Sunday, December 20, 2015

PAS SEDIA MAAF, LUPAKAN KESALAHAN UMNO- KATA SETIAUSAHA AGONG

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


YA memang tepat dan betul sekali kenyataan Setiausaha Agong PAS, Secara peribadi beliau mengatakan "PAS sedia maaf,lupakan kesalahan UMNO". Betul sekali cakap-cakap orang yang sudah mabuk cinta dengan UMNO-BN. Saya mendoakan agar PAS dan UMNO cepat-cepat berkhawin, jangan terlalu lama bermain mata. Biar bunga-bunga cinta berputik eluklah cepat-cepat menikah. Merisk sudah, mengintai pun sudah, malah hebahan kepada orang ramai bahawa PAS akan berkahwin dengan UMNO pun sudah diketahui satu dunia. Justeru itu apa yang hendak ditunggu-tunggukan lagi. Menikahlah !

Maafkanlah kepada UMNO  sekali pun UMNO melakukan dosa-dosa yang banyak terhdap PAS. Lupakah saja itu semua, biar ia menjadi catatan sejarah luka yang pedih kini sudah terubat kembali. Cerita lama tidak perlu dipendam lama-lama. Islam tidak mengajar bagitu. Maafkanlah PAS sekalipun dulu ulama dan ustaz PAS mengatakan UMNO kafir/zalim/munafik/firaun/syirik dan berbagai-bagai lagi yang masih tergiang-giang dalam ingatan saya di sepanjang mengikuti perkembangan PAS dari semenjak tahun 1978 yang kebetulannya diketika itu saya selaku perakam berita untuk akhbar Mingguan Bumi, Watan dan Harakah.

Kurang lebih 37 tahun seumur kemasukan Sdr Mohamad Sabu dalam PAS, saban waktu siang dan malam saya sering mengikut ceramah-ceramah dari ulama dan ustaz-ustaz cendoi dalam PAS yang berbuih mulut memaki hamun UMNO kerana dikatakan tidak mahu kepada hukum islam.

Wajarlah PAS memaafkannya sebab masa sekarang fasa UMNO-PAS hendak berkhawin. Orang yang akan berkhawin ia tidak fikir apa lagi. Hanya untuk bersuka-suka dan berseronok bergemulang di atas katil, terutama sekali ditakkala menanti malam jumaat tiba. Biarkanlah isu-isu seperti 1MDB 42 bilion PAS boleh melalui Tuan Tok Besar Marangan berijtihad maafkan. Dana 2.6 bilion ke akaun Tuan Najib juga pakatlah bermaafan. Kerana PAS-UMNO sudah serupa, tidak ada apa-apa perbezaan lagi, kata Dr Asri Zainal Abdin yang membeza antara orang-orang UMNO dengan PAS cuma songkok dan kopiah di atas kepala mereka saja. Ilmu agama dan cara hidup ulama dan ustaz-ustaz cendoi juga serupa. Samalah macam lagu "kita serupa".


Maafkanlah PAS ampunilah segala dosa-dosa UMNO. Kerana esuknya kita akan berketiduran sekelambu. Selepas ini akan sunyi sepilah landskap politik Malaysia, tidak lagi kedengaran maki hamun sesama sdr se islam angkara perangai hodoh ustaz-ustaz cendoi dan ulama suk dalam PAS. Saya merasa terharu sekali. bagaimana selepas ini hendak mensesuaikan diri ini dengan suasana kesunyian politik PAS. Apabila PAS tidak menjadi pembangkang lagi, pentas politik menjadi kusam dan lesu. Tempikkan dan teriakan UMNO kafir, UMNO firaun, UMNO syirik, UMNO fasik, UMNO munafik tidak lagi menjadi ayat-ayat suci menyeronak telinga ahli-ahli PAS dan memedihkan telinga ahli-ahli UMNO. Orang-orang UMNO boleh bersyukur "Alhamdulilah" betapa mereka tidak dicaci hamun lagi. Tidak lagi barang sesiapa dalam PAS berani menerjah UMNO. Kerana Tuan Bersar Marangi akan menasihat yang berkelakukan dan contoh-contoh keperibadian buruk yang pernah dipertontonkan selama ini mereka harus berwaspa, jangan sesekali ulanginya lagi, kerana kena malulah kepada UMNO. PAS sedia maafkan UMNO sekalipun sebesar mana dosanya, biar andaikata sebesar bukit bukau dan gunong ganang PAS redo asalkan dapat berkhawin dengasn UMNO. Bagitulahnya orang sedang mabuk dilamunan cinta. Kesemuanya dirasakan eluk dan cantik belaka. Kami doakan moga-moga PAS bahgia di sisi UMNO.

Amanah bersiapa sedia, parti baru itu akan mendapat durian runtuh. Tidak semua ahli PAS yang sanggup berwalak sepanjang masa sekalipun dijanjikan syurga dan sang bidadari sedang menanti. Masa mempelam harumanis mulai kelihatan masak dan ranun. Menanti buah-buahnya berguguran. Lagi cepat PAS sertai kerjasama dengan UMNO, saya fikir lebih bagus. Kita juga redo pemergian PAS yang berhasrat untuk berkhawin dengan UMNO. Selepas ini PAS akan menjadi isteri termuda UMNO. Bakal isteri UMNO yang ke empat belas. Tahniah PAS pusaka Tuan Tok Guru ................

Friday, December 11, 2015

PAS MENGHAMPIRI DI TEPIAN LUBANG YG SAMA DI KALI YANG KE DUA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


AWAS! AWAS!AWAS!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Ingatan saya kepada ahli-ahli PAS, para perwakilan, para aktivis dan pejuang yang masih setia dan istiqamah untuk terus bersama PAS anda hendaklah lebih berhati-hati. Tanpa tuan/puan sedar kini sudah berada di tepian lubang yang sama yang pernah tuan/puan jatuh ke dalam perangkap UMNO. Sejarah itu jangan dilupai sekalipun ia dibelai dengan pelbagai igauan dan mimpian.

Anda semua harus takut dan gerun. Saya mengikuti riak-riak gelombang kecil proses doktrin kerjasama PAS-UMNO(Melayu/Islam) sejak tahun 2008. Selepas PRU 2008 riak kecil isu kerjasama kerajaan UMNO-PAS(UG) di negeri Perak dan Selangor sekalipun tidak jadi kenyataan tetapi ia memberi satu impak lukaan dan koyokan besar, malah amat menyakitkan lagi pedih sekali selepas muktamar ke 61. Satu penomena atau insiden yang tidak barang sesiapa pun ahli-ahli PAS  sukainya.

Gelombang besar kerjasama UMNO-PAS tidak dapat disembunyikan lagi selepas muktamar ke 61, 2015 di Kuala Selangor. Sebelum dan sesudah muktamar itu. Perang kecil, kemudian  besar dalam bahtera PAS tidak terelak lagi. Usaha kuat dan besar bagi menjatuh keseluruhan momen pemimpim pro profesional dalam PAS terpaksa di lakukan oleh puak pro- ulama dari kem mullah Rusila terbongkar. Siri pembunuhan krekter pollitik(character assassination) darahnya merah membasahi pentas muktamar PAS Kuala Selangor.

Pembuhuhan itu di lakukan menjadi urutan peristiwa yang sedang ditayangkan kepada semua ahli-ahli PAS. Sejarah tidak dapat dilindungi dan dibohongi. Cuma ia menguji sejauh mana kecekapan dan kebijaksanaan ahli-ahli PAS menilainya. Salam PAS sudah di jawab UMNO. Ini tentu sekali ia mengundang satu perkahbaran gembira buat Tuang Peresideng PAS dan Mursidul AMnya. Bagaikan orang mengantuk disarungkan bental, pucuk dicita ulam mendatang. Kerinduan betapa terlalu lama ia amat  menyakitkan sekali.

Kalau sebelum ini PAS menghulukan salam manisnya kepada UMNO tidak apa-apa respon. Kini Datuk Tuang Presiden cukup memuji  PM, katanya PM ada kelemahan tetapi tidak penyelewengan. Jika PM melakukan penyelewengan sila bawakan saksi. Mursidul AMnya pula pernah menyatakan PM mana mungkin berbuat demikan, tidak masul akal. Wang 2.6 bilion seperti dakwaan WSJ tidak benar dan tidak masuk akal sama sekali. PM tidak akan berbuat demikian. Tiba-tiba PAS menyatakan mereka masuk politik dan berpilihanraya bukan bertujuan hendak menang, biarkan mereka kalah, kerana mereka mencari pintu syurga dan sang bidadari. Hj Hadi istihar tidak mahu lagi ke Puterajaya. Mereka hendak pergi jauh lagi iaitu ke syurga. Mereka sedia rela melayari bahtera mereka biar 1000 tahun lagi malah hingga sampai kaimat.

Presideng PAS pernah menyatakan mereka tidak mahu menumpangi bas exspress tajaan Pakatan Harapan ke Putrajaya, kerana dikatakan takut tersesat jalan. Hendak ke Puterajaya tetapi pemandunya menuju ke arah lain. Maknanya PAS nak ke Putrajaya kalau bersama dengan bas exspress (konsortiun biru). Seterusnya PAS pamirkan wajahnya yang sebenar. Kata Hadi mereka hendak menjadi pembangkang yang menerang dan bukan menyerang. Tidak perlu berdemonstrasi lagi kerana ia akan menguntungkan pihak lain.

Apa pun kini salam risikan PAS sudah dijawab PM, UMNO bersedia untuk bersama PAS. Saya percaya pemimpin akan berlakon lagi untuk mengerlirukan pemikiran ahli parti yang tulus iklas dan WALA membabi buta. Mereka akan menyakinkan ahli-ahli akar umbi "grass-root" sehingga doktrin mereka dapat diterima ahli parti. Gerakan ke arah itu akan terus dilakukan sehinggalah ahli-ahli PAS menjadi alpa dan jinak kemudian terus mabuk untuk bersenggama dengan UMNO dan akhirnya mereka berkhawin.

Ketika itu seluruh ahli PAS tidak akan membantah lagi. Percayalah, bilamana selepas ini akan keluarlah ayat-ayat fatwa mengatakan bahasanya berkerjasama dengan UMNO itu sah. Malah sekiranya PAS bersatu dengan UMNO amat dituntuti oleh syariat. Apa agaknya apabila Tuang Presideng dan Mursidul Am PAS mengeluarkan fatwa-fatwa seperti itu?. Barang sesiapa daripada ahli-ahli PAS membantah mereka di hukum sebagai tidak "WALA", hukumnya mungkin menjadi pengkhainat.


Tidak apa yang boleh saya ungkapkan lagi kepada sahabat-sahabat saya ahli PAS. Terserahlah kamu, istiqamahlah kamu. Dan jika pempimpin kamu kata berkerjasamalah PAS-UMNO, maka takbirlah kamu allahuakhbar......Saya rindu menanti PAS bersanding dengan UMNO. Hj Hadi dan Harun Din jangan tunggu lama-lama, jawablah salam yang dihulurkan PM itu. Bersandinglah Hj Hadi dengan Najib....................Selamat berjaya PAS.



Wednesday, November 18, 2015

KASIHANI MEREKA AHLI-AHLI PAS

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SAYA menyeru kepada ahli-ahli PAS terutamanya di luar bandar yang jauh daripada mendapat informasi. Sekadar menyantap dalam ruang politik di akhbar Sinar dan Harakah. Usahlah kita mengkritik kepimpinan PAS lihat apa yang saya paparkan sudah mencukupi. Sedih saya melihat nasib ahli-ahli PAS yang mata mereka ditutup dan terus dibawa pemimpin mereka entah ke mana. Yang teruknya penutup mata itu tidak boleh di buka. Jadi mereka tidak nampak apa-apa yang sedang diorkestrakan oleh pemimpin mereka. Ahli ahli PAS akan berada dalam kegelapan entah sampai bila? Saksikanlah potret dan coretan kata "SAYA TENTANG JIKA PM NAK LAKSANAKAN HUDUD SEKARANG-Nik Abduh : Malaysia Gazette. Ada mata lihat, ada telinga dengar, ada mulut bisu.........Inilah wajah PAS baru pro Hj Hadi kian terserlah satu persatu.


Sunday, November 15, 2015

PEDIHNYA DR MAHFUZ TERKENA TIKAMAN HUSAM

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


DIALOG "Demo tanya ambo jawab" melibatkan tokoh besar PAS Dato Husam menambahkan lagi pedihnya PAS yang mana kebelakangan ini segala-galanya tidak kena. Kesemuanya berlaku penomena dalam PAS sebelum dan selepas muktamar ke 61 ekoran ketidakbijaksananya Presiden PAS, Hj Hadi yang gagal mengurus dengan baik kemelut perbezaan pandangan dan pendapat dalam parti terbit antara dua puak pro-profesional dengan pro-ulama konservatif/orthodok.

Setelah hampir 2 tahun Dato Husam berdiam diri. Kini Husam mula bangkit bagi mengkritik dan menegur beberapa malah banyak lagi kepincangan yang berlaku bukan sahaja masalah dalaman kerjaan PAS Kelantan serta juga kepincangan dan sikap Presiden PAS sendiri.

Teguran dan kritikan Husam tidak salah sekalipun secara terbuka. Sebagai parti islam yang yang diwar-warkan mereka semuanya benar tidak perlu gusar dengan teguran dan kritikan . Saya amat bersetuju sekali dengan keberanian Husam dan layak beliau digelar sebagai pahlawan.

Fokas saya dalam tulisan pendik ini ingin menyentuh sedikit sekitar kritikan balas Dato Husam terhadap Ketua Dewan Ulama PAS, Dr Mahfuz yang mengjawab dengan sinis malah tajam sekali dalam serangan balas Husam kepada Ketua Dewan Ulama PAS yang bermulut celupar. Saya bersetuju Dr Mahfuz tidak memiliki akal yang berhikmah. Sergahannya agar Husam keluar PAS. Seseolah PAS ini kepunyaan beliau. Kita berparti. Bukan hak sendirian bhd. PAS bukan syarikat Ketua Dewan Ulama.

Cara Ketua Dewan Ulama itu melontarkan pandangan juga sudah membuatkan ramai audien turut meluat. Seseolah memperlihatkan sikap seorang pemimpin yang angkuh dan sombong. Mengherdik dan menghalau Dato Husam keluar dari PAS tidak wajar sama sekali. Teguran dan kritik seharusnya dialu-alukan. Cukuplah sergahan-sergahan selama ini oleh Dr Mahfuz terhadap pemimpin parti Amanah yang dihalaunya setiap hari supaya keluar dari PAS. 


Hari ini beliau terkena pukulan yang teruk daripada Dato Husam, kalaulah dalam gelanggang tinju Mahfuz di K.O oleh Dato Husam. Barulah Dr Mahfuz tahu betapa langit itu tinggi rendah. Kata Husam siapa Dr Mahfuz mahu menghalau beliau keluar dari PAS. Taraf Ketua Dewan Ulama sama saja dengan beliau yang kini serlaku ketua PAS Kubang Kerian. Hujah Husam lagi sepatutnya dialah juga boleh menghalau Ketua Dewan Ulamak itu(aduh pedihnya!). Kalau hendak halaupun kata Dato Husam bawakan tangga. Beliau akan terun melalui tangga. Beliau sesekali tidak akan terjun melalui tingkat apabila mendengar jeritan dan sergahan Dr Mahfuz. Datangkan hujah, sebagai Ketua Dewan Ulama sepatutunya bagitu?. Bukan main sergah tidak tentu fasal sahaja. Tegas Husam sergahan Dr Mahfuz agar beliau meninggalkan PAS macam suara samseng.

Tepat sekali pukulan keras Husam terkena batang kepala Dr Mahfuz yang tidak berapa begitu berakal baik. Sepatututnya beliau selaku Tuan besar dalam Dewan Ulama, setiap pandangan tidak seharusnya menggambarkan seperti pandangan seorang anak muda samseng di jalanan. Tidak egois, tidak sombong dan angkuh. Saya kira cukup tepat sekali bedalan Husam terhdap Dr Mahfuz. Dengan bedalan Dato Husam itu sekurang-kurang boleh dijadikan iktibar oleh Ketua Dewan Ulama itu agar tidak terlalu gelojoh dalam memberikan sebarang reaksi mahupun respon terhadap seseorang selepas ini. Gunakan istilah nasihat yang baik-baik dan datangkan hujah-hujah. Bukannya berwatak seperti seorang samseng. Tahniah Dato Husam.......biar Dr Mahfuz merasakannya kepedihan itu sampai ke ulu hati.......

Tuesday, November 10, 2015

CALUN BAKAL PENASIHAT KERAJAAN MALAYSIA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


TIBA-TIBA masyarakat politik di Malaysia di kejutkan dengan berita yang terpancul keluar dari mulut Tuang Presiden PAS, Tok Guru Hj Hadi. Katanya PAS selama ini tidak meminta apa-apa dari UMNO. PAS tidak kemaruk jawatan dan pangkat. Sebelum itu ada juga suara-suara beliau pernah berhujah PAS berjuang menerusi proses politik demokrasi di negara ini bukan matlamatnya untuk menang. Biarkan PAS sentiasa kalah dalam setiap musim PRU asalkan perjuangan PAS mendapat redoi Ilahi. Ringkasnya PAS tidak mengharapkan masuk PRU semata-mata  untuk dapat kemenangan. Sebaliknya di malam keputusan PRU PAS suka mengetong kekalahan. Biar UMNO-BN menang berterusan. PAS akan dapat janji syurga dan puteri bidadari yang menanti bagi menyambut setiap ahli-ahli dan mullah mereka di pintu syurga.

Kali ini perkara pelik terpancur keluar lagi dari mulut Tuang Presiden PAS sekadar meminta hanyalah diberikan tugas selaku penasihat. Kasihan saya kepada Tuang Guru Datuk Presiden PAS kenapa acapkali dia berubah perangai begitu. Mudah-mudahan kehendaknya itu di restui Oleh Perdana Menteri. Insyaallah sudah ada respon baik dari Terengganu, sudah bercadang agar Tuang Presiden PAS itu menjadi penasihat di negeri penyu bertelur. Tapi di Perak responnya agak sedikit negatif. Kata pihak sana di Perak berlainan dari Terengganu. Perak masyarakat majmuk ada Cina dan ada India. Maknanya Hadi hanya layak menjadi penasihat di Terengganu.

Beginilah perangai pelik Tuang Presiden akhir-akhir ini. Nampaknya amat kempunan sangat hendak jadi penasihat kepada kerajaan UMNO-BN pimpinan Datuk Najib. Fasal berlunak dengan isu bekerjasama bersama UMNO sudah memuakkan selera ahli-ahli PAS. Cuma hendak berlawan hujah dengan beliau nampak tidak berapa boleh. Jika bertelagah dan berbeza pendapat dengan Tuang Presiden dari Rusila alamat sesiapa sahaja kuyuplah dia. Hukuman tidak "WALA" akan dijatuhkan. Siapa berani kritik Tuang Presiden itu? alamat buruklah padahnya .......

Terkadang kadang saya merasa simpati dengan perangai pelik Tuan Presiden dari Rusila itu. Bersungguh-sungguh sekali dia hendak membawa PAS pasca baru bersenggama dengan UMNO-BN. Tetapi ianya tidak begitu mendapat respon daripada Tuan UMNO. Sesekali-kali pula nampaknya bagaikan mahu melutut dan menjilat kembali ludah-ludah lamanya terhadap UMNO ditakkala zaman muda tahun-tahun 1980an dahulu asalkan UMNO menerimai rayuannya itu.

Naluri hendak berkerjasama dengan UMNO kelihatan jelas. Saya bersetuju dengan Datuk Husam, kalau benar-benar hendak bersenggama dengan UMNO, perjelaskan! Apa salahnya bawa perkara yang dikehendaki itu kemeja perundingan. Bukan hanya di peringkat Majlis Syura Ulama, bawa juga ke peringkat AJK pusat. Dan jika bersetuju serahkan ke pihak muktamar membuat keputusan. Itu baru betul sebagai Tuang Presiden se buah parti islam. Tidak molek kalau bermain "flip-flop", ahli bawahan tidak tahu apa yang berlaku dan dikehedaki oleh Tuan Presiden? Kalau ahli-ahli tidak bersetuju dengan cadangan itu, Tuan Presiden dengan rela bolehlah meletakan jawatan. Itu barulah Tuan Presiden yang "gentlement". Lepas itu kalau rasa-rasa hendak juga bersengggama dengan UMNO, maka adalah baik istiharkan diri keluar PAS jadi ahli UMNO. Tidak salah. Ahli-ahli PAS tidak akan marah..Ikut jalan ini kerana itu sudah kehendak diri sendiri. Sudah ramai tokoh-tokoh besar PAS berbuat demikian. Keluar PAS masuk UMNO. Biar tuan punya diri itu yang rosak jangan ahli-ahli parti yang terpaksa bertelangah  dan berandu-domba sesama sendiri akhirnya menjadikan PAS berpecah dan berbalah.



Persolan saya di sini mahukah UMNO berpenasihatkan oleh Tuang Presiden dari Rusila itu? Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Negarawan pun UMNO tidak dapat menerimai pandangan beliau. Apalah sangat Tuan Presiden dari Rusila itu mahu meletakan diri peribadinya di situ. Walau apa pun saya mohon dan nasihat Datuk Najib PM kasihanilah dan terimailah Tuang Presiden sekalipun sepenggal untuk jadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO-BN.


Wednesday, November 4, 2015

ANWAR IBRAHIM - MENGGAMIT INGATAN DARI JAUH

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PERKEMBANGAN politik pembangkang mutakhir saya mula merasai muak melihat perangai kebudak-budakan antara PAS-DAP. Seseolah pembangkang kini tidak ada resolusi jalan keluar dari kemelut politik berpanjangan. Perbezaan pendapat, ideologi dan agama harus diuruskan dengan baik tetapi gagal dilaksanakan. Bukannya permusuhan berlarutan tanpa kesudahan. Krisis PAS-DAP amat menguntungkan UMNO. Semakin kuat PAS menyalak terhadap DAP, UMNO dapat menarik nafas lega.

Kemelut PAS-DAP mengimbau kembali ingatan dan kenangan saya terhadap DSAI yang kini terpaksa menanggung beban derita yang yang cukup hebat di penjara Sg Buluh. Ikon politik besar yang bakal mencetuskan perubahan landskap politik Malaysia, kini menghadapi hari-hari sarat penuh dengan kegetiran. Kegetiran dan kekecewaan DSAI tentu sekali apabila melihat gelagat ketidakmatangan kepimpinan politik pembangkang PAS-DAP bersandiwara dan bergocoh sesama sendiri tanpa mengenal di lokasi mana mereka berada dalam konteks politik hari ini.. Cerdikkah kepimpinan politik pembangkang bertempur sesama sendiri sedangkan matlamat bersama untuk menjatuhkan UMNO-BN sekaligus selamatkan Malaysia.

Kalau Anwar tidak terkurung di penjara, pembangkang PAS-DAP tidak sebegini. Tanpa Anwar kita harus akur pembangkang tidak ada kepimpinan politik yang hebat lagi berjiwa besar. Anwar ikon penyatuan PAS-DAP. Anwar perancang berstrategik dan idealistik. Tokoh politik 'Asia Baru" bersama PAS-DAP mampu mengolah cetusan momentum besar gelora tsunami politik. Kita sesekali tidak boleh mengharapkan tokoh-tokoh PAS seperti Hj Hadi dan Harun Din berupaya mengocak gelombang. Lebih menderita sekali kebelakangan ini apabila Hj Hadi menjadi semakin egois dan tidak tentu hala(flip-flop). Seseolah beliau tidak tahu hendak membawa PAS ke mana? Selain daripada dendangan lagu lunak berirama padang pasir dengan orkestra dan tiupan seruling bagi menghibur mencari janjian syurga dan bidadari untuk ahli-ahli PAS, kini Hadi sudah lupa straegik PAS untuk mencapai kemenangan.

Ketidaklojikan idea Hj Hadi amatlah merunsingkan Anwar di penjara. Pada Anwar, sekalipun beliau terpaksa menghabiskan usia tua dengan memamah beban derita di penjara, namun beliau boleh bergembira di tabir gerigil besi sekiranya Hj Hadi tidak memusing perangai dan DAP tidak berangkara.

Hampir selama 35 tahun saya mengikuti jalan pemikiran Hj Hadi, kini sekalipun berat hati ini saya terpaksa merumuskan bahawa Hj Hadi bukannya seorang tokoh politik islam yang hebat untuk mencetuskan gelombang perubahan.  Pemikiran dan sikap Hj Hadi pada saya tidak konsisten. Se panjang beliau menjadi Presiden PAS dari 2002, tidak satu pun gagasan ke arah menguntungkan pembangkang mampu dicetuskan. Dewasa ini pemikiran politiknya semakin kacau dan kalut sekali. Saya fikir Hadi tidak layak menjadi pemimpin utama negara kita, apatah lagi masyarakatnya yang majmuk.

Kekacauan DAP-PAS  yang berpanjangan akan lebih merunsingkan Anwar Ibrahim. Harapan untuk melihat pembangkang merubah landskap politik di PRU ke 14 sudah kehilangan fokos. Pencapaian 52% di PRU ke-13 tak mungkin dapat diulangi lagi. Melihat riak kepimpinan PAS yang baru era Hadi selepas muktamar ke 61 cukup menceriakan UMNO. PAS era kini telah menghulurkan salam untuk bersama UMNO. Cuma UMNO yang secara terbuka belum menyatakan pendirian. Fenomena baru PAS ini mengembalikan semula parti islam itu ke kancah politik berbau perkauman/exstremis. PAS yang sebelum ini menuju politik kesawarjagatan, sekarang kembali ke perangkap UMNO-BN. Sudah masuk!

Kasihan PAS semakin tidak tentu arah. Sesekali seakan-akan macam mahu melutut sembah bagi memohon belas kasihan dari  UMNO. Salam Hj Hadi untuk menjadi ketua penasihat UMNO, tetapi belum di sambut Najib bagaikan peribahasa "hidung tak mancung pipi tersorong-sorong". Kesungguhan Hj Hadi untuk bersama UMNO yang pada mulanya mencetuskan idea UG kini kian nampak benar-benar terserlah. Sehingga beliau berikrar bukannya mencari dan memburu jawatan tetapi mahu menjadi penasihat kepada UMNO. Untuk menyakinkan UMNO lagi, kata Hadi mereka sedang mencari kederaan baru, tidak mahu bas exspress bersama PH. Natijahnya kepada Najib beliau sudah benar-benar bersedia untuk bersama UMNO ke Puterajaya melalui konsortium bas biru. Kelunakan Hj Hadi terhadap UMNO ini amatlah tidak menyenangkan DSAI.

Apa pun kita iringkan doa agar Anwar cepat sembuh dan sihat. Pohon saya supaya Anwar istiqamah dan kesungguhan dalam bersabar. Ujian besar itu tidak semistinya diberikan Allah untuk semua hambanya. Ujian dalam perjuangan merupakan sunatulah yang sedia terpilih. Tidak ada apa -apa nilai yang boleh dihadiahkan cuma mengharapkan Sdr Anwar lebih kuat bersabar dalam menempuh ujian mehnah dan tribulasi. Masa masih ada , lima tahun tidaklah terlalu lama, medan perjuangan masih tersedia menanti anda. Dari jauh di anjung Teratak Cabuk saya cuma dapat menggamitkan ingatan terhadap masa perjalanan perjuangan Anwar Ibrahim dari jauh. Rakyat marhean tetap menanti anda kembali semula memimpin mereka bagi sekali lagi kita bersama mengharungi arus perubahan....Salam perjuangan.




Monday, November 2, 2015

UG KEBUSUKAN MULA MENERJAH KE LANGIT

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SECARA resminya PAS melalui Hj Hadi masih mampu berselindung bahawa parti islam itu tidak akan bekerjasama dalam permaufakatan UMNO-BN. Inilah isu yang sedang diperkatakan sekarang. Kerajaan UG gagasan yang dicetuskan HJ Hadi antara 2008-2009 dahulu kembali menjadi hantu yang meracau difikiran ahli-ahli PAS. Terutama sekali ahli-ahli PAS yang berjenama "Harummanis" di luar hijau dalam oren.

Saya bersetuju sehingga kini PAS- UMNO belum bersenggama. Tetapi percintaan PAS terhadap UMNO tidak boleh dilindungi lagi. Kemaruk untuk bernikah dengan UMNO menjadikan PAS dewasa ini bagaikan dilandai sebuah percintaan yang menggila. Orang sedang mabuk cinta sehari tanpa melihat wajah orang yang dicintai itu hidupnya sentiasa resah gelisah dan gundah gulana.

Watak Hj Hadi sejak berpisah dengan janda lama Pakatan Rakyat semakin menjadi-jadi kepingannya terhadap UMNO. Dia melihat UMNO semakin cantik dan molek rupawannya. Kalau boleh mahu bersanding segera. Tetapi ia tidak boleh terlalu tergopoh gapah untuk bernikah kahwin dengan UMNO dalam masa terdekat ini. Misi utamanya memujuk para ahli PAS terlebih dahulu. UMNO yang di labelkan sebagai kafir/munafik/zalim/firuan tidaklah sebagitu mudah hendak dikikis dari lubuk hati orang-orang PAS terutamanya yang berfikrah jumud dan exstrem.

Sekarang peranan Hj Hadi dengan kaedah memperkenal kebaikkan UMNO terlebih dahulu kepada ahli-ahli PAS perlu dirancang secara licik. Katanya UMNO kini tidak seburuk firaun, Najib ada kelemahan tetapi tidak menyeleweng, lapuran 1MDB oleh WSJ misti ada saksi. Dan akhir-akhir ini pula beliau mahu menunjuk sikapnya yang benar-benar boleh ditafsiri adanya semangat UG, melalui sloka iramanya yang tungging langgang. Macam orang yang hidung tak mancung pipi terserong-serong. Di Parlimen MP PAS diajukan agar jangan mengangkat plakad 2.6 bilion. Jangan sokong PH yang menolak bajet 2016. Mana-mana MP PAS menyokongnya akan dicop sebagai tidak "WALA", mereka tidak taat kepada kepimpinan Ulama.

Sebelum itu Hj Hadi bercakap kepada media, PAS tidak akan bersama PH. Selain sebab ada pengkhainat DAP dan Amanah, maka mereka tidak perlu manaiki bas exspress yang sedang dipandu oleh derebar PH. Katanya espress PH itu tidak akan sampai ke distinasi Putrajaya, takut-takut nanti kena berjalan kaki. Hj Hadi nampaknya lebih ceria dan senang untuk menaiki bas baru di bawah konsortium UMNO biru. Hadi berminat sungguh dengan warna biru lebih daripada hijau. Yang amat melucukan sekali bagi saya apabila Hj Hadi menyatakan bahawa PAS bersedia menghantar pasukan penasihat kepada UMNO tentang memperbaiki urustadbir berkenaan 1 Malaysia Development Berhad(1MDB), GST, dan masalah kejatuhan nilai ringgit boleh diperbaiki UMNO-BN sekiranya menerima pasukan tajaan Hj Hadi daripada PAS. Mudah-mudahan kita minta Najib atas kebaikan dan kepentingan ukhuawah UG kerajaan UMNO-PAS yang bakal tercipta sejarah janama baru, saya mengesorkan agar terimalah wahai Dato Najib atas huluran salam persahabat daripada Ulama PAS itu.

Yang penting ahli-ahli PAS misti dituba dan dimabukkan terlebih dahulu dengan islam dan kepimpinan Ulama. Versi "WALA" misti didoktrinkan ke dalam jiwa sunubari seluruh ahli parti. "WALA" akan menutup dan mengunci mulut dan mata hati ahli parti untuk memprotes. Tidak ada protes dalam kepimpinan Ulama. Jika protes dituduh sebagai tidak taat setia kepada kepimpinan yang bersih yang sentiasa diredoi Tuhan. Para ahli hendaklah patuh dan menerima semua pandangan dan pendapat pihak Ulama. Berbeza pendapat dengan Ulama seseolah melakukan satu dosa dan kesalahan.

Tidak pasti berapa lamakah terapan proses dan tarbiah baru terhadap ahli-ahli PAS agar dapat menerimai UMNO dengan baik dan sekiranya berjaya, maka di situlah saya kira akan bermulanya 'turning point' ke arah  mempercepatkan proses pembentukan kerajaan UG antara UMNO-PAS. Saya yakin andaikata benar terjadi kerjasama bagi mengujudkan kerajaan UG di masa akan datang, sudah pastinya tidak semua ahli-ahli PAS akan terus "WALA" dan beristiqamah. Di sinilah saya melihat hikmahnya Tuhan menzahirkan serpih koyakan dari tubuh PAS ia itu Parti Amanah Negara. Tidak sesiapa pun dapat membaca firasat yang dikehendaki Tuhan di sebalik segala penomena yang tercetus dalam parti tersebut. Fokos saya, apa yang dapat dirasakan Amanah mempunyai potensi masa depan yang menyakinkan, khususnya bagi jenerasi muda. Insyaalah kita sama-sama menunggu apa yang akan terjadi dan menimpa PAS era Hadi selepas ini........

Tuesday, October 27, 2015

KERJASAMA PAS-UMNO BENAR SEKALI HUJAH PRO-PROFESIONAL YANG TERSINGKIR


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

KRISIS pro-profesional dan pro-konservatif/orthodok dalam PAS mulai di kesan sekitar tahun 2008 selepas PRU ke 12. Apabila berita ini didedah ia menimbul sangkaan jahat ahli-ahli PAS terhadap puak profesional. Usaha-usaha ke arah hendak membentuk kerajaan UG(UMNO-PAS) telah dicubai di dua buah negeri yang dimengangi pembangkang di Perak dan Selangor gagal.

Kegagalan ini disebabkan pro-profesional tetap akan bersama dengan kerajaan Pakatan Rakyat bukannya Barisan Nasional. Golongan pro-ulama konservatif/orthodok mulai menyimpan dendam terhadap puak profesional kerana rancangan mullah besar mereka mengusahakan kerajaan UG tidak berjaya. Inilah faktor yang mengakibatkan 18 pro-profesional dibersihkan dari PAS. Mereka mempopularkan lagi isu kepimpinan Ulama, yang mempunyai kerangka ojektif bagi menjadi misi penyingkiran geng profesional yang dikatakan sekular,pengkhainat dalam PAS  misti dilalau keluar dari jemaah kerana tidak setia "wala" kepada tuan besar mullah.

Kini apabila kita mendengari berita mengatakan "PAS sedia bekerjasama dengan UMNO kerajaan BN"-Hadi. Pada saya sah dan nyata sekali segala butiran-buitran yang dijelaskan oleh puak profesional memboktikan mereka bercakap benar sebaliknya yang menyumbunyikan fakta kebenaran ini adalah puak pro ulama konservatif/orthodok. Walaupun kenyataan tersebut  masih awal dan belum ada satu permaufakatan PAS-UMNO, tetapi itulah denai-denai yang mula cuba dirintisi oleh kumpulan puak Hj Hadi yang berselindung di sebalik tabir. Kenyataan Hj Hadi itu menjelaskan lagi kekeliruan dan ketidakpercayaan segala apa yang diperkatakan puak profesional tentang sikap flip-flop Hj Hadi.

Sekarang ia terserlah bukan lagi satu permaianan flip-flop, tetapi ia mula sedikit demi sedikit menjurus ke arah kebenaran akan menjelma apa yang diperkatakan oleh puak pro profesional akan hadir di hadapan 1 juta ahli-ahli PAS. Waktu itu saya hendak lihat apakah sikap dan pendirian ahli-ahli PAS?. Permintaan saya andaikata ia berlaku. Dan saya pasti ia berlaku apabila kita kebelakangan ini kerap ditayangkan rentak irama ke arah permaufakatan Melayu/Islam ala UMNO-PAS. Tentu sekali tidak semua 1 juta lebih ahli-ahli PAS kali ini akan menuruti jejek perantauan golongan ulama konservatif/orthodok berkampung sekelambu dengan UMNO. Saya percaya ahli-ahli PAS tidak akan beristiqamah lagi dan akan berpecahlah hati-hati mereka, malah saya yakin kali ini andaikata berlaku permaufakatan UMNO-PAS, sudah pasti ramai sekali akan membuka rantai dan kunci di kaki tangan mereka dengan janji-janji syurga yang sentiasa membelanggu fikrah dan pemikiran menjadi terkatup lantaran tidak terbuka melihat kejajaran dunia luar dari kepongpongan kejumudan.

Ahli-ahli PAS yang menyedari hakikat ini bersedialah Amanah Negara tetap ada. Barisan pemimpin-pemimpin Parti Amanah Negara, ayo! bersedialah tuan-tuan, pastinya ramai sekali ahli-ahli PAS akan berhijrah ke Amanah. Itulah pada saya rahmat dari Ilahi yang menghadirkan Amanah Negara di persada politik . Ilmu Tuhan tidak sesiapa yang mengetahui. 

Plot demi plot sudah berlalu satu demi satu, kebenaran kian terserlah betapa semakin dekat apa yang diperkatakan bahawa kerajaan UG hampir pasti walaupun pro ulama salih berganti manafikannya. Tetapi kenyataan Hj Hadi semakin hari semakin terserlah tidak siapa yang boleh pertikaikan lagi. Amanah Negara punyai potensi dalam politik Malaysia sesudah PAS akan kembali menjadi boneka UMNO......Percayalah wahai ahli-ahli PAS. Kebenaran tetap kebenaran, masa sahaja kita menantikan pemboktiannya. Saya akhiri cotetan ini yang merupakan siri-siri coretan kerajaan UG sejak berbangkitnya isu tersebut sekitar tahun 2008. Amanah Negara harap bersabarlah anda menanti............Keislaman tuan/puan tetap tidak terjejas sekali dituduh parti haram dari kumpulan serpihan pengkhainat. Tidak sesiapa pun boleh sewenang-wenang menghukum seseorang. Syurga menjadi milik janjian Allah terhadap seluruh hamba-hambanya yang beriman, bukan hanya orang-orang PAS sahaja yang beriman, dan bukannya syurga itu janjian Tuhan buat mereka...........Tetapi untuk sekelian umat manusia disekelian alam.....

Friday, October 23, 2015

KLUK PERJUANGAN PAS(1951-1982)(1982-2015)(2015-2045) KEMUNCAK DAN KEJATUHAN

 
 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


TANGGAL 1951 PAS dilahirkan di Butterworth, Pulau Pinang. Dari 1951-1982 PAS mula meningkat naik kemudian jatuh ke dalam kluk pertama pada tahun 1982. 30 tahun dalam kluk pertama PAS merangkak semula menguasai Kelantan dan Terangganu pada tahun 1959. Dua tahun kemudian Terengganu kecundang kembali dirampas UMNO-Perikatan. PAS Kelantan kekal dan selepas peristiwa 13 Mei 1969, iktibar dari politik perkauman Melayu/Cina, PAS di zaman Datuk Asri mulai tertarik dengan idea gagasan Tun Razak ia itu menyertai komponen Barisan Nasional.

Tahun 1977/78 tercetus krisis politik Kelantan(Asri-Nasir), PAS di singkirkan dari Barisan Nasional, Kelantan di darurat dan dimagerankan, PRU 1978, PAS kehilangan Kelantan. Ini adalah kluk pertama catatan ringkas perjalanan PAS. Bertolak 1978-1982 berlaku krisis golongan muda dari ABIM menyertai PAS(Dato Fadzil Noor, Hj Hadi Awang, Hj Nakhaie Hj Ahmad, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman dan lain-lain) berlaku krisis kepimpinan yang membawa kepada pengunduran Dato Asri dan Geng 12. PAS kembali merangkak semula dari 1982-2015 mencipta beberapa kejayaan, sepertimana dalam PRU 1990 hasil kerjasama dengan Semangat 46 PAS mencipta semula kemenangan besar di Kelantan . PRU 1999 PAS sekali lagi tawan Terengganu cuma 1 penggal tewas semula pada PRU 2004. Dalam PRU 2008 PAS bersama Pakatan Rakyat selepas itu berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan, menang Kedah sedikit peningkatan demi peningkatan di Terengganu. Krisis profesional-konservatif selepas muktamar PAS ke 61 di Kuala Selangor memperlihatkan PAS jahanan lagi, kali ini mereka menempa kejatuhan di kluk ke dua(1982-2015). Geng 18 krekter mereka di bunuh secara berdiplomatik melalui proses musyawarah di medan pemilihan yang penuh dengan trajidi jijik dan kotar yang tidak seharusnya berlaku dalam tanzil politik islam berjenama PAS. Maharaja CAI menamatkan survival politik kumpulan profesional dalam wadah islam itu perlu dihapuskan......

Percayalah PAS kini terpaksa membina kekuatan baru semula dan saya percaya akan kecundang pula kira-kira dalam sekitar 2045. Pasca kluk ke tiga (2015-2045) PAS akan merangkak dan kemudian akan jatuh semula. Justeru itu percayalah politik PAS tidak akan sampai ke mana. Sebab apabila parti itu meningkat akan ada pelapis baru terkemudian akan hadir menyekat untuk mereka naik kepuncak. Fikirlah wahai orang-orang PAS. Politik yang tidak bersedia untuk menang bagi memerintah negara. Mereka cuma menyertai PRU sekadar bagi memenuhi proses pendemokrasian yang dianjurkan oleh pihak pemerintah. Mereka puas kerana sering menjanjikan kekalahan dalam PRU sebaliknya mendapat keuntungan redo Tuhan. Ahli-ahli PAS ditambat hati-hati mereka dengan janji syurga dan sang puteri bidadari dari jannah........yang sedia menanti di pintu syurga.

Kluk kejatuhan PAS berputar dan berpusing sekitar: kluk Pertama(1951-1982); kluk ke Dua (1982-2015); kluk ke Tiga (2015-2045). Rata-ratanya sekitar 30 tahun PAS akan merangkak naik dan kemudian akan jatuh disetiap 30 tahun masa pusingan peredaran parti PAS. Jenerasi muslim PAS akan datang dalam kluk ke tiga(2015-2045) misti memikirkan keadah yang dapat menyelamtkan PAS dari jatuh ke kluk tersebut.



Thursday, October 22, 2015

SE BUAH CATATAN PENDIK UNTUK HUSAM DAN MAHFUZ


 


 

 
OLEH :JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

JANJI Mahfuz Omar akan terus bersama PAS, Sdr Dato Husam Musa pula mengikrarkan ketaatsetian mahu terus beristiqomah, malah kalau boleh hendak mati bersama PAS. Dato Mahfuz akan terus memimpin PAS kawasan Pokok Sena, entah sampai bila. Mungkin selepas ini PAS Kedah akan melupai Dato Mahfuz, hari ini pun sudah nampak beliau tidak bagitu berselera dengan kepimpinan PAS Kedah. Dato Husam yang bersedia untuk mati, kalau boleh biarlah bersama PAS. Bintang besar PAS didikan Tok Guru Nik Aziz untuk membina masa depan rakyat Kelantan sekarang mengharapkan adanya lampu ajaib(aladin) dapat memberikan sedikit suluhan bagi menerusi liku-luku perjalanannya dalam politik Kelantan yang kian sumar dan gelap. Dato Husam di Kelantan sekarang ibarat seekor kambing yang dikelilingi sang serigala yang buas sedang menanti untuk meratah mangsa. Apa akan terjadi kepada Husam biarlah kerana janji beliau kalau boleh hendak kekal dan terus mati bersama PAS. Saya berdoa mudah-mudahan Dato Husam tidak akan jadi mangsa ganas sang serigala yang sentiasa mengaun dan mengelilingi beliau tidak jadi meratahnya.

Dua tokoh besar yang banyak berjasa kini sedang berhempas pulas untuk terus istiqomah bersama PAS sekalipun peluang mereka bersama Parti Amanah Negara terbuka luas, malah kehadiran mereka amat dinanti-nantikan dengan penuh minat sekali oleh seluruh para pemerhati politik. Public opinion lebih suka kedua-dua tokoh PAS yang dibiarkan hidup segan mati tak mahu dalam PAS agar menyemak semula apa untungnya mereka terus bersama PAS dan rugi jika bersama Amanah. 

Tidak keterlaluan jika saya katakan di mana masa depan Dato Husam dan Dato Mahfuz dalam PAS pasca pro mullah Rusila mereka akan menjadi sang pelukut di tepi gantang. Dato Husam dan Dato Mahfuz jangan harap dan mimpi akan dapat kembali bertapak semula dalam PAS. Kedua-dua tokoh besar PAS itu bersedialah untuk dijadikan mangsa bahan ratahan korban kelicikan percaturan bidak-bidak politik puak pro mullah Rusila.

Berfikirlah baik-baik Dato Husam dan Dato Mahfuz, lupakanlah PAS, menyertai Amanah Negara tuan tidak akan rugi demi survival politik. Kedua-dua potensi tuan dapat dipergunakan demi membangun Parti Amanah Negara. Biar PAS dengan gelagat pasca baru merencana strategik. Mereka konon-kononnya sudah menyediakan tokoh-tokoh pelapis islamik/agamawan tulin untuk menerjah semula parti Melayu islam itu mengikut acuan redo Tuhan eleman unsur persepsi Tokok agamawan dari perkampungan Rusila.

Ingat Dato Mahfuz dan Dato Husam survival politik yang telah dibunuh amat sukar hendak kembali hebat semula di pentas politik utama. Anda berdua mistilah peka demi membaca masa depan politik Malaysia dewasa ini. Usahlah runsing, bukannya menjadi masalah bebanan yang besar bila tuan berdua tinggalkan PAS bersama-sama dengan rakan-rakan sahabat yang lebih fokus memilih Amanah. Kesucian dan ketinggian nilai islam tuan tidak akan terjejas walaupun meninggalkan PAS. Saya lebih tabik hormat kepada Dr Siti Mariah Mahmud dengan berani mengatakan "Keluar PAS tidak semistinya keluar islam" "berterusan dalam PAS tidak semistinya tuan-tuan mendapat jaminan syurga dan bidadari jika tanpa memperhebatkan amalan islami dan nilai-nilai suci pengorbanan besar yang dituntuti"

Yang pentingnya saya melihat di sini rakyat grass root amat memerlukan sentuhan tuan berdua. Membina kerja di luar PAS bukannya satu dosa. Berlainan parti pun amal kebaikan dan kejahatan kita akan tetap dineracai pertimbangan Ilahi. Perdulikan persis PAS tanpa bersama mereka tidak sesiapa pun yang mendapat reda Ilahi kesemuanya itu ungkapan yang samar boleh dipercayai. Tuan berdua mistilah lebih peka dan berani untuk bertindak keluar dari kerangka kepungan politik PAS mutakhir yang kian jumud dan kusam.

Dimensi politik dewasa ini, amat sekali memerlukan suasana politik yang terbuka dan inklusif, politik dinamik, berstrategik dan idealisitik. Simpangilah diri tuan berdua dari leburan oleh pengaruh politik jumud, konservatif/orthodok. Sisiri dan jauhlah diri anda berdua dari medan poilitik ala kekampungan yang bertentangan dengan prinsip-prinsip kemodenan. Fokaskanlah minda tuan ke kancah politik baru yang bersesuaian dengan kehendak jenerasi baru dewasa ini yang sedang menanti koncah politik negara memungkinkan sumbangan tuan berdua akan turut membantu merobah landskap politik Tanahair. Ayuh Dato Husam dan Dato Mahfuz jangan terlalu lama memikirkan kemelut yang tidak akan tamat dalam PAS, selagi dunia penghukum menjadi agenda utama PAS tuan akan terus menjadi mangsa cakaran . Percayakan diri tuan bahawa Parti Amanah Negara juga akan tetap mendapat sanjungan dan reda Tuhan. Jangan kita hanya memikirkan PAS sahaja akan mendapat reda Tuhan, pihak lain tidak. Amanah juga tetap mendapat redo Ilahi..........


Monday, October 19, 2015

MP PAS PERKUATKAN HUJAH DI PARLIMEN- JANGAN HANYA HEBAT MENJADI JAGUH JERIT DI PERHIMPUNAN FASTAQIM

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SESI parlimen sudah bermula, wakil PAS 14 lagi masih terbaki. 14 MP masih kuat dan hebat. Kami seluruh rakyat Malaysia tanpa bangsa dan agama sedang menanti untuk menyaksikan kehebatan Tuan/Puan berhujah di parlimen. Di parlimen tempat tuan-tuan memperlihatkan sifat-sifat kejantanan. Berdebat dan berhujahlah, jangan jadi penakut dan penikus. Bangkit dengan berani tangkas segala fitnah dengan fakta-fakta yang menyakinkan. Kerana kami rakyat marhean bawahan memilih tuan/puan untuk membawa mesej perjuangan rakyat di sana.


Terutama sekali, Datok Seri Tuan Presiden Tuan Guru Hj Abdul Hadi Hj Awang MP Marang, taringilah suara tuan. Tunjukkanlah kelantangan. Jangan hanya hebat di Fastaqim di depan ratusan ribu para ahli jemaah yang sedia beristiqamah. Di parlimen tuan terpaksa berhadapan dengan ahli-ahli UMNO-BN dan DAP yang sudah tentu tidak akan beristiqamah dengan pihak tuan..Jangan bimbang PAS ada Tantawi pahlawan hebat dan kental dengan mimik muka garang lagi bengis untuk bersiku dan lutut. Tidak kurang juga dengan Sdr Pemuda jantan Nik Abduh yang terkenal dengan cakar rimaunya. Dr Khairuddin, dan nama besar yang lain saya harap tidak akan mengecewakan kami rakyat marhean yang berada di luar untuk menyaksikan kehebatan tuan-tuan berpancak silap di parlimen. Kalau tuan-tuan hebat berpancak silat di luar dengan rakan-rakan dan sahabat yang tersingkir dari parti suci tuan-tuan. Nah masanya sudah tiba kami akan memberikan marka(point) dari hujahan tuan-tuan nanti. Dan selamat bersidang...... jangan ponteng-ponteng. Ponteng ke parlimen tanpa sebab juga boleh ditafsirkan sebagai tidak amanah.

Wakil-wakil PAS tidak mungkin untuk berkelakuan tidak amanah. Kalau tidak beramanah, saya malu kepada rakan -rakan tuan yang beramanah(Parti Amanah Negara). Tunjukanlah kehebatan tuan/puan di hadapan 6 wakil dari Amanah Negara, betapa tuan/puan tetap hebat di luar dan di dalam........jangan hanya kelihatan hebat di facebooker dan  Harakaydaily.........sahaja....

Sunday, October 18, 2015

MENCARI MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI.?...

 
 


 










OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

APA makna gambar wang kertas satu ringgit yang dikumpul di Himpunan Fastaqim di heboh dan di perbesar-besarkan. Longgok ringgit atas nama perjuangan jihad dalam mempertahankan Istiqamah hingga Kemenangan di Kota Bahru semalam apa yang mahu dimesejkan kepada rakyat. Hebat sungguh dikatakan para pembilangnya terpaksa bercekang mata hingga ke pagi.

Secara sinisnya bolehlah saya berhujah begini, PAS pro ulama baru terlampau ego, gambar tersebut diviralkan bertujuan menunjuk-nunjuk bahawa parti mereka tetap kuat. Tentu sekali sindiran itu ditujukan kepada pihak Amanah. Mereka mahu berita betapa di perhimpunan tersebut PAS memperolihi sejumlah kutipan yang top dalam siri -siri jelejah ceramah sebelum ini. Juga bertujuan hendak menunjuk-nunjuk bahwa ahli-ahli PAS tetap setia dan istiqamah sepanjang masa. Kutip yang banyak itu dikatakan sebagai ukuran betapa PAS tetap mendapat sokongan yang tidak luntur sekalipun terpaksa berhadapan dengan kebangkitan politik Malaysia baru yang dipelopori puak Amanah.

Mereka megah dengan skala perhimpunan seperti itu dari dulu sampai sekarang. Kekuatan mereka diukur mengikut perkiraan tahap sejauh mana sambutan dalam perhimpunan anjuran mereka. Mereka bersorak, berteriak, malah bertempik berlintang pukang kerana seronok dengan ramai orang mengerumuni siri-siri jelajah ceramah mereka di mana-mana. Saya fikir kepimpinan PAS pro ulama akal mereka tidak lebih dan tidak kurang standard seorang penjual obat di pasar malam dan di tepi-tepi jalan. Mereka berdegar-degar berceramah mencerita kebaikan dan kemujaraban dalam mempromosi keberkesanan obat mereka.

Tapi apabila selesai berceramah dan obat mula dijual, seorang demi seorang pergi tanpa membeli obat tersebut. Baginilah PAS melalui lebai-lebai mercun mereka melepaskan tembakan peluru mercun berdentun-dentam, gamat sekali di perhimpuan fastaqim. Selepas ini dalam PRU ke 14 cuma dapat 6-7 kerusi sahaja. Kemenangan yang bergaya dalam setiap musim-musim berpilihanraya seringkali diserakah oleh UMNO-BN.

PAS gigit jari, lepas itu minta kekuatan semula semangat ahli dengan memetik ayat-ayat Allah itu dan ini, minta ahli bersitiqamah hingga ke akhir zaman. Jangan ahli-ahli PAS berpesta hingga melupa diri dengan nostolgik kebesaran dalam mana-mana perhimpunan tetapi sentiasa kalah dalam medan tempur. PAS tolong jaga Kelantan jangan sampai di tawan UMNO dalam PRU akan datang.........Tanpa Kelantan apa lagi PAS mahu menepuk dada..........di mana Hudud yang tuan-tuan sering perkatakan, sedangkan kuasa tidak untuk melaksanakan..........PAS kena sedar diri sendiri.........

Friday, October 16, 2015

HUBUNGAN PAS-PERKASA MENUJU POLITIK UG


Ibrahim dulu pengkhainat, sekarang boleh. Kini sahabat pula pengkhainat. Sesiapa berbeza pandapat semuanya dihukum pengkhainat. Baginilah jadinya bila pemimpin bermulut celupar dan lupa apa yang pernah diucapkan.........

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SAYA semakin risau dengan perkembangan politik PAS mutakhir. Kepimpinan PAS baru ala ulama pro mullah kian mengelirukan. Saya tidak mampu lagi berfikir jalan-jalan mana yang hendak ditujui PAS hari ini. Politik UG nampak tidak boleh dinafikan sama sekali. Saya cuma menanti bilakah PAS akan membentuk kerjasama politik dengan UMNO-BN, itu sahaja.

Politik terbaru PAS semakin mengejutkan. Jalinan pertemuan dengan PERKASA baru-baru ini amat mengelirukan. PERKASA sesatunya NGO Melayu yang cukup kuat sifat perkaumannya. PAS sebagai wadah islam seringkali masuk perangkap keluar perangkap. Kini PAS pimpinan Hj Hadi menjalinkan kerjasama dengan PERKASA, untuk apa? barangkali PAS sekarang mulai hilang arah pedoman. PAS dewasa ini menampakkan dirinya semakin tidak terbuka. Era Tuan Hj Yusof Rawa, ruang bicara PAS tersebar ke persada politik internasional(tidak assabiah). PAS amat menentang kuat sekali politik perkauman. Apatah lagi perkauman Melayu yang di pelopori PERKASA.

Sebaliknya sekarang PAS kelihatan kehilangan arah tuju ke manakah mereka hendak pergi. Semacam sudah mula merestui dasar perkauman Melayu yang di bawa oleh PERKASA. Apakah trend yang terpaksa di hadapi  PAS, kini menggambar ia benar-benar mula menujui proses liku-liku perjalanan awal  ke arah matlamat gabungan bersama politik UG. PAS boleh menafikannya, tetapi masyarakat umum(publik opinion) dapat menciumi tingkah laku mereka itu.

Pertemuan dengan PERKASA kemungkinan PAS mahu melihatkan betapa parti mereka masih lagi bersikap terbuka. Apa pun keterbukaan PAS kepimpinan hari ini, saya yakin PAS dilihat lebih senang dengan politik perkauman. Dalam PAS bukan perkauman Melayu, tetapi menuju perkauman Islam. PAS sudah membuang dasar politik islam internasional, dewasa ini mereka kembali ke politik perkauman Melayu/Islam. Perubahan pendekatan politik terbaru ini menjadikan PAS mulai lunak dengan UMNO. Cuma sekarang PAS rasa malu-malu untuk berterus terang berkata bahawa betapa mereka mulai tergila-gila dengan UMNO.

Saya menanti PAS bersanding dengan UMNO. Betapi cinta itu tidak boleh ditahan-tahan lagi. Kalau sudah suka sama suka, apa lagi aturlah pertemuan dan jalinkanlah hubungan. Jangan tunggu lama-lama, PRU ke 14 sudah menghampiri. PAS wajib selamatkan UMNO. .........


Sunday, October 11, 2015

MENDEPANI POLITIK TIGA PENJURU




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com



FORMULA unggul politik dwi-parti(sistem dua parti) nampaknya gagal dipertahankan lagi. PAS rela kalah tidak bersedia untuk bermaufakat dengan DAP dan Amanah yang dianggap sebagai pengkhainat. Politik keduniaan buat pemimpin pro ulama perkampungan Rusila tidak menjadi matlamat utama. Ojektif mereka kemenangan akhairat. Kemenangan bersifat keduniaan pada mereka ia tidak menguntungkan. Redo dan bersedia untuk kalah asalkan diberi kemenangan akhairat. Kemenangan yang dijanjikan dengan syurga dan sang puteri bidadari......yang sedang menanti di ambang pintu syurga!!!!

Tidak alternatif lagi buat PAS, rela bermufarakah baik dengan DAP, Amanah malah PKR. Sebaliknya lebih manis mula bersenda gurau dengan UMNO-BN. Momentum rakyat Malaysia yang tidak berparti selama ini mengharapkan sebuah impian perubahan landskap politik negara menjadi sukar dan kian tawar apabila front pembangkang tidak memperlihatkan keunggulan dan kekukuhan sebagai entiti induk untuk mengganti UMNO-BN di PRU ke 14. Kita sama-sama termenung di sini kenapa ia boleh terjadi. Tidak kepuncak jaya tetapi menuju ke laluan buntu.

Lupakan segala pahit maung dan dukalara. Pentas perjuangan tidak perlu kepada insan-insan yang kecewa. Pembangkang mistilah bersedia untuk memulakan politik trend pertandingan di 3 penjuru. Politik 3 penjuru agak sukar untuk kita ramalkan pembangkang berupayakah menyekat kembali momentum kemenangan semula UMNO-BN apabila pembangkang memberikan laluan mudah kepada mereka di PRU akan datang.

PAS ghairah dengan pertandingan 3 penjuru. Lupakan dulu PAS. PAS tidak sedar dengan keangkuhan mereka di mana mewar-warkan pertandingan politik 3 penjuru, akan membenankan nasib mereka. Saya percaya 3 penjuru akan merebah dan mengkorbankan kerajaan PAS Kelantan kepada UMNO. UMNO tidak perlu gopoh, relex sahaja. Masa untuk PAS menjunan akan hampir tiba. Biar mereka berkhayal dan berpesta dengan kehebatan himpunan-himpunan di seluruh negara. Sebalik tidak sedar  akan kehilangan Kelantan di PRU akan datang.

Bersetuju dengan Amanah biar sikit bertanding tetapi menang. Lebih baik daripada pendekatan PAS cuba mempamirkan kekuatan bertanding di banyak kawasan tetapi kalah.......di sepanjang perjuangan. Kita perlu perihatin tentang kualiti bukan kuantiti. Amanah prestasinya mungkin lebih baik daripada PAS jika benar-benar berlakunya pertandingan 3 penjuru. Saya percaya Amanah akan memperolihi kemenangan lebih besar daripada PAS, kerana pertandingan 3 penjuru akan menguntungkan Amanah di Johor, Melaka, N. Sembilan, Selangor malah Perak. Jika apa yang diperkatakan ini terjadi malah menjadi wirid dan kehendak PAS mereka akan kalah teruk di PRU akan datang. Biar mereka berkhayal dan bernostalgia dengan kemenangan tanpa diundang di akhairat yang pada kita belum dapat dipastikan Tuhan akan menganugerahkannya....

Parti-parti politik pembangkang di negara ini PAS, PKR, DAP malah amanah berfikirlah ..........dengan rasional dan baik. Jangan marah sekor nyamuk kecil maka kelambu di bakar dan api menjadi besar menghanguskan sebuah rumah. PAS,DAP,PKR,Amanah jangan sampai tinggal kain sehelai sepingang. Berpolitik misti waras lagi bijaksana. Berpolitik apa pun untuk menang bukan untuk kalah seperti kata-kata momokan orang-orang PAS yang kecewa dan besar kepala. Biar politik syurga dan sang puteri bidadari kuasa Tuhan yang menentukan. Itu semua kalam Ilahi. Mullah-mullah PAS jangan ego dan siok sendiri mengata syurga itu mulik Allah buat mereka dalam konteks politik dari dunia hari ini........

Friday, September 25, 2015

PAS SUDAH GANTI UMNO-TAHNIAH






 
OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

TIDAK siapa yang cemburi jika Presiden PAS, Hj Hadi Awang mahu mengambil alih peranan UMNO. Jika PAS mahu mengambil alih peranan UMNO. Maknanya UMNO boleh berehat, serahkan kepada PAS untuk membawa mesej UMNO. Kalau dulu UMNO sering menuduh PAS sebagai boneka DAP dan PKR. Sekarang peranan tersebut telah mula diambil alih PAS pro ulama Hj Hadi. Tahniah PAS bijaksana sungguh Partai Islam itu berpolitik.............

UMNO tidak perlu bertindak apa-apa. Serahkan kepada PAS. Hj Hadi akan jadi hero menentang Pakatan Harapan. Kini Hj Hadi sudah mengambil alih peranan UMNO, kini UMNO tidak perlu lagi melabel PAS boneka DAP dan PKR. Sebaliknya PAS pro ulama Hadi pula menuduh Amanah Negara sebagai boneka DAP. PAS tidak lagi jadi boneka DAP. Tetapi, bertukar kulit mahu menjadi boneka UMNO. Kenapa saya menyatakan demikian, kerana PAS sudah mula memainkan peranan yang sebelum ini yang menjadi amalan UMNO bertukar menjadi amalan PAS pula. Pelik sungguh politik PAS. Mungkin parti islam itu sudah nyanyuk. Amanah akan bangkit mengantikan PAS. Tunggulah PAS musibah akan menimpa parti islam itu apabila cetaknya kepimpinan pro ulama Hj Hadi akan gagal mengurus tadbirkan partai tersebut ke arah politik arus perdana yang holistik. PAS pastinya akan kecundang bila keseorangan.

Wednesday, September 23, 2015

BILA PAS TIDAK RELEVAN LAGI

  OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

PERKEMBANGAN politik PAS mutakhir tidak memperlihatkan sebuah parti politik yang matang dan dinamik sekalipun sudah menjangkau ke usia 64 tahun. Jika mengandaikan PAS itu sebagai seorang individu, ianya lahir dari spesis manusia yang kurang akal kecedikannya. Perkembangan demi perkembangan politik PAS tidak menampakkan ia manpu berdaya saing dalam kancah politik Malaysia.

Dewasa ini PAS kelihatan semakin tidak relevan dengan perkembangan politik semasa. PAS apa pun iniasiatif yang diambil untuk memecut kejayaan. Hasilnya tidak pernah membanggakan. Kemenangan berpolitik dalam pentas berdemokrasi di Malaysia sentiasa diungguli oleh UMNO-BN. UMNO cekap dalam percaturan(bidak-bidak politik). PAS era ulama pro-Hadi semakin lembab lagi tidak cerdas. Politik baru PAS penuh emosi dan persepsi. Politik tanpa fakta dan strategi. Manifestasi yang diperlihatkan ini tidak membangunkan kecerdasan minda berpolitik pimpinan pro ulama Hj Hadi.

Saya fikir PAS akan bertambah teruk dan buruk lagi tanpa bersama mereka golongan profesional yang membangun membawa PAS ke era kecemerlangan di sebelum Muktamar ke 61 Jun 2015 lalu. Kehilangan rakan profesional dalam PAS dewasa ini menjadikan PAS ibarat seorang pesakit yang kehilangan darah yang amat banyak sekali. Banyak sekali darah baru yang terpaksa pula dihisap masuk ke dalam tubuh PAS.

Politik PAS kian lapuk dan tidak relevan. Lagi pelik dan ganjil sekali apabila ramai  tokoh-tokoh baru PAS era pro-ulama Hj Hadi menyatakan tujuan mereka berpolitik bukan untuk menang. Biar kalah asalkan mendapat reda Tuhan. Perjuangan politik mereka melawan UMNO-BN semata-mata untuk mencari reda Ilahi. PAS tidak mahu ke Putrajaya. Pemimpin mereka memberitahu ahli-ahli empayar politik mereka cukup kuat dan kebal. Cuma dari Dungun ke Kota Bahru. Relevenkah idea ini dicetuskan. Pada saya amat pelik sekali masuk bertanding tidak mahu menang? Dalam dunia ini tidak ada jenis spesis manusia macam ini, Kalau kita tanya orang gila pun dia akan jawab bila masuk bertanding misti hendak menang.

Akibat dari sikap tidak berbuka, menjadikan PAS tidak pandai hendak berkawan. Bila kita keseorangan, bersendirian akan menjadi bak kata "Kera sumbang". Tanpa menjalinkan hubungan persahabatan. PAS kian terpinggiri, ketinggalan dan kesepian. Hendak menang dalam politik demokrasi di Malaysia misti ramai bersahabat. Walaupun berbohong mengatakan PAS kuat bila berkeseorangan. Persilatan tuan pastinya kecundang. 

Pada saya perkembangan politik terbaru PAS pasca ulama pro Hj Hadi bukan sahaja tidak relevan. Saya amat bimbang takut PAS akan secara perlahan-lahan menjadi parti yang pupus spesisnya di negara ini. Saya percaya islam akan menang kerana ia dalam pemiliharaan Allah. Tetapi, PAS belum tentu lagi. Kerana PAS bukan Islam dan islam bukan PAS. Ahli-ahli PAS jangan tersilap pentafsiran selama-lamanya. Kesedaran Dr Siti Mariah Mahmud dengan berani beliau menegaskan,"Keluar PAS tidak semistinya keluar islam" Mariah sudah mulai nampak cahaya keluar dari hujung terowong gelap menyelimuti perjuangan beliau bersama PAS hampir 20 tahun lebih kurang. Merdekakah Dr Siti Mariah mutakhir ini. Mudah-mudahan Dr Mariah tidak melakukan kesilapan selama-lamnya.

Kepada ulama pro Hj Hadi ingat PAS ada kitaran hayatnya. Tamadun Firaun jatuh dengan kebangkitan empayar Rom dan Parsi. Rom dan Parsi juga kecundang tidak manpu menyekat perkembangan islam. Namun, tamadun islam juga jatuh apabila gagal berhadapan dengan pertembungan tamadun moden Eropah Barat. Pun begitu empayar tamadun moden Barat juga sedang mulai menuju proses dihujung kehancuran. Cina sudah mengira betapa tamadun mereka pula selepas ini akan digiliri demi menguasai tamadun dunia.

PAS kena ingat masa untuk partinya jatuh sudah hampir tiba. Mungkin jangka hayat PAS lebih pendik dari UMNO. Sekalipun UMNO sekarang sedang bergelut dengan pernafasan talian hayatnya mulai tersekat-sekat. PAS juga hampir serupa dan senasib dengan UMNO. Bimbang sekali takut PAS akan jadi partai tidak relevan dan kemudiannya perlahan-lahan menjadi pupus dalam jangka masa 30 tahun lagi. Jaga PAS baik-baik puak-puak pro ulama Hj Hadi, jangan sampai ia diucapkan selamat tinggal...........

Monday, September 21, 2015

PERMAUFAKATAN UMNO-PAS MENGHAMPIRI KE GARIS KENYATAAN


 




 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEJAUH mana usaha-usaha ke arah politik kerjasama UMNO-PAS tidak dapat dipastikan. Namun, perkembangan politik mutakhir, menifestasinya menghambat apa yang di gembar gemburkan bahawa PAS semakin mabuk di lamunan cinta terhadap UMNO. Saya dalam tulisan ini hampir percaya PAS akan bekerjasama dengan UMNO sekalipun keyakinan itu tidak 100%.

Hujah mudah saya kemukakan di sini. Buat tatapan ahli-ahli PAS, betapa kerjasama  PAS-UMNO tidak mustahil. Tuan Peresideng cukup berminta sekali hendak bersenggama dengan UMNO. Kita cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Kerjasama bagi membentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak dan Selangor telah dicuba dan diusaha selepas PRU ke-13 tetapi tidak berjaya. Di Perak ia dihalang oleh Ustaz Ahmad Awang dan di Selangor ditentang oleh Sdr Khalid Samad. 

Isu UG empat kali dikatakan kepimpinan PAS bertemu dengan Pak Lah tanpa pengetahuan Tok Guru Nik Aziz juga menjadi rahsia terbocor tidak dapat dipersembunyikan lagi. Kita tahu siapa dalang-dalangnya. Yang sedihnya ahli-ahli PAS tidak dapat memahami realiti ini. Kiranya realiti ini terjadi. Saya percaya ramai sekali ahli-ahli PAS akan menangis. Tapi ingat wahai ahli-ahli PAS ia tidak mustahil.

PAS sekarang tersepit. Putus hubungan dengan DAP bukan sesuatu yang terjadi tetapi, ia sudah dirancang. Ke manakah PAS sesudah ini. PAS sangat lemah. Himpunan besar-besaran puluhan ribu, tidak menjadi fakta ukuran untuk PAS menambah kerusi mereka dalam PRU akan datang. Saya meramalkan PAS pertama sekali sekiranya tidak bersenggama dengan UMNO-BN ia akan kalah dalam PRU akan datang di Kelantan. Harapan UMNO untuk kembali menakluki Kelantan  bukan impian dan khayalan. UMNO pasti melambai impian akan merampas kembali Kelantan di PRU ke 14. Tahniah UMNO, percayalah itu juga pasti adalah pertolongan dari Tuhan. Tetapi kesemuanya apa yang saya sebutkan ini dalam ketentuan ilmu Allah.

PAS kini sangat lemah, ia kehilangan terlalu banyak darah. Penambahan darah bagi memulihkan penyakit dalam tubuh parti islam itu memerlukan masa yang lama. Peluang untuk UMNO-BN menang besar dalam PRU akan datang amat cerah sekali.

Kini PAS dapat merasakan kesemuannya.  Sebab itu ia mula merindui untuk bersenggama dengan UMNO. Bisik-bisiknya sudah ada. Ketidakmampuan PAS bersendirian dalam politik amat nyata sekali. Kenyataan PAS kuat oleh Nik Amar satu kebohongan belaka. Kalau PAS bersendirian dalam PRU ke 14, diramalkan Kelantan tewas. PAS tidak apa-apa kerajaan selepas ini. Parlimen PAS hanya manpu bertahan sekitar 6-7 kerusi sahaja. Inilah yang amat menakutkan PAS. Tidak mustahil jika bersendirian sejarah itu akan diukirkan semula oleh PAS. Kenyataan Mustafa Ali PAS sedia berhadapan dengan pengkhainat parti sanggup bertanding di tiga penjuru dan mengejar mereka di mana sahaja yang mencuri kerusi PAS. Pada saya kenyataan seperti itu amat tidak relevan lagi. Berpolitik untuk menang bukan untuk kalah. Orang gila barangkali manpu berucap berlawan politik untuk kalah. Berlawan politik kiranya hendak menang misti ada strategi. Menanti pertolongan Tuhan tanpa strategi bukan caranya kita berpolitik. Tuhan akan beri apabila kita berusaha dan berikhtiar, namun juga usaha dan ikhtiar itu misti menepati strategi. Berusaha dan berikhtiar tanpa strategi. Sesekali tidak akan diberi pertolongan Tuhan. Ingatlah tuan Mustafa Ali pertandingan 2 penjuru malah 7 penjuru bukannya melambangkan pandangan orang politik yang cerdik di negara ini. Pandangan tuan amat ketinggalan, bertambah buruk lagi apabila ahli-ahli tuan bertempik allahuakhbar. Kalaulah begini nasihat tuan kepada tuan Presideng alamat kering kontanglah PAS di PRU akan datang.

Tanda-tanda PAS mahu bersenggama dengan UMNO.

1)Dalam isu 1MDB bersabit 2.6 bilion ke akaun Najib lapuran WSJ. Kata ketua nakhoda Tok Arun Din, lapuran WSJ tidak masuk akal. Mana mungkin Najib berbuat demikian. Dia boleh menyalurkan ke akaun rahsia kalau mahu berbuat demikian. Apa macam ahli-ahli PAS. Kritik atau komen. Setuju atau tidak.

2)Tuan Presideng Rusila, WSJ hendaklah bawa saksi. 1MDB dia ingat curi buah nyoir kot(kelapa). Ahli-ahli PAS boleh menilai respon pemimpin mereka, saya tidak komen.

3)Tuan Presideng kata Najib ada kelemahan tetapi tidak penyelewengan, beri peluang kepada beliau menerajui negara hingga tempuhnya. Arun Din pula kata Najib pemimpin istimewa juga berikan peluang dia menerajui negara. Fikirlah wahai ahli-ahli PAS

4)Bersih 1-2-3 PAS sertai halal. Bersih 4 PAS kata haram. Macam mana wahai ahli-ahli PAS.

5)Himpunan merah nampaknya mereka o.k . Mufti Kelantan tidak fatwa haram atau halal. Apa macam tuan mufti(tidak konsisten)

Amanah terus konsisten PAS sudah menuju kepada kitaran hayat. Boleh jadi PAS hayatnya pendik di negara ini. Bersetuju bahawa islam akan berjaya. Tetapi PAS belum tentu. PAS bukan islam dan islam bukan PAS. Islam agama Allah, PAS cuma seyunit instrument sahaja. Islam itu agama, dan PAS alatnya sahaja. Ahli-ahli PAS jangan takut, benar sekali apa yang dinyatakan oleh Dr Siti Mariah Mahmood " Keluar PAS bukannya bermakna keluar islam". Jangan biarkan kepimpinan ulama PAS mengikat tuan/puan dengan janji syurga dan bidadari. Selamat berjuang Amanah Negara biarkan PAS bersenggama dengan UMNO yang dulunya di tuduh kafir dan munafik. Apa sudah terjadi dengan PAS, letih sekali bila memikirkannya. Mudah mudahan mereka insaf.