Saturday, September 24, 2011

HUDUD-TANGGANI DENGAN PENUH KEBIJAKSANAAN






OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEPATUTNYA isu HUDUD tidak perlu dibangkitkan dalam suasana rakyat sedang menuju ke arah mendepani pilihan raya Umum(PRU ke 13) bila-bila masa dari sekarang. Baik PAS yang mempopularkan isu HUDUD dan Negara Islam manakala DAP yang cauvinist dengan "MALAYSIAN MALAYSIA" harus dilembutkan dengan kefahaman dan ideologi dalam gagasan permaufakatan iaitu ojektifnya ke arah menuju pemerintahan bersama.

Episodnya sekarang mempormulakan kaedah yang menjurus stretegik untuk mencapai kemenangan PRU ke-13. Iniasiatif kearah kemenangan Pakatan Rakyat dan sekaligus tawan Purtajaya. Inilah yang perlu diperlihatkan perbincangan bersama dalam permaufakatan di ketika  suasana mood rakyat umum rata-ratanya meperkatakan situasi pilihan raya di mana-mana.

Matlamat bersama untuk menamatkan era penguasaan UMNO-BN yang terlalu lama memerintah Malaysia. Harapan kita biar UMNO-BN merasakan betapa peritnya derita menghetong erti kekalahan. Baik PAS ataupun DAP, maupun Nik Aziz dan Karpal Singh usahlah menegakkan pengaruh dan kekuatan  masing-masing  kerana mempertahankan ideolgi yang tidak pernah dapat bersama, sebaliknya sentiasa rela dan pasrah menghetong kekalahan demi kekalahan dalam musim-musim pilihan raya.

Kita tidak mahu ketika rakyat mempercayai kita sebagai pemangkin baru yang akan mencetuskan tranformasi politik terkini yang lebih terbuka sifat dan minda. Ketika rakyat rata-ratanya mulai mempercayai dan menyokong PAKATAN untuk perintah Malaysia. Justeru jangan kita merusakkannya dalam sekelip mata. Bersama tumbangkan UMNO-BN dahulu sebelum bercakap mengenai HUDUD dan apa-apa isu yang rakan-rakan dalam PAKATAN  tidak pernah setuju bersama.

Cari isu-isu yang boleh bersama, jangan seringkali mencari isu-isu  kontrovesi yang menjarak dan memisahkan kita untuk bangkit mencipta sejarah kemenangan dan kejayaan Pembangkang untuk perintah Malaysia. Tanya pemimpin-pemimpin besar PAS-DAP,apalah ertinya masuk pilihhan raya setiap kali terpaksa menghetong kekalahan. Kemenangan sentiasa diserakah oleh UMNO-BN.

Jangan sesekali dalam situasi kita mendekati pilihan raya mulai mencipta pelbagai isu-isu yang boleh mengakibatkan UMNO-BN memerangkap kita. PAS-DAP pertingkatkan kematangan berpolitik, elakkan mana-mana pihak yang boleh mencetuskan dari kemungkinan kita terjebak ke dalam perangkap UMNO-BN melalui isu yang kita reka dan cipta sendiri. Kerja-kerja tiada bijaksana dan tiada berhemah ini perlu dihindari supaya PAKATAN tidak terperangkap dalam jerangkap sama yang sentisa dipasang oleh UMNO-BN, lebih-lebih lagi diwaktu-waktu rakyat menghampiri detik-detik PRU ke-13 tidak lama lagi

Carilah isu-isu yang boleh kita bersama dan perkukuhkan PAKATAN. Dan bersedia untuk perintah Malaysia. UMNO-BN cukup seronok kalau PAS-DAP berpecah semula. Itulah kuasa mustajad yang akan membina pengaruh UMNO kembali mendominasi kekuatan politik Malaysia sesudah PRU ke-13. Kalau kita mencipta isu-isu yang tiada boleh disepakati.Maka lihatlah PAKATAN akan punah ranah dalam PRU ke-13. Jangan harap PAS akan bertahan di Kelantan selama-lamanya. Lambat laun kita akan tewas juga. Biar kita tewas kerana ketepatan pilihan rakyat. Sebaliknya jangan kita tewas kerana terperangkap dengan isu yang dicipta sendiri, kerana kita syok sendiri.

Sunday, September 18, 2011

BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH-NAJIB BUKAN MACAM MAHATHIR





OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas.
jamalmd09@yahoo.com

IMEJ Datuk Najib tambah terserlah jika beliau bersedia dan sanggup berhadapan dengan Anwar di mahkamah. Ini tiada dapat dilakukan oleh Tun Mahathir.Harapan saya Najib harus berani menyahut cabaran tuntutan Anwar, jika ini berjaya dilakukan oleh Najib akan terhakislah apa yang didakwa konspirasi tertinggi dalam kes Ketua Pembangkang yang sedang berlansung di Mahkamah ketika ini.

Kehadiran Najib ke mahkamah sudah merupakan satu kemenangan moral yang besar kerana Tun Mahathir sendiri tidak sanggup berhadapan dengan Anwar ketika waktu di sepina dalam kes Liwat 1 dulu. Kehadiran nanti akan memberi kemenangan kedua buat Najib, kerana sempena hari pembentukan Malaysia Najib mengumumkan pemansuhan AKTA ISA. Satu tindakan paling berani. Tahniah saya kepada Datuk Najib, pemansuhan AKTA tersebut pada saya satu kemenangan moral yang cukup besar buat Najib. Pada saya keberanian dan keterbukaan sikap Najib dalam menyahut perjuangan rakyat ke arah kebebasan berdemokrasi dan hak asasi rakyat didaulatkan di negara ini.

Justeru saya menanti kemenangan moral kedua dari Najib iaitu sebagai Perdana Menteri, saya fikir Najib terimalah permintaan mahkamah dan hadir berhadapan dengan Anwar demi kesaksamaan dan keadilan. Kalau ini dilakukan oleh Najib, beliau sesatunya pemimpim contuh"kauwatul hasanah"(role model). Keberanian ini harus diperlihatkan oleh Najib. Kalau tidak beliau tetap di lebalkan antara perancang konspirasi dalam kes Anwar mutakhir ini.


Sunday, August 7, 2011

BERANIKAH NAJIB BERTEMU ANWAR DI MAHKAMAH



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)




KEPUTUSAN hari ini Hakim Zabidin "Mahkamah Benarkan Anwar Temubual PM". Satu berita yang menggembirakan, tetapi mungkin ia tiada menyeronokan Najib dan Rosmah. Kita harap Najib tiada jadi macam Tun Mahathir sekalipun disepina. Beliau tidak berani hadir Ke Mahkmah sewaktu pembicaraan kes Liwat I dulu.


Pada saya Najib mesti lebih berani berhadapan dengan Anwar di Mahkamah. Sekiranya Najib mengelakkan diri dan mengenepikan sepina pihak penguam Anwar. Akan terserlah lagi dakwaan PM dan Rosmah dikatakan terbabit dalam apa yang didakwa oleh pihak Anwar dalam mempertahakan pertuduhan Liwat II semakin mengelirukan


Justeru itu saya syor Najib dan Rosmah perlu hadir ke Mahkamah dan seharusnya tiada rasa gusar sekiranya Najib tidak terlibat dalam merancang konspirasi sepertimana yang didakwa oleh pihak Anwar. Sebab rakyat mahu melihat perbicaraan yang adil dan bersih. Pemimpin berjiwa rakyat yang berjuang untuk rakyat berani berhadapan apa sahaja.


Tetapi apakah Najib bersedia untuk hadir di mahkmah kerana menurut kenyataan Hakim Zabidin lagi"Adalah terpulang kepada saksi sama ada mereka mahu ditemubual ataupun tidak". Ayat tambahan ini sekaligus membenarkan mereka yang disepina suka hati untuk hadir ataupun sekaliknya?


Terpulang kepada rakyat untuk menilainya.........

Friday, April 8, 2011

VIDEO LUCAH TRIO DATUK T GAGAL MENOLAK ANWAR DARI PERSADA POLITIK NASIONAL

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


jamalmd09@yahoo.com


ANWAR harus terus gempur BN Serawak, usah perdulikan sama sekali sandiwara pelaku-pelaku disebalik penyebaran video lucah. Rakyat berhak untuk menilai kerana ianya telah disebar secara meluas melalui koncu-kuncu blog UMNO dan media massa talibarut mereka. Sudah puas koncu-koncu mereka bersandiwara, pihak polis di mana waktu siasatannya belum selesai sudah diumumkan ianya tulin, bukan soal tulin atau tiada, tetapi siapa sebenar pelakunnya. Wajah iras Anwar, tetapi belum pasti ianya Anwar? Teknoloji hari ini semakin tinggi,wang palsu boleh dicipta dan sukar sekali untuk dikesan, telor tiruan juga sudah memasuki pasaran, apatah hendak dihairankan dengan video lucah kerana tekniknya boleh direka cipta.


Saya percaya tiada ramai rakyat yang mempercayainya. Kecuali setengah daripada ahli-ahli UMNO tegar. Orang PAS sukar hendak menerimainya, orang Cina dan India juga ramai. Dan saya amat cukup yakin sandiwara video lucah Trio Datuk T tidak berupaya untuk mengeluarkan Anwar dari persada pentas politik Nasional. Rencana tersebut adalah antara rentetan serangan demi serangan untuk menyukarkan pergerakan Anwar dalam mencetuskan gelombang kebangkitan rakyat untuk menawan Putrajaya. Sandiwara ini akan lebih mempertingkat rakyat jelata menjadi lebih bersimpatik dengan Anwar.


Penentang dan musuh-musuh politik Anwar sudah kehabisan idea untuk menamatkan kerier politik DSAI. Anwar tiada akan tumbang dengan serangan Trio Datuk T yang mendapat perlindungan elit atasan politik UMNO. Anwar hendaklah istiqamah dan konsisten, insyaalah laluan mudah untuk beliau akan sampai ke Putrajaya kian hampir. Rencana jahat ini tiada akan berupaya mematikan gerak langkah politik Anwar, kerana kekuatan Anwar rakyat bersamanya. Siri-siri fitnah itu sekadar ujian, dan tiada semua rakyat Malaysia yang berfikiran waras dapat menerima segala fitnah-fitnah dan pakatan jahat terhadapnya selama ini. Insyaalah Anwar akan menang.

Wednesday, April 6, 2011

ANWAR TERUSKAN-JANGAN TUNDUK DENGAN FITNAH MUTAKHIR




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)



SEMAKIN hebat semakin berat ujian getir terhadapmu DSAI, dari isu liwat 1997/1998, ke isu fitnah ke 2 kes Shaiful dan terkini Dato T dengan kembara video lucah yang menggegarkan. Apa pun rencana dan pakatan jahat untuk menamatkan kerjaya politik Nasional anda belum tentu berjaya. Waktu anda di penjara Sg Buluh dahulu, para konspirasi politik dalam UMNO telah berkenduri besar bagi merayakan kejatuhan anda dari pentas politik negara. Tetapi percayai wahai DSAI terhadap segala apa yang ditakdirkan oleh AllahSWT melalui firmannya "Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangnya kecuali Dia. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, Dia memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha penyayang(Surah Yunus ; ayat 107) Harapan saya sekalipun hebat dan segetir mana usaha mereka untuk memindahkan kamu dari persada politik Nasional belum tentu mereka akan berjaya. Jatuh bangun semula, masuk keluar penjara, konspirasi, fitnah dan terkini sebaran video lucah yang cukup memalukan bukan sekadar anda dan seluruh keluarga, tetapi kesan amat mendalam terhadap satu jenerasi Melayu mutakhir. Sekalipun pentas politik Melayu disimbah kekotoran yang menjijikan. Belum tentu DSAI akan tewas dalam politik Nasional. Pada saya ini ujian dan sunatulah terhadap pejuang tulin dan kental. Diuji, diseksa, dipenjara dan difitnah oleh musuh-musuh politik dan akhir anda akan kembali menguasai politik Nasional. Inilah yang amat menakutkan tokoh-tokoh besar UMNO terhadap anda. Justeru itu, ia tidak harus merasa gusar dan menghairankan, memang fitrahnya bagitu. Jangan perdulikan halangan itu dan "LAWAN TETAP LAWAN".