Monday, April 27, 2009

KERAJAAN PERPADUAN-PAS KEMARUK POLITIK



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

KITA berbicara tentang masa depan politik Pakatan Rakyat semakin hari kian terserlah. Nampaknya pemimpin-pemimpin PAS pula mulai meracau dan tiada konsisten. Ketidakmatangan PAS berpolitik mengakibatkan mereka sering terperangkap. Persoalannya sekarang mengapakah PAS sikit-sikit ashik membangkitkan soal perpaduan dengan UMNO-BN. Saya hairan dengan pendekatan tokoh-tokoh PAS berpolitik sejak mutakhir ini mengapa ketagih sangat dengan UMNO-BN. Waktu rakyat mulai cenderung parti politik Pembangkang. Mereka pula berminat dengan UMNO-BN?? Ini pelik dan ajaib sekali. Bukankah masa depan politik Pembangkang mula diminati rakyat. Dan Pakatan Rakyat manpu memerintah Malaysia, insyallah jika diizinkan Tuhan selepas pilihan raya ke-13 akan datang. Habis kenapakah pula PAS semakin ashik mahu bekerjasama dengan UMNO. Timbul isu-isu muzakarah, kemudian tukar kepada Mukabalah. Sekarang timbul pula Kerajaan Perpaduan. Kesemuanya ini detik-detik kacau bilau pemikiran pemimpin-peminpin besar PAS yang akhirnya akan mengakibatkan Barisan Pakatan Rakyat punah ranah. Selepas itu pakat bermuhasabah dan menghetong kekalahan.

Lupakan UMNO-BN. Pertingkatkan usaha kita bagi memperkemas dan memperkasakan lagi Pakatan Rakyat agar menjadi lebih kental dan kukuh sekali gus kita akan tamatkan riwayat UMNO-BN yang sudah ditolak oleh rakyat. Kenapakah pemimpin-pemimpin utama PAS dewasa ini mahu lagi mencari perangkap dan nahas? Kalau cara ini rentak pola pemikiran politik pemimpin-pemimpin PAS, saya optimis lihatlah musibah akan menimpa parti Islam itu.
KITA BOLEH TIPU SESEORANG DALAM SATU-SATU MASA, KITA BOLEH TIPU SESETENGAH ORANG DALAM SESETENGAH MASA. TAPI, INGAT KITA TIDAK BOLEH TIPU SEMUA ORANG DALAM SEMUA MASA.

PAS hendaklah fahami agenda permaufakatan Pakatan Rakyat, usahalah mencari isu-isu yang mengakibatkan rakan-rakan dalam parti Pembangkang melihat kita tiada konsisten. Kalaulah ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Kenapa sekarang dalam waktu rakyat mahu bersama dengan parti oposisi. Ini yang peliknya sikap pemimpin-pemimpin PAS yang mengakibatkan ianya merugikan masa depan agenda parti itu sendiri.

Kalau ketagih sangat hendak bersatu dengan UMNO. Usahalah sungguh-sungguh, jangan berdolak dalih. Bersatulah dengan UMNO kalaulah itu lebih baik. Lupakan Pakatan Rakyat. Bentuklah Barisan Nasional sepertimana berlakunya gabungan komponen PERIKATAN-PAS selepas pilihana raya 1969. Bahagilah kerusi-kerusi Pak- Pak Menteri, kemudian perintahlah negara Malaysia tercinta ini, kalaulah itu lebih baik daripada bergaduhnya orang-orang politik Melayu. Boleh jadi saranan Hj Hadi bagi mencari formula kerajaan Perpaduan itu difikirkan baik. Usahalah bersungguh-sungguh wahai pemimpin-pemimpin PAS dan UMNO. Kerana rakyat sudah bosan dengan lakunan tersebut.

