mengikut telunjuk Pas iaitu sepak sahaja partai Amanah dan Dap ke dalam longkang. Kabar berita terkini ada menyatakan "Pas jemput Bersatu runding pembahagian kerusi". Kalau ini betul memang "flip-flop" bermain-main lagi. Ingat Azmin dan Mahyuddin harga Pas terlalu mahal. Umno pun sedia hendak membeli Pas.

Kita lupakan dulu kemenangan pembangkang untuk PRU akan datang. Selagi keserabutan bertambah membelit. Jangan hidupkan apa-apa kemenangan. Kemenangan sesekali tidak akan tercapai selagi front pembangkang bercelaru. Penyelesaiannya biarkan Pas mahu memilih siapa bakal penemannya di PRU akan datang.

Untuk seketika demi masa kian singkat. Amanah dan Dap usaha beria-ria untuk merasakan jadi PM dan TPM. Saya fikir masalah yang mula bersarang di otak bahawa kumpulan merekalah yang berhak jadi PM dan TPM, inilah yang menyebabkan PPBM mahu sangat hendak bersama Pas. Jangan lupa Mahyuddin orang Pas pun tidak mahu anda jadi PM. Tokoh utama mereka pemimpin ulama bertaraf dunia lebih layak menjadi PM. Azmin sekalipun PKR dibayangi Anwar yang tersekat di penjara juga rasanya kepunan sangat untuk mendapat kedudukan di situ.

Saya rasa Mohamad Sabu usahlah tuan fikir untuk jadi PM, kerana Amanah partai kecil, pun bagitu juga dengan Dap, Sdr Lim Kit Siang dan Guan Eng minta tolong jaga Pulau Pinang. Kalau Pas hendak lawan semua kerusi di Penang pun tidak mengapa. Mereka kuat dan ada sokongan di mana-mana boleh teruskan niat itu.

Biar Mahyuddin dan Azmin fikirkan bagaimana hendak berkawan dengan Pas. Selagi strategi politik berterabur, jangan fikirkan hendak jadi PM.

Senyum-senyumlah Najib, kerana Tuan sudah yakin Umno menang dengan pertolongan Pas.

 





Saturday, March 4, 2017

PRU KE 14 - MOMENTUM PEMBANGKANG TIDAK MENGOCAK GELOMBANG

 







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


JANGAN terlalu banyak berkhayal. Pembangkang pasti melalui jalan sukar. Umno-BN nampak relex dan menyakinkan. PRU ke 14 akan menjadi milik siapa kali ini? Pas partai politik yang kuat bermimpi dan berangan-angan besar. Amanah berhempas pulas merintis laluan baru namun sukar menjejaki ke puncak.

Masa makin mencemburui kita. PRU kian hampir, panasnya mula membakar ubum-ubum. Apakah formula Pakatan Harapan? Masih mengelabahkah kita ?

Mahathir nampak kesungguhnya untuk menurunkan Najib PM. Tapi saya fikir beliau tidaklah segagah Anwar yang tersekat dan kecundang di Sg Buluh. Momentum Tun kurang mengocak. Tanpa kocakan gelombang, landskap politik tidak sesekali akan berubah. Tanpa perubahan landskap politik negara akan terus di perkosai Umno-BN. Najib akan kekal bertahta di singgahsana. 

Konsisten, tepat dan jitu formula yang perlu di kenalpasti. Saya fikir sudah letih kita cuba memperbetulkan persepsi Pas yang sedang tergoyah setelah gagal mengikut rentak iklim politik negara.

Saya tidak fikir Pas itu terlalu kuat. Pokok pangkalnya apakah strategi PH sudah diurus susunkan dengan baik?

Perbetulkan ramuan PH, biarkan Pas dengan keluh kesah mereka. Tidak pasti haluan mana yang hendak dicari. Bersama Umno masih mahu main sembunyi-sembunyi. Bersama pembangkang meletakan syarat terlalu tinggi menjulang ke langit. Masihkah mahu terus terhegeh-hegehkan wahai partai Bersatu dan PKR.

Umno relex dan selesa menonton kita. Mereka sudah pasti menghetong dan mencongak kemenangan yang bakal dicetak semula. Harapan masih ada. Najib yakin umno akan terus kekal mentadbir negara dengan sokongan Pas. PH mahu tunggu dan fikir apa lagi?

Jangan lagi harapkan Pas jika hendak perkuatkan pembangkang. Moto mereka rela rebah di pangkuan Umno. Konfrantasi lampau sudah berakhir. Pas sudah melihat sinar cahaya dihujung terowong. Pas sentiasa bergembira, kerana mereka sering mentafsiri kemenangan selalu berpihak kepada mereka. Walaunta/walaunti mereka setia walak sekalipun jika kalah dikatakan menang belaka.

Amanah-Dap-Pkr dan Bersatu saya kira ia sudah cukup kuat. Cuma perkemaskan strategi. Harungi gelombang politik baru, hingga momentum memuncak dan berkocak. Percayalah sekalipun Pas tidak mengekorinya rakyat akan memilih PH. Cuma apa yang pasti boktikan utuhnya penyatuan pembangkang. Jangan main flip-flop. Tidak ber u-turn sana sini. Pandu terus ke Putrajaya. Prinsip jangan jadi macam Pas yang sekeru pemutarnya selalu longgar.

Jika hendak meranapkan Umno-BN, fikirkan tektik dan strategi. Tepat ke sasaran yang hendak dituju. Lihat realiti. Gunakan akal dan kebijaksaan yang dianugerahkan Tuhan. Jangan kita selalu mengatakan Tuhan tangguhkan lagi kemenangan kita sedangkan strategi melawan partai pemerintah gagal menepati kehendak yang terujud dari mata rantai gelanggang politik demokrasi yang kita hadapi masakini. Fokos ke minda kita "STRATEGI" merupakan rahsia dari langit yang belum terungkap dan terungkai oleh pihak pembangkang selama ini.

Rakyat marhein sedang menanti, mereka tidak lokek akan memberi undi. Tapi kita wajib perbetulkan strategi. Tanpa strategi yang tepat,jitu dan betul. Samalah macam Pas yang berakhir dengan khayalan belaka. Realitinya kemenangan itu diserakah Umno-Bn sepanjang masa. Akhirnya ada yang rela kembali menyorok masuk ke celah ketiak umno lantaran lebih senang bersukaria. Semuanya ini terjadi kerana kita kalah terlalu lama......