Friday, December 2, 2016

GABUNGAN UMNO-PAS ANTARA MASA DAN REALITI

 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

KENYATAAN yang tidak dapat ditolak lagi Pas sudah berkerjasama dalam beberapa perkara dengan Umno. Cuma kita menanti keputusan pembentukan permaufakatan tersebut menjadi realiti. Faktor ini diakui masa akan menentukan. Pas boleh menafikan pendekatan itu. Tetapi masyarakat umum, khususnya pemerhati-pemerhati politik akan terus mengintai pergerakan, tutur kata, mimik wajah, sandiwara/lakonan malah segala ruang yang terbuka dengan action-action pemimpin tertinggi mereka.

Denai, jalan, belukar, semak samun sudah dikenalpasti dan kini kita melihat mereka sudah mula menerokai demi merealisasikan misi dan visi politik sejahtera.

Kalau sebelum ini Pas cukup kuat dan lantang sekali mengkritik Umno-BN. Betapa Pas dewasa ini sudah tidak berpendirian seperti dahulu . Politik baru Hj Hadi "Politik matang". Berpolitik tidak mengkritik, tidak menyerang malah mengiakan segala kemungkaran. Kalau dahulu kemungkaran diungkapkan sebagai kezaliman. Kezaliman wajib ditentang, kini Umno diwajarkan ia tidak zalim lagi. Umno itu tidak sezalim Firaun. Kalau si Musa boleh bertandang ke istana si Firaun, tidak bolehkah pemimpin tertinggi Pas diberikan sedikit keiksanan hendak bertandang dan bersua muka barang seketika dengan Najib PM sekaligus sekadar untuk berkenal-kenalan?

Versi puji memuji antara kedua belah pihak sudah bermula. Pas puji Umno dan Umno pula puji Pas. Trend terbaru politik Umno-Pas kini sudah seiaya sekata. Kalau WSJ dedah 2.6 bilion masuk ke akaun Najib, Hadi kata kena ada saksi. Almarhum Harun Din pula katanya " Tak masuk akal". Dulu-dulu Umno sering bersandiwara mengatakan jika Umno kalah hilanglah politik orang Melayu. Sekarang yang mengulanginya pula bukan Umno, tapi Pas, kata pemimpin tertinggi Pas "jika Pas berperang dengan Umno bangsa lain akan perintah Malaysia" Jemaah menganguk tolol semuanya betul dan benar belaka kata-kata hikmah pemimpin mereka.  Yang jahat dan khainatnya Dap dan Amanah. Malah Amanah dilabel lebih teruk lagi buruk daripada Dap. Kenapa Pas jadi bagini?

Politik matang hendaklah seiring antara Umno-Pas. Pastikan Umno kekal kalau tidak Dap perintah Malaysia. Pemikiran jemaah sudah didoktrin dan nampaknya ada kejayaan. Iaitu lawan Dap dan Amanah habis-habisan, tapi jangan berperang dengan Umno berikan kemenangan untuk Umno kerana Pas tidak pergi ke Putrajaya, distinasi Pas matlamatnya bertujuan menelusuri ke pintu syurga, biar Umno menang tidak mengapa, sekalipun Pas kalah dalam demokrasi dunia tetapi mencatatkan kemenangan cukup besar maknanya di akhairat nanti bila diberikan kunci pintu syurga. Jika Dap menang Negara dan orang Melayu/Islam kucir kacar dan rusak binasa. Kalau Umno menang maknanya orang Melayu selamat sejahtera dan islam Pas boleh menumpang ikhsannya. Contoh RUU 355 seburuk-buruk Umno mereka mengsyorkan juga privite bil diusulkan oleh Hj Hadi. Tanda betapa tingginya moral Umno bilamana dalam hal ehwal islam Hj Hadi dipohon restui mengetengahkan usul. Kalau tidak kesampaian pun tidak mengapa, tugas partai islam setakat ini sudah selesai. Dan perjuangan itu sudah diredai ilahi. Tanggongjawab jemaah sudah selamat dipermulaan ini. Umno kesudahannya wajib memikul dan menggalas bebenan itu kerana ia sudah terlepas dari pundak Pas. Bagitulah bijaksananya Pas mencaturi politik, beban-beban dosa hendaklah dilambakkan kepada Dap dan Amanah.

Langkah demi langkah, perjalanan kian dekat. Berpeluk sudah,bersalam pun sudah, bercinta pun sudah. Namun masanya yang  belum kunjung tiba. Tetapi untuk mencair dan melembutkan hati-hati jemaah yang keras membatu. Ia memerlukan sedikit waktu. Akhirnya mereka akan sampai jua.

Selamat tinggal Dap dan salam buat Amanah. Susurilah jalan perjuangan yang ditinggalkan Pas. Dosa-dosa yang ditempah akan disoal dan akan dijawab dengan sebaik-baiknya.. diakhairat nanti. Wassalam......




 

Tuesday, November 29, 2016

PAS GANTI UMNO-Berakhirnya Se buah Teori Kosong


 
 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


HAMPIR melebihi tiga dasawarsa saya bagitu yakin sekali masa depan Pas akan menjadi pengganti Umno. Bila tiba masanya Umno ditolaki oleh rakyat, maka Pas akan tanpil sebagai partai alternatif bagi mengambil alih tompok kekuasaan yang dimiliki Umno selama ini.

Pas sebagai se buah wadah politik islam itu bukan hanya untuk memimpin umat Melayu sahaja, tetapi mewakili semua rakyat pelbagai bangsa di negara Malaysia yang majmuk. Potensi Pas bukanlah sekadar hanya berupaya memimpin orang Melayu/Islam. Tetapi meliputi pelbagai bangsa, agama, dengan pelbagai budaya, etnik dan ras. 

Saya mengharapkan potensi besar ini terhadap Pas andaikata Umno kecundang. Saya juga amat sinis sekali dengan teori-teori Umno mengatakan bahawa hanya mereka sahaja yang layak menerajui negara Malaysia kerana sifat rakyatnya majmuk. Sedangkan Pas sering dituduh konservatif dan exstrimis.

Keyakinan ini bertambah kuat lagi bilamana  di era Hj Yusof Al-Rawa, beliau melakarkan Pas keluar dari kedaerahan sempit politik kuno(politik terkebelakang) dengan mengunjurkan gagasan politik bersifat kesawarjagatan(international), dan sekaligus cuba mengasingkan Pas keluar dari kelompok Assabiah(perkauman Melayu) ala-ala Umno. Pas di bawah terbang jauh kepersada politik terbuka bersifat holistik di zaman Dato Fadzil Noor. Tokoh pembaharuan yang berani menekuni cabaran dengan langkaran lokasi politik baru yang sering dijadikan exsperimen politik  "real".

Tembok-tembok pejal lagi konkrit dibina oleh Umno agar Pas sentiasa tekurung dan terperangkap dengan landskap politik sempit di satu daerah kecil yang terhad di Kelantan dan Terangganu telah diruntuhkan oleh Al-marhum Dato Fadzil di era kepimpinannya. Dato Fadzil adalah bapa pelopor gerakan politik penyatuan kaum " Tahaluf-as-Siasi", Tokoh yang berupaya menterjemahkan politik 'real', mengetengahkan Pas menjadi lebih berani mendepani arus cabaran besar politik Malaysia yang kompleks. Politik dwi-partai yang boleh mengajar Umno betapa perit dan pedihnya erti sebuah makna kekalahan.

Malang sekali rencana dan teori mustajad untuk menamatkan riwayat Umno dalam satu dua PRU akan datang gagal dihayati dan fahami oleh pengganti dan penerajui kepimpinan tertinggi Pas mutakhir ini. Tokoh pemimpin Pas kini menjadi penghancur teori "Pas ganti Umno". Kini Pas tidak akan menjadi pengganti Umno lagi bilamana terdapat kepimpinan tertinggi partai kini mula mengulangi doktrin hadiah ungkapan kata-kata dari Umno, "Bila Pas berperang dengan Umno-bangsa lain akan perintah Malaysia". Doktrin inilah akan kembali menjadi bakal penghalang Pas untuk terus bergerak laju mendahului Umno tidak mungkin tercipta sejarahnya lagi. Ungkapan ini juga merupakan ikatan yang akan membeliti lilitan politik Pas yang tentunya sesekali tidak berupaya untuk mendahului Umno dalam ranking yang akan tercatat di kaca-kaca TV di malam keputusan PRU.

Bermulalah kembali zaman kemunduran dan kejatuhan Pas pastinya akan terjadi. Tembok pejal dan konkrit yang diruntuh oleh Dato Fadzil semasa hayatnya kembali di bina semula oleh pemimpin-pemimpin Pas hari ini. Pas kembali ke ruang politik yang terkurung dalam landskap politik kecil di kedaerahan Pantai Timur. Satu hadiah besar Pas kepada Umno.  Tahniah Pas......



Tuesday, November 22, 2016

MENDEPANI CABARAN MENANTI PENYATUAN UMNO-PAS









OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


MENANTI penyatuan Umno-Pas bukanlah seperkara yang pelik. Dalam pentas politik tidak ada perkara yang bersifat mustahil. Politik matlamat menghalalkan cara,"The end justifies the means" yang diungguli tokoh ahli falsafah berbangsa Itali(Machiavellian) boleh berlaku dalam mana-mana partai politik baik islam mahupun sekular.

Gema suara penyatuan Umno-Pas mula mengusai pentas politik negara. Apakah benar akan terjadinya penyatuan yang merangkumi penyatuan Melayu/Islam antara realiti ataupun sekadar hambaran retorika mainan orang politik tidak dapat dipastikan. Masa dan sejarah akan mencatatkan penentuan.

Jika benar penyatuan itu menjadi kenyataan. Apakah ahli-ahli Pas akan bersetuju? Saya yakin diatas gema persembahan 'politik perkauman Melayu-Cina perintah Malaysia", suntikan doktorin yang cukup kuat untuk jemaah Pas melupai sejarah melapetaka politik lama.

Bersama Umno, Pas merasakan mereka mula memasuki gerbang politik baru. Politik ala-ala matang. Jika pula RUU 355 notisnya diluluskan di Parleman. Ia akan mengkhabarkan kepada seluruh jemaah Pas bahawa syariat islam sudah di nobatkan di negara majmuk ini sekalipun hudud tidak terlaksana. Dua faktor ini sudah cukup untuk mencair hati batu itu menjadi lembut dan pastinya Pas boleh bersama Umno.

Tidak mustahil Pas-Umno akan kembali bersekedudukan selepas ini. Pas pernah bersama Umno dalam gabungan kompenan Barisan Nasional pada tahun 1971. Sejarah ini akan dibuka ruangnya semula. Betapa jenarasi baru dalam Pas, khususnya orang-orang muda dewasa ini apa yang mereka tahu, persetankan saja sejarah itu. Sumpahan tidak akan sesekali lagi terjerumus ke dalam lubang yang sama boleh ditutup dengan sebarisan ayat-ayat power yang mungkin telah disediai oleh kepimpinan partai. Malah jika Majlis Syura Ulama mengatakan perjuangan Umno sekarang sudah menepati kehendak islam. Apa lagi ahli-ahli Pas hendak komen. Sebab itu di pihak Pas menyertai semula dalam komponen Barisan Nasional tidak masalah besar yang perlu dihindiri. Saya fikir ahli-ahli Pas boleh menerimainya. Alhamdulilah.

Bersandarkan perubahan sikap kepimpinan partai Pas mutakhir. Dan diikuti dengan suara-suara lunak dan ketidaksediaan Umno pula dalam mengkritik Pas. Ia memperkuatkan lagi hujah kerjasama Umno-Pas hampir akan terjadi. Isu-isu yang jenderal melandai persada politik negara seperti cuba dielakkan Pas dari merespon kritikan juga maknanya siratan itu boleh diambil kira perjalanannya sedang menuju ke arah itu.

Bersikap saling lunak melunaki antara Pas-Umno juga status bacaan politik itu boleh diandaikan bakal terjadinya rintisan jalanan menuju ke perpaduan wajar di ambil kira. Apa yang berlaku antara Umno-Pas mutakhir ini bagaikan pencatur sedang menolak buah catur mereka masing-masing. Klimiknya buah catur(dann) itu akan terus ditolak antara kedua-dua belah pihak. Mereka sama-sama akan sampai kepuncak aji. Jika Umno membahaskan agenda penyatuan Melayu/Islam di perhimpunan Agong mereka pada November nanti. Saya percaya Pas akan meresponnya. Bakal pernikahan dan ijab kabul sedang menanti. Kita ahli-ahli bekas partai sejarah akan menanti peristiwa percintaan manis antara Umno-Pas benar-benar terjadi. Walahuwalann.......


Friday, August 5, 2016

HARI-HARI BERSAMA AL-MARHUM USTAZ FADZIL- Persahabatan Anwar sukar di mengerti.





 

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SECARA tidak lansung Anwar Ibrahim mengenali Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor ketika beliau menyampaikan satu ceramah program anjuran Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Se Malaysia(PKPIM). Dari situlah bermulanya sejarah dan persahabatan akrab Anwar-Fadzil yang berkekalan sehingga Anwar di penjara dan Ustaz Fadzil kembali kerahmatullah setelah melalui satu pembedahan kritikal pemintasan jantung di HUKM.

Sejarahnya bermula kira-kira pada tahun 1973 apabila Universiti Teknologi Malaysia(UTM) memerlukan seorang Pensyarah agama.Maka Ustaz Fadzil cuba dipujuk oleh Anwar agar menerima tawaran jawatan berprestej di UTM. Anwar Ibrahim serta rakan-rakan memujuk Ustaz Fadzil Noor supaya melepaskan jawatannya di Maktab Mahamud Alor Setar dan menerima tawaran yang lebih lumayan sebagai Pensyarah di UTM. Ojektif utama desakan tersebut agar Ustaz Fadzil Noor terima jawatan berkenaan menurut Anwar pada masa itu bertujuan bagi mengaktifkan Ustaz Fadzil bersama ABIM. Kerana pada masa itu ABIM amat memerlukan tenaga tenaga muda yang berpotensi bagi menerajui kepimpinan pergerakan islam supaya ianya menjadi lebih mantap dan hebat.

Pada pandangan Anwar, Al-Marhum memiliki sifat-sifat yang boleh dipercayai bagi memimpin Angkatan Belia Islam se Malaysia(ABIM). Justeru itu kehadiran Ustaz Fadzil ke Kuala Lumpur akan dapat membantu bagi menyemarakkan lagi aktiviti-aktiviti pergerakan angkatan muda islam supaya kembali kepada penghayatan falsafah islam sebagai "The way of life". Kalaulah Al-Marhum masih menetap di Maktab Mahamud, Alor Setar sudah pasti sekali tenaga dan kepakaran beliau dalam mengolah persoalan islam semasa tidak dapat diterjermahkan oleh ABIM secara sepenuh masa. Sebab itu Anwar Ibrahim menaruh harapan besar agar Ustaz Fadzil Noor terima jawatan Pensyarah agama di UTM, maka dengan itu mudahlah bagi Anwar untuk memujuk Al-marhum menerajui ABIM. Menjadi satu tanggongjawab bagi Anwar mendesak Ustaz Fadzil kerana hasrat beliau amat sangat mengharapkan Al-Marhum akan memimpin pergerakan islam ABIM di Kuala Lumpur.

Hasil dari perbincangan Al-Marhum dengan Anwar serta atas beberapa faktor yang diambil kira kedudukan perkembangan islam pada masa itu, akhirnya Ustaz Fadzil memutuskan bagi melepaskan jawatanya sebagai guru(ustaz) di Maktab Mahamud dan menerima tawaran jawatan Pensyarah agama di UTM.

Semasa di UTM Al-Marhum bergiat cergas bersama ABIM yang dipimpini oleh Dr Razali Nawawi. Secara kebetulannya pula Kaurters Al Marhum di jalan Gurney jaraknya berdekatan dengan Yayasan Anda Akedamik di kg Baru KL. Maka di rumah Al-Marhumlah dijadikan markas pergerakan ABIM. Di situlah bermulanya persahabatan terjalin akrab antara dua insan Anwar-Fadzil penuh berahsia lagi sukar dimengerti. Satu persahabatan yang mana saya kira amat sukar difahami buat seluruh ahli-ahli PAS dan UMNO. Sekalipun akhirnya kedua-dua insan itu terpaksa berpisah kerana perbezaan wadah(faltfrom) politik masing-masing. Fadzil memilih PAS sebaliknya Anwar memilih UMNO. Namun, keiklasan dan kejujuran rantaian persahabatan menjadi hubungan saliturahim mereka tidak pernah terpisah dan terputus.

Bertempat di rumah Ustaz Fadzil di jalan Gurney, di situlah pemuda-pemuda ABIM bertandang. Dari situ juga Al-Marhum, Ustaz Fadzil sempat berkenalan dengan rakan-rakan siswa muda. Antaranya termasuklah Dr Siddiq Fadzil, Datuk kamarudin Jaafar, Datuk Kamarudin Mohd Noor, Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz Ghani Shamsudin serta ramai lagi. Di rumah Ustaz Fadzil juga saban malam berkumpulnya belia-belia islam. Mereka menjadikan rumah Ustaz Fadzil sebagai markas pergerakan. Di situlah juga tempat mereka berbincang bagi merencanakan program di samping menjadi tempat usrah seterusnya merumuskan halatuju ABIM, malah sesekali juga dijadikan gelanggang persilatan.

Menurut Anwar Ibrahim lagi semasa di Muktamar ABIM 1974, secara bersungguh-sungguh beliau mahukan Ustaz Fadzil menerajui ABIM selaku presidennya. Kerana ilmu yang dimiliki Al-Marhum, disamping keupayaan berhujah dan berpemidato, kelancaran bahasa, kepetahan, berhemah tinggi dan berpengelaman luas dalam ilmu mantik sangat-sangat dihormati. Tetapi, secara peribadi di atas beberapa pertimbangan Al-Marhum sendiri serta rakan-rakan pimpinan ABIM masa itu mengumumkan Anwar Ibrahim sebagai Presiden ABIM menggantikan Dr Razali Nawawi.

Bersama-sama Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim sering menerima undangan dari luar Kuala Lumpur. Anwar-Fadzil menjelajah seluruh ceruk rantau dan pelusuk negeri dalam Malaysia bagi menyampaikan mesej dakwah melalui pergerakan ABIM.

Semasa Anwar Ibrahim menerajui ABIM situasi gawat lagi cukup mencabar. Anwar ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri(ISA) pada tahuan 1974. Ustaz Fadzil terpaksa memikul jawatan Presiden ABIM sewaktu Anwar dalam tahanan. Sesudah dibebaskan pada tahun 1976, Anwar-Fadzil memperluaskan perlebaran ruang pergerakan dakwah melalui ABIM dengan mengatur susun siri program menjelajah ke luar negara bagi menimba pengelaman di zaman muda mereka.

Anwar Ibrahim bersama Al-Marhum ke Riyadh bagi menghadiri Persidangan Belia Islam Se Dunia (WAMY) yang bertujuan untuk mendapatkan pendedahan serta pengelaman di erana antarabangsa disamping berpeluang berbincang dengan tokoh-tokoh pergerakan islam internasional, ulama, sarjana, intelektual, pemikir serta tokoh-tokoh pemimpin belia sedunia. Tokoh-tokoh luar yang sempat ditemui oleh Anwar-Fadzil semasa sama-sama menerajui ABIM ketika berkunjung keluar negara antaranya bertemu dengan Sheikh Hassan Al-ASheikh, Menteri Pendidikan Saudi, Almarhum Ismail Al-Faruqi dan Prof Kurshid Ahmad. Juga turut berbincang dengan Abdul Karim Zaidan serta Fathi Yakan. Perhubungan erat dengan tokoh-tokoh pergerakan belia antarabangsa seperti Abdul Hamid Abu Sulaiman, Ahmad Totonji, Jamal Berzinji dan Abdullah Naseef; Rektor Universiti Malik Abdul Aziz Jeddah.

Bersama-sama dengan Al-marhum ustaz Fadzil, Anwar juga berkesempatan ke Kuwait dan terus ke markas IIFSO(Pertubuhan Pelajar-Pelajar Islam Se Dunia). Di sana Al-Marhum dan Anwar dapat bertemu dengan Menteri Arafat; Yusur Al Hajj,Mufti Abdullah  An Nur Sarjana Geologi, Zahlul An Najjar, pemimpin gerakan reformis(islah) Abdullah Al-Mutawata dan /Abdullah al-Aqeal.

Hampir lima tahun bersama Ustaz Fadzil bagi menerajui ABIM dan bergerak aktif sekitar tahun 1973-1977 mencukupi masa bagi Anwar-fadzil menjalinkan persahabatan yang cukup akrab. Kasihnya Ustaz Fadzil kepada Anwar Ibrahim macam adik kandungnya sendiri. Malah Anwar juga menyifatkan Al-Marhum adalah gurunya seumar hidup.

Lima tahun masa itu berlalu, pertemuan, perkenalan persahabatan dan akhirnya manusia tidak dapat menolak perpisahan. Walaupun manusia sebijak mana mengatur rencana tetapi AllahSWT jua yang akan menentukannya. Kesudahannya Anwar menyedari benar akan kegilisahan dan kehendak Ustaz Fadzil untuk kembali bersama PAS. Pada masa itu Ustaz Fadzil adalah seorang ahli PAS yang komited dengan perjuangan islam. Dan Anwar Ibrahim memahami serta menyedari hasrat Al-Marhum itu. Kegelisahan Al-Marhum untuk kembali aktif bersama PAS cukup dimengerti oleh Anwar. Umurnya pun ketika itu sudah hampir mencecah ke usia empat puluhan tahun.

Segala-galanya bermula appabila berlakunya krisis poliitk Kelantan 1977/1978 yang dikenali sebagai krisis Asri-Nasir. Dari situlah menjadi titik permulaan 'The start" buat Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor terpaksa berpisah dengan Anwar. Krisis politik Kelantan yang berlarutan menjadikan bulan purnama gerhana di Kelantan yang akhirnya membawa kepada Ustaz fadzil Noor mengambil keputusan drastik meninggalkan ABIM dan terjun ke gelanggang politik PAS sepenuh masa.

Sepertimana yang dikatakan Al-Marhum tidak membuat keputusan bersendirian ketika meninggalkan ABIM. Segala-galanya bertolak daripada satu perbincangan ABIM dengan tokoh pergerakan islam se Asia, Pak Muhamad Natsir(political consultant) telah berlansung di ibu Pejabat ABIM pusat di Kuala Lumpur, khusus membincangkan mengenai kesan kedudukan krisis politik negeri Kelantan. Muhamad Natsir selaku tokoh pergerakan islam yang berpengelaman di Indonesia berpendapat bahawa PAS misti diselamatkan. Darah baru hendaklah disuntik dan dialirkan ke tubuh PAS yang sudah lemah dan lesu kerana sedang menghadapi sindrom krisis keyakinan rakyat Kelantan terhadap kepimpinan Dato Asri. Menurut Muhamad Natsir kalaulah keadaan tenat PAS itu tidak diselamatkan, ertinya islam di Malaysia akan menjadi sepertimana islam di Indonesia. Muhamad Natsir menyeru dan merayu kepada tokoh-tokoh muda dalam ABIM agar berhijrah menyertai PAS bagi menyelamatkan masa depan partai itu dan juga masa depan umat islam di Malaysia daripada ditolaki oleh seluruh rakyat di negara ini.

Seluruh pemimpin pemuda islam yang bermesyuarat pada hari itu termasuk Presidenya sdr Anwar Ibrahim sama-sama akur menyedari apa yang diperjelaskan oleh Pak Muhamad Natsir dari gerakan islam Indonesia. Kesudahannya satu uslub dirumuskan oleh jawatankuasa ABIM bagi melepaskan beberapa tenaga muda islam ABIM berhijrah ke dalam PAS. Keputusannya Anwar Ibrahim terpaksa rela melepaskan sahabat karibnya Ustaz Fadzil untuk meninggalkan ABIM di penghujung tahun 1977, diikuti Ustaz Ahmad Nakhaie, Ustaz Halim Arsat, Ustaz Abdul Halim Abdul Rahman(Timbalan Menteri Besar Kelantan), Tuan syed Ibrahim syed Abdul Rahman serta ramai lagi yang turut meninggalkan ABIM bersama-sama dengan Ustaz Fadzil menyertai PAS. Tinggallah Sdr Anwar Ibrahim, Dr Siddiq Fadzil, Datuk Kamaruddin Jaafar, Kamarudin Mohd Nor bagi menerajui ABIM.

Sekalipun Al-Marhum tidak lagi bersama-sama ABIM namun, hubungan Anwar - Fadzil tetap akrab sepertimana semasa mereka bersama dalam ABIM. Bagi menghormati Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim turut mengarahkan tokoh-tokoh muda ABIM turut serta ke Kelantan pada tahun 1977/1978 bagi memperjelaskan dasar ABIM yang tidak bersetuju dengan akta Megeran(darurat) yang ditekankan terhadap kerajaan PAS Kelantan. Pun bagitu juga sebagai tanda penghormatan Anwar kepada Ustaz Fadzil, beliau tidak ketinggalan turut serta membantu Ustaz Fadzil ketika bertanding di DUN Bukit Raya, Kedah.

Selepas itu Al-Marhum Ustaz Fadzil Noor kembali menetap di Alor Mengkudu, Alor Setar dan aktif sepenuh masa bersama PAS. Walaupun Al-marhum tinggal di Alor Setar, tetapi bila ke Kuala Lumpur Ustaz Fadzil tidak ketinggalan sering singgah ke Yayasan Anda Ekadamik dan ke ibu pejabat ABIM pusat. Perhubungan Fadzil-Anwar berterusan sepertimana biasa. Di mana Al-Marhum tidak banyak berbincang dengan Dato Asri, sebaliknya lebih senang bersama dengan Anwar. Apabila Anwar Ibrahim memutuskan pendiriannya untuk menyertai UMNO pada 29 Mac 1982 dan sehingga Anwar dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri(TPM) perhubungan Fadzil-Anwar tidak pernah terputus.

Suatu yang amat menyedihkan malah menyanyatkan hati Ustaz Fadzil iaitu beberapa hari sebelum Anwar mengistiharkan penyertaannya ke dalam UMNO. Ustaz Fadzil bergegas ke rumah Anwar di Subang Jaya, ceritanya pertemuan empat mata Anwar-Fadzil berligar sehari suntuk yang sesekali ditemani anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang bergilir-gilir didukongi dan dibelai Ustaz Fadzil dengan sekeping hati yang sayu lagi pedih sekali.

Satu peretemuan yang cukup trajis, sedih, pilu malah cukup menyanyatkan hati antara dua insan yang terpaksa memilih jalan perjuangan dengan sejarah yang tersendiri. Dalam pertemuan tersebut sehari suntuk Ustaz fadzil berkali-kali menasihati dan mendesak Anwar supaya tidak mengambil keputusan menyertai UMNO. Kerana Ustaz Fadzil khuatiri dan bimbang Anwar akan dikhainati UMNO. Ustaz Fadzil tidak mempercayai bahawa Anwar tidak akan dikhainati ketika bersama UMNO. Contohnya penyertaan PAS dalam komponen(BN) pada awal tahun 1970an menjadi bahan sejarah bagaimana PAS dikhainati oleh UMNO yang mengakibatkan PAS tersingkir keluar dari Barisan Nasional pada tahun 1978. 

Namun demikian Anwar tetap berkeras dan berdegil tidak dapat menerima nasihat sahabatnya itu. Kerana Anwar percaya tanpa mempunyai kuasa ia tidak akan dapat merubah apa-apa. Anwar juga cuba menyakinkan Ustaz Fadzil beliau mengambil keputusan memasuki UMNO bertujuan untuk mengislamkan partai UMNO dari dalam. Satu approacah(pendekatan) yang diyakini Anwar pada waktu itu dan merasakan masanya sudah tiba baginya menyertai UMNO. Pertemuan sehari suntuk yang penuh berahsia itu di mana Ustaz Fadzil gagal memujuk Anwar merubah pendiriannya supaya tidak menyertai UMNO. Ustaz Fadzil terpaksa menerima hakikat, redha serta akur dengan keputusan yang diambil oleh sahabat karibnya itu. Fadzil pulang ke Alor Setar dengan hati dan perasaan kekecewaan yang teramat sangat untuk melepaskan sahabat akrabnya ke pangkuan UMNO. Pengistiharan Anwar menyertai UMNO pada  29 Mac 1982 itu mengkhabarkan berita kegembiraan tidak terhingga di kalangan kerabat-kerabat UMNO sebaliknya menjadi satu tamparan hebat terhadap PAS. Pada waktu itu orang ramai berpendapat PAS akan hancur kerana seorang tokoh muda islam yang berkarisme sudah menyertai UMNO. Untuk menenang dan mententeramkan suasana perasaan ahli-ahli PAS, Dato Asri turut membuat kenyataan bahawa penyertaan Anwar ke dalam UMNO umpama "Anak ayam baru tumbuh susuk".

Selepas itu saya difahamkan tidak lagi pertemuan Anwar-Fadzil, tetapi secara peribadi perhubungan mereka tetap akrab dan berterusan sekalipun melalui telefon. Kesemunanya ini berlaku kerana untuk menjaga kemarahan ahli masing-masing. Apabila berlakunya perbezaan wadah(faltform) politik yang kebetulannya kedua-dua partai politik tradisional yang bertentangan antara satu sama lain di pentas-pentas politik UMNO-PAS. Demi untuk menjaga pengaruh masing-masing dalam ceramah mereka kedua-dua personoliti politik itu terpaksa menjadi lawan di gelanggang politik masing-masing. Sebaliknya akhuah mereka tetap berterusan tidak sesekali terputus walau berlainan perjuangan dan wadah politik.

Banyak kisah-kisah sepi dan menyedihkan sekiranya hendak dicatatkan dalam buku ini. Bagaimana Anwar Ibrahim pernah menghantar Ustaz Fadzil ke rumah anak perempuannya setelah bertemu Ustaz Fadzil di lapangan terbang Subang. Suatu rahsia yang tidak diketahui oleh ahli-ahli PAS dan UMNO. Saban masa mereka berdua sering menalifon bertanyakan khabar berita dan ukhuah persaudaraan. Bila berlakunya krisis kegawatan seperti kes pembunuhan Memali, Baling, Anwar akan menalifon Ustaz Fadzil dan memohon memenangkan dan melembutkan rasa amarah ahli-ahli PAS.

Saya masih ingat lagi kira-kira dalam tahun 1985, satu forum diadakan di Universiti Malaya sekitar tahun 1983, di mana Ustaz Fadzil, Anwar Ibrahim dan P.Photo(DAP) dijemput oleh kesatuan hal-ehwal pelajar sebagai penalis debat. Demi untuk menjagai maruah dan persaudaraan, Anwar mengelak tidak mahu bertembung dengan Ustaz Fadzil. Sebagai tanda menghormati sahabatnya, beliau menghantar Awang Jabar Exco Agama(pemuda UMNO) mengganti beliau. Dalam forum tersebut Ustaz Fadzil sempat menyindir Anwar katanya "Forum malam ini sepatutnya diwakili oleh Ketua Pemuda UMNO(maksudnya Anwar Ibrahim), beliau tidak hadir kerana sedang mengagih-agihkan subsidi lembu-kerbau". Disambut dengan tepukan dan sorakan gemuruh mahasiswa memecah dewan kuliah Tengku Censelor UM.

Di atas iniasiatif Anwar Ibrahim juga pada tahun 1986 satu pertemuan antara pemimpin UMNo-PAS diadakan tanpa pengetahuan ahli kedua-dua partai. Anwar bertanggungjawab mengatur pertemuan dan perbincangan UMNO-PAS. PAS diwakili Hj Yusof Rawa, Ustaz Fadzil dan Tuan syed Ibrahim Syed Abdul Rahman. Manakala UMNO disertai oleh Sdr Anwar sendiri dan Tun Dr Mahathir. Pertemuan penuh berahsia itu berlangsung di Sri Perdana. Kersudahannya berita tersebut bocor ke pengetahuan ahli-ahli PAS dan UMNO. Walaupun Anwar-Fadzil terpaksa berperang di pentas politik lantaran masing-masing melemparkan pelbagai tuduhan malah sindiran bagi mempertahankan pengaruh di kalangan ahli parti. Namun demikian mereka tetap bertanykan khabar berita setiap masa. Melalui telefon Al-Marhum Ustaz Fadzil sentiasa melahirkan kerisauan dan kebimbangan terhadap Anwar, kerana takut-takut sahabat karibnya itu dikhainati oleh UMNO. Menurut cerita Anwar, Ustaz Fadzil tidak dapat menahan kegelisahan dan kerisauan kerana khuatir sdrnya akan tewas dalam pemilihan jawatan Naib Presiden UMNO. Ustaz Fadzil menalifon Anwar pada jam 3 malam, kerana takut Anwar kalah dalam pemilihan tersebut. Bagitulah kasihnya Ustaz Fadzil kepada sahabat seperjuangannya sekalipun mereka terpaksa berpisah kerana perbezaan wadah.

Ustaz Fadzil mengambil alih jawatan Presiden PAS daripada Hj Yusof Rawa pada tahun 1989. Tetapi malang sekali Anwar tersekat tidak boleh mejadi Perdana Menteri kerana sikap TunMahathir yang tamak dan gilakan kuasa tidak mahu melepaskan jawatan Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim. Kalaulah Anwar berkesempatan menjadi Perdana Menteri dan Ustaz Fadzil yang sudah lama menjadi Presiden PAS saya percaya tentunya senario politik orang-orang Melayu dan umat islam di negara ini dapat dipersatukan. Kerana Anwar-Fadzil pastinya saya kira boleh berkompromi bagi sama-sama mencari titik laluan persamaan yang ada dalam UMNO-PAS.

Dan apa yang dikatakan masalah perpecahan orang-orang Melayu saya kira tidak timbul selepas itu. Tetapi malangnya kerana kedegilan dan kegilaan Dr Mahathir untuk menjadi maharaja dalam negara serta merencanakan konspirasi politik tertinggi bagi membunuh kerjaya politik Anwar Ibrahim mengakibatkan Anwar tidak kesempatan sampai kepuncak kekuasaan dalam UMNO. Tanpa Anwar-Fadzil di puncak kekuasaan politik UMNo-PAS amatlah sukar bagi kita untuk mengimpikan ujudnya penyatuan umat Melayu di negara ini. Kerana politikus-politikus yang memimpin UMNO dan PAS masakini tidak ujudnya jalinan persaudaraan dan persahabatan semulia dan setinggi keakraban Anwar ibrahim dengan Ustaz Fadzil Noor.

Bagitulah klimik yang sedang dinanti-nantikan, kerana apabila pemimpin dapat bersatu dan bersama. Maka pengikut-pengikut serta ahli-ahli mereka akan sertai bersama. Tetapi malangnya sekali walaupun Ustaz Fadzil berjaya menjadi Presiden PAS(1989-2002), sedangkan perjalanan Anwar untuk sampai kepuncak terpaksa menempuhi duri beranjau, menjadikan beliau terpaksa kempunan tidak kesampaian bagi mengambil alih jawatan Perdana Menteri drp Tun Mahathir. Maka berakhirlah satu episod trajis lagi dramatik yang membawa kepada krisis Mahathir-Anwar yang mana berkahirnya Anwar bukan sekadar dipecat daripada kerajaan dan parti. Tetapi implikasinya Anwar terpaksa mengharungi dan meringkok hari-=hari yang dilalui dengan penuh penderitaan dan dukalara berpanjangan selama 15 tahun di Sungai Buluh.

Saya percaya di atas persaudaraan dan keakraban talian persahabatan intim Anwar-Fadzil serta kalaulah Anwar Ibrahim boleh jadi Perdana Menteri dalam waktu-waktu Ustaz Fadzil Noor bagitu lama sudah menunggu Anwar diketika beliau menjadi Presiden PAS. Di mana masalah Melayu serta dilema perpecahan ummah, insyaalah dapat dirungkai dan diselesaikan oleh kedua-dua  bekas aktivis ABIM itu. Rahsia besar ini tidak banyak dimengerti dan difahami oleh kebanyakkan ahli-ahli PAS dan UMNO. Kehilangan Ustaz Fadzil dan Anwar Ibrahim menjadikan politik Malaysia turut kehilangan dua permata mutiara besar yang bergilap lagi bergemerlipan yang bakal akan muncol bagi menyelamatkan perpaduah ummah apabila kedua-dua mereka sama-sama sampai kepuncak, maknnya mereka manpu mencari jalan bagi memecahkan kebuntuan. Kerana Anwar-Fadzil boleh bermuafakat dan berkerjasama dalam segala hal, perkara serta masalah boleh dipersetujui serta disepakati. Tetapi bagitulah manusia sekadar merancang dan melaksana, tetapi Tuhan yang akan ,menentukannya. Anwar ditakdirkan Ilahi terpaksa pasrah di penjara tidak kesampaian dan Ustaz Fadzil terlebih dahulu pergi mengadap Ilahi. Kini tinggal Anwar keseorangan, kesepian malah tidak boleh berbuat apa-apa lagi kecuali didatangi pertolongan kuasa "istadraj" dari  langit sahaja yang menetukan.




Tuesday, July 5, 2016

MENANTI GERHANA BULAN PURNAMA


 





 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


KRISIS dan perpecahan Pakatan Rakyat satu musibah cukup besar terhadap komponen partai politik pembangkang. Front pembangkang tanpa penyatuan yang kuat dan kukuh, sama sekali tidak memungkinkan dapat mengalahkan UMNO-BN di PRU ke 14 akan datang. Yang paling pedih sekali tentulah bulan purnama akan bertukar menjadi gerhana.

Keangkuhan dan kesombongan kepimpinan PAS sekarang cukup terserlah sekali di mata rakyat. Partai mereka akan diajar oleh rakyat marhein di PRU nanti. Kekalahan itu adalah kecelakaan malah musibah terhdap PAS.  Tindak tanduk PAS selepas Muktamar ke 61 mendemparkan partai itu ke ruang dimensi kekalahan besar dlm apa-apa PRU di masa hadapan.

Bersetuju dengan Sdr Husam Musa PAS sudah hampir pasti akan menempah kekalahan di Kelantan. Negeri Serambi Mekah nama jolokan turut mengundang kritikan sebagai  bandar Kota Bahru yang agak kotor oleh Prof Dr Agus baru-baru ini akan kembali ke pangkuan UMNO.

Bukan sahaja di Kelantan, PAS lansung tidak akan mendapat apa-apa kemenangan kerusi di Selangor. Inilah yang amat gerum dan menakutkan kita. Negeri terkaya di Malaysia yang menjadi milik pembangkang sejak dua penggal 2008-2013 juga akan kembali kepangkuan UMNO-BN. Di Terengganu sekalipun dipercayai akan ada sedikit kemenangan tetapi tidak mencukupi untuk PAS menawan negeri penyu bertelur itu. Juga akan terus menjadi milik UMNO-BN. Kedah pun sama PAS di bawah kepimpinan Pesuruhjaya  baru yang lemah dan kontang pemikiran jangan memasangkan sebarang angan-angan untuk menawan Kedah. Cukup saya kira jika PAS mampu pertahankan DUN Sg Limau dan Takoi. Kemenangan di dua kerusi PAS Kedah dikira sudah hebat dan kuat. Di Pulau Pinang kita hadiahkan telor itek kepada PAS. Pun bagitu juga dengan negeri Perlis,Perak,N. Sembilan, Pahang,Melaka, Johor, Sabah/Serawak PAS akan dianugerahkan telur ayam dan telur itek kesemuanya.

Di PRU akan datang PAS tidak akan mencapai apa-apa kemenangan yang boleh membanggakan kami sebagai rakyat marhein yang dahagakan perubahan. PAS cuma berupaya mendapat antara sekitar 6-7 kerusi parlimen yang pernah mereka capai sebelun ini. Antara 6-7 kerusi bolehkah PAS laksanakan Hudud? fikir-fikir dan memung-memunglah kita. Kasahinilah PAS.

Kalau bersekolah saya ibaratkan PAS tidak naik darjah. Malah turun kelas. Satu gambaran ketidakcerdikan dalam berpolitik di negara ini. Berpesta dan berkenduri besarlah UMNO-BN bagi merayakan kemenangan sesudah menserakahkan PAS. Analisa ini tidak perlu data-data yang payah, tengok-tengok dan pandang-pandang sahaja kita sudah boleh buat satu jangkaan nasib dan musibah yang akan menimpa PAS. Analisa ini tentulah tidak sama dengan pakar analisis PAS yang terkenal di PPP(Dr Zhudi).

Bersedialah PAS untuk berkelana. Jangan mengharapkan ahli-ahli UMNO akan mengundi PAS dengan cara bekerjasama dan membodek mereka. UMNO amat licik berpolitik. Keanjalan perkiraan catur politik Hadi tidak lansung menguntungkan PAS. Interestnya juga akan mendapat pulangan yang besar kepada UMNO. Mojoriti 2/3 akan kembali menjadi milik tradisi status-quo ke pihak UMNO-BN selepas PRU akan datang.

Apa yang PAS boleh buat menghetong berapa banyaknya kekalahan. Letih untuk mencongak dan membilang kerusi-kerusi kekalahan PAS di malam PRU. Tetapi tidak apa, hati-hati penyokong mereka boleh di ubat dengan ayat-ayat power. Antaranya kita berjuang untuk mencari redoi Tuhan. Biarlah kalah sekalipun seribu tahun malah hingga kaimat janji PAS dapat redo Tuhan. Untuk apa kita berjuang dan mendapat kemenangan, tetapi Tuhan tidak redo. Akan lembut dan luluhlah hati-hati org PAS. Redoilah saja kerana ia sudah bagitu kehendak Tuhan.

Fikir-fikir dan menung-menunglah di mana silapnya PAS? UMNO-BN boleh dikalahkan. Ia bukannya kuasa terkuat selama lamanya. Tetapi selagi mana PAS terkatup memikiran, tidak berlapang dada, jauh dari sifat keterbukaan bagi mencari ruang politik baru yang memungkinkan suatu yang idealis untuk mencetak kemenangan. Wajarnya PAS terus terperusuk di bilik deminsi kekalahan dalam apa-apa pertarungan politik di negara ini. Tangkis dan tepis dengan keris plastik hadiah UMNO bagi membunuh perasaan egoistik melampau di kalangan para pemimpin PAS, bunuhilah rasa keirian dan kesombongan yang terpahat dalam hati nurani pemimpin-pemimpin besar PAS terhadap para sahabat dan kekasih seperjuangan. Dan akhirnya tidak ada laluan untuk PAS. Pilihlah untuk kembali bersama PH ataupun berkongsi kasih dengan wanita tua yang dibencii selama ini. PAS tidak boleh bersendirian. Sebenarnya apa pun kajian politik PAS sebenarnya tidak kuat........

Friday, January 15, 2016

PUTERI ALIA IZZANI ANAKKU JANGAN LAGI PANDANG KE BELAKANG- KAMI RINDUI KEJAYAANMU

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

PUTERIKU Alia, ku namakanmu sebagai Puteri Kurshiah. Nama baru sebagai tanda penghormatan seorang ayah di atas kejayaanmu, sekaligus memecah rekod sejarah murid pertama dari Sek Keb Padang Pusing, Pendang, Kedah yang berjaya dipilih Kementerian Pendidikan ke Kolej Tunku Kurshiah, N. Sembilan.


Anakku sesungguhnya betapa hibanya hati abah dan mak untuk melepaskanmu ke pihak Kolej. Betapa berat untuk merelaikan beban kasih sayang bagi memulakan detik  perpisahan denganmu di ketika usia yang masih kecil. Perpisahan ini tentunya akan merempuh jarak masa yang panjang. Air mata berlinangan, perasaan hiba dan sebak di dada abah ditakkala mahu meninggalkanmu di asrama Kolej Tunku Kursiah pada tanggal 6 Januari 2016 sesungguhnyan Tuhan yang maha mengetahui.

Anakku teruskanlah perjuanganmu dalam menuntut ilmu. Redahlah segala kemungkinan gelora dan gelombang besar yang akan datang mencabarimu wahai anakku. Kuatkan perasaan dan mentalmu. Tabahkan diri dan kuatkan iman ditakkala kesepian dan kesunyian datang mengganggui konsterasimu. Ingat pesanan abah wahai anaku. Jangan lagi engkau toleh kebelakang. Di belakangmu tidak apa lagi. Hanya abah dan ibumu memendam rasa kesepian yang berpanjangan di Teratak Cabuk. Kesunyian dan kesepian kami berdua tanpa mendengar lagi celotehmu sesungguhnya amat hiba sekali.

Lupakan ibu dan abah,  tingkatkan konsentrasimu wahai anakku. Jangan sesekali bersikap mengalah. Jadikan medan ilmu sebagai pentas juang yang tidak akan mengenal erti makna kekalahan. Ibu dan abah sentiasa mengiringi doa agar engkau berjaya dengan cemerlang wahai anakku.