Thursday, April 16, 2009

PILIHAN RAYA BARU DI PENANTI-RAKYAT BERPESTA LAGI


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

HAMPIR pasti pilihan raya kecil DUN Penanti akan kita saksikan apabila pada tengah hari ini 16 April 2009 Bekas Timbalan Ketua Menteri 1, Pulau Pinang, Sdr Fairus menigistiharkan perletakan jawatan ADUN Penanti. Maka sekali lagi deman pilihan raya kecil akan menyahut pesta rakyat di Penanti, Permatang Pauh. Pilihan raya kali ini akan menguji siapa Anwar Ibrahim yang sebenar. Selepas tsunami 8 Mac 2008, Tuhan mentakdirkan banyak pilihan raya terjadi, bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, Batang Ai dan kali ini kita ke Penanti pula. Kita tiada tahu apa hikmahnya berlaku rentetan pilihan raya kecil satu persatu.

Dalam blog ini saya sekali lagi meramalkan betapa saya cukup optimis Pakatan Rakyat akan menang di Penanti. Sepertimana saya yakin Pakatan Rakyat menang di Permatang, Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau, percayalah sekali lagi UMNO-BN pasti kecundang di Penanti. Saya kira pilihan raya kali ini ujian paling getir buat Perdana Menteri baru, Datuk Najib. Malu besar kerajaan BN di bawah kepimpinannya jika kalah lagi di Penanti. Saya antara orang paling awal meramalkan dalam blog ini PKR tetap akan menang di DUN Penanti dalam situasi apa pun.

Sebagai sebuah parti kerajaan yang memerintah sekali gus memiliki seluruh kekuatan akan menerima musibah besar kiranya mereka kalah di Penanti. Perkiraan saya mereka akan kalah lagi. Saya fikir di Penanti UMNO-BN semakin phobia. Justeru itu penguasa media jangan sembang besar dan pengampu BN membuta tuli. Nanti kalah lagi tiada sanggup menanggung malu. Kalau tewas lagi, maknanya sudah 5-0.

Faktur Anwar Ibrahim tetap menjadi idola rakyat. Akan kelihatan lagi kebangkitan suara rakyat dan Makkal Sakti di Penanti yang akhirnya memberi kemenangan kepada parti PKR. Analisa saya bukan angkuh dan keterlaluan. Tetapi, berasas kepada faktur Anwar Ibrahim. Kerana Anwar Ibrahim merupakan perancang tektikal pilihan raya yang cukup idealistic dan bersistemetik. Sebab itu mutakhir ini UMNO-BN kecundang satu persatu bila ada pilihan raya, sekalipun UMNO-BN kuasa politik gergasi di negara ini, tetapi di mutakhir kuasa rakyat amat mustajab lagi bijaksana dengan mempergunakan protes atas kertas undi melalui ‘swing vote’ yang mengakibatkan UMNO-BN terpaksa menempah kekalahan demi kekalahan dewasa ini. PENANTI SEKALI LAGI AKAN MEMBENAM UMNO-BN KE DASAR BUMI PERMATANG PAUH.

Saturday, April 11, 2009

DI SEBALIK MOTIF KHAIRY TIDAK TERPILIH??


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

RAMAI mengatakan secara umumnya Kabinet baru Najib di pengaruhi Tun Mahathir. Benar atau tiada dakwaan ramai itu sukar hendak dibuktikan. Yang lebih mengelirukan lagi bagaimana Khairy yang menang Ketua Pemuda UMNO tersingkir dari kabinet baru Datuk Najib. Sebaliknya Muhkriz yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini dilantik selaku Timbalan Menteri. Ada pendapat menyatakan pengaruhi Mahathir membawa kepada perlantikan Mukhriz dan mengenepikan Khairy.

Kalau benar Najib sudah dipengaruhi oleh Tun Mahathir. Alamat system politik di negara Malaysia sekali lagi akan kembali kepada dictatorship. Pemerintahan zalim dan kuku besi di era Tun akan menjadi model pentadbiran Najib. Apakah ini akan menyumbang kekuatan UMNO semula? Satu persoalan besar akan terjawab selepas ini.

Lojik apa Khairy tiada dipilih apa-apa jawatan dalam Kabinet Najib. Alasan cuma Khairy diberikan peranan besar untuk memulih dan membina semula penyatuan dan kekuatan Pemuda. Apakah istimewanya peranan Khairy itu sehingga tergamak diketepikan dari kabinet semata-mata kerana peranan besar beliau dalam merencana serta merekayasakan semula kekuatan Pemuda UMNO?

Yang pastinya Pak Lah kecewa sesudah menerima tekanan hebat hingga melepaskan Jawatan Presiden UMNO dan Perdana Menteri. Kini Khairy pula dimangsakan dalam politik UMNO yang serba mungkin boleh terjadi. Kasihan Khairy dan kasihan Pak Lah. Apa pun kita percaya sekiranya Mahathir di belakang Najib, awas rakyat akan mempergunakan ‘people power’ dan Makkal Sakti. Kuasa rakyat akhirnya akan mengatasi segala-galanya.

Wednesday, April 8, 2009

MAMPUKAH UMNO PULIH SEMULA???



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SELEPAS pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 dan bermulanya era pilihan raya kecil, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jelas memperlihatkan kepada kita UMNO-BN kecundang 4-1. Sejarah UMNO tiada pernah kecundang sedemikian teruk selepas ianya dilanda tsunami politik Mac 2008. Saya menganalisis punca-punca kekalahan UMNO-BN yang terserlah sukar lagi untuk mereformasi sindrom dalam parti orang-orang Melayu itu.

Kalau tiada penawar mujarab, maka kita akan saksikan betapa UMNO akan mengalami detik-detik kesukaran untuk mempertahankan status quo dan survival politik mereka mutakhir ini. Dan yang pastinya parti alternatif, Pakatan Rakyat diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali mengambil alih kuasa pemerintahan negara selewat-lewatnya selepas pilihan raya ke-13 akan datang.

Gelombang sentimen Makkal Sakti dan Kuasa Rakyat kini sudah mampu ditranformasi melalui protes 'swing vote' dalam peti undi oleh jenerasi mendatang. Angin perubahan politik masakini akan lebih kelihatan terserlah memberikan 'adventage' kepada parti oposisi. Lebih-lebih lagi dewasa ini sudah terlihatnya tanda-tanda rasa ketidaktakutan orang-orang Cina dan India untuk memberikan undi mereka kepada PAS dan KeAdilan turut sekali mencernakan suatu jurang interpertasi semakin menyukarkan UMNO-BN untuk terus servis dominasi politik mereka di negara ini.

Rakyat menolak UMNO-BN melalui anjakan gelombang reformasi politik setelah bermulanya momentum kesedaran meroboh rangkaian penidasan dan penguasa zalim serta saudagar kaya memunggah kazanah negara, lantaran mereka mempergunakan suara Makkal Sakti dan 'People Power' bagi tujuan menghakis penguasaan UMNO-BN sekali gus menghantarkan suatu mesej betapa pedih dan peritnya erti kekalahan yang mana UMNO-BN tiada rasai sebelum ini. Dan kenapa serta mengapa rakyat mulai tolak dan muak dengan UMNO-BN mutakhir ini, secara ringkas.

i)Kezaliman seluruh instrment kerajaan disalahgunakan oleh pemerintah Mahathir dan koncu-koncu bagi menindas DSAI merupakan faktur asas bermulanya kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan pemerintah di negara ini.

ii)Agenda politik perkauman Melayu sering dicanangkan UMNO menjadikan kaum-kaum lain mulai rasa tidak puashati lantaran mereka mempergunakan protes senyap dengan mengalih 'swing vote' kepada politik pembangkang.

iii)Penyakit kronik dalam UMNO, perebutan jawatan, rasuah, politik wang, perebutan kontrak, sikap pemimpin elitis tiada mesra rakyat, nepotisme-kronisme semakin mencetuskan rasa muak di kalangan rakyat yang mahukan sistem pemerintahan yang telus mula meninggalkan UMNO.

v)Terpinggirnya golongan intelektual, profesional, budayawan, aktivis sosial, ulamak mula menyeberang ke pihak pembangkang sekali gus mengakibatkan UMNO terpaksa mendepani barisan kepimpinan yang kosong dan kekeringan idealisme politik masakini.

v)Kesedaran politik baru dimonopoli sekelompok besar jenerasi baru yang celik IT, juga turut memberikan suatu ransangan besar dalam menolak UMNO dan memihak kepada pembangkang.

vi)Momokan media massa elektronik dan cetak yang menjadi agen muslihat dan pengampu berlebihan tanpa mengimbangi faktur kebenaran dalam mengolahkan maklumat dan info yang sentiasa bias memihak kepada parti kerajaan sekali gus para wartawan semakin berani menodai etika kepemberiataan yang berat sebelah. Ini merupakan suatu kebencian teramat sangat bagi seluruh rakyat di negara ini terhadap UMNO-BN.

Masih terlalu banyak sekali jika mahu dicoretkan di sini, apatah lagi untuk mendedah serta membongkar jenayah UMNO dalam menodai dan meragut sistem pentadbiran dan pengurusan negara terserlah ianya amat letih sekali untuk kita bicara dan paparkan di sini. Sebab itu saya berhujah bahawa UMNO akan melalui detik-detik cemas untuk memulihkan semula keyakinan baru rakyat di negara ini sekalipun PM baru, Datuk Najib sudah diramalkan akan terpaksa berhadapan dengan laluan sukar selagi Anwar Ibrahim masih terus servival bersama dalam politik Pakatan Rakyat.

Apa pun pembaharuan yang bakal di bawa oleh Najib ianya tetap hambar dan tawar di hati rakyat. kerana agenda yang dipromot oleh DSAI lebih berpengaruh, merekayasa dan mengashikkan semua rakyat di negara ini. Pakatan Rakyat bakal mengambil alih negara, insyaalah kita perlu hanya sedikit bersabar menanti masa. Dan apabila rakyat benar-benar fahaman dan mempergunakan kuasa mereka, baik 'people power' ataupun Makkal Sakti ketika itu UMNO-BN akan hilang segala-galanya nikmat warisan lagenda SDN BHD mereka di negara ini.

Tuesday, April 7, 2009

KEKALAHAN MEMALUKAN UMNO


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEBELUM pengumuman tarikh 7 April 2009. Saya dalam blog ini mencoretkan keyakinan bahawa UMNO-BN akan kalah lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tahniah kepada Datuk Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolihi undi 21,860 mengalahkan calun BN Ismail Saffian 19,071 dengan mojoriti sebanyak 2,789 undi serta juga kepada calun PKR S. Sivakumar di Bukit Selambau mendapat undi 12,632 yang berjaya mengalahkan calun BN S Genesan 10,632 dengan mojoriti 2,403 undi.

Tamparan hebat buat UMNO yang terpaksa menempah kekalahan demi kekalahan ekoran badi tsunami pilihan raya umum 8 mac 2008. Tiada pernah tercatat dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini sejak tahun 1955 UMNO terpaksa menerima tamparan kekalahan yang cukup memalukan sekali. Bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, terkini Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Itu pun mujur terselamat di Batang Ai, Serawak.

Peranan Anwar Ibrahim sebagai ikon politik pembangkang masakini merupakan perancang penampilan dalam politik baru bersama Pakatan Rakyat merupakan pencetus agenda perubahan serta mempunyai mekanisme politik cukup berprestej dan strategik. Faktur Anwar cukup kekuatan menyakinkan rakyat melakukan swing vote lantaran mencetus agenda perubahan politik baru di negara ini.

Saya melihat trend kekalahan UMNO-BN akan berterusan, lebih-lebih lagi orang-orang Cina dan India sudah dapat bersama-sama dengan PAS. Faktur inilah meruapakan punca utama kekalahan UMNO-BN. Di sebalik itu UMNO menjadi juara pencetus agenda perkauman menjadikan kaum-kaum lain mulai bimbang dengan politik perkauman ala UMNO itu. Maka pilihan terbaik di hadapan mereka ia itu mengalih ke pihak PAS. Lebih-lebih lagi adanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat, ini lebih meyakinkan mereka. Inilah perubahan besar dalam politik Malaysia sