Saturday, January 30, 2010

IR KHALID TERUSKAN PERJUANGAN PERKUKUHKAN PAKATAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

KEPUTUSAN Jawatankuasa disiplin PAS yang di ketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man telah menjatuhkan hukuman pemecatan Khalid dari jawatan Yang di Pertua PAS, Shah Alam dan ahli Lujnah politik PAS pusat, telah diterima oleh Khalid dengan hati yang terbuka. Yang pentingnya Khalid tidak harus rasa kecewa. Malah jangan sesekali tinggalkan PAS. Anda boleh terus berjuang dalam PAS tanpa sebarang jawatan. Anda susurilah laluan yang ditinggalkan oleh ketua angkatan tentera panglima Islam, Khalid Ibni Walid.

Saya sudah pasti Jawatankuasa tersebut akan memihak kepada kumpulan Unity Geverment(UG). Sebab itu Dr Hassan hanya dikenakan amaran keras. Dan saya bersetju dengan Sdr Khalid betapa tindak-tanduk Hassan juga tidak digemari oleh pihak PAS.

Sekarang kita lupakan kesemuanya itu. Tumpukan masa kita bagi memperkukuhkan agenda Pakatan Rakyat untuk menawan Putrajaya menjelang pilihan raya ke-13 tidak lama lagi. Agenda kita untuk Pakatan Rakyat perintah Malaysia. Bukan kemaruk macam Hasan Ali yang mahu pertahankan kerajaan Unity Goverment(UG).

Saya percaya idea Khalid yang tegas mempertahankan Pakatan Rakyat menjadi faktur kemarahan Hasan Ali yang lebih cenderung kepada idea kerjasama PAS dengan UMNO. Sekarang masa kita bukan untuk terperangkap dengan agenda UMNO. Politik besar di hadapan kita perkukuhkan Pakatan Rakyat. Berusaha dan berikhtiar membawa PAS ke dalam gelombang politik perdana dan bukannya mahu menyorok ke bawah dagu dan ketiak UMNO seperti, Ustaz Nasharudin, Dr Hasaan, Dr Harun Din, Hj Hadi dan koncu-koncu mereka. Kita bersama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam mempertahankan Pakatan Rakyat.

Harapan saya Sdr Khalid akan terus menyemarak idea Pakatan Rakyat sehingga kita tenggelamkan mana-mana individu yang masih kemaruk dengan UMNO, masa akan menghakiskan mereka selepas ini.
Khalid perlu menjadi antara pemimpin muda PAS yang berjiwa besar, jatuh bangun dalam parti bukannya satu kekecewaan. Anda harus konsisten dan istiqamah dengan perjuangan. Agenda besar kita menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya akan datang. Kita lupakan Dr Hassan Ali, agendanya untuk menyemarakkan PAS bersama UMNO pasti akan ditolak rakyat di negara ini. Tindakan pemecatan itu jadikan satu ujian. Tanpa apa-apa ujian baik kecil dan besar kita bukannya seorang pejuang. Seorang pejuang akan menempuh badai jatuh bangun, derita sengsara sepertimana Datuk Seri Anwar Ibrahim, tokoh politik masakini yang boleh dijadikan ikon besar ke arah pencetus perubahan. Khalid selamat berjuang.......


Friday, January 22, 2010

IR KHALID DAN DR HASSAN MUNGKIN DISINGKIR DARI PAS-KEPUTUSAN JAWATANKUASA DISPLIN MENANTI 29 JAN 2010



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

JAWATANKUASA displin parti yang bermesyuarat hari ini memutuskan tarikh 29 Jan 2010 akan mengumumkan bakal nasib kedua-dua tokoh PAS Ir Khalid Samad ahli Parlimen Shah Alam dan Datuk Dr Hassan Mohamad Ali exco kerajaan Pakatan Rakyat negeri Selangor bakal menghadapi tindakan setelah dikatakan kedua-duanya dihadapkan ke tribunal jawatankuasa tata tertib dan displin parti dalam PAS.

Kita berdoa agar kedua-dua mereka tetap konsisten dan istiqamah dengan PAS sekalipun apa yang akan mereka tempuhi selepas ini. Ir Khalid antara sesatu aktivis muda PAS ketiga menu ntut di luar negara. Beliau antara sesatunya anak muda dari keluarga Datuk Shahril yang tidak memilih UMNO tetapi bersama dengan PAS waktu kepimpinan Almarhum Datuk Fadzil Noor. Ir Khalid mendahului Dr Hassan turut aktif dalam PAS di awal tahun 1980an.

Sementara Dr Hassan sebelum menyertai PAS di awal tahun 1990an beliau antara sesatunya pakar motivasi dan pernah berkhidmat dalam BTN(Biro Tata Negara). Dikatakan faktur Dr Harun Din dan almarhum Datuk Fadzil menjadi daya tarikan utama Dr Hassan menyertai PAS.

Kalaulah mereka diboktikan bersalah oleh jawatankuasa tata tertib yang diketuai oleh Tuan Ibrahim Tuan Man, kita mengharapkan hukuman terhadap kedua-dua aktivis PAS itu tidak sampai ke peringkat penyingkiran dan pemecatan daripada parti. Mengelak dari tidak menjatuhkan hukuman adalah lebih mulia dan baik daripada menjatuhkan hukuman tetapi tidak tepat dan benar. Asas ini harus diambil kira oleh jawatankuasa displin PAS sebelum menghukum Ir Khalid dan Dr Hassan Ali. Kehilangan mereka adalah satu kerugian yang amat besar terhadap PAS. Khalid dan Hassan tetap nostalgia dengan PAS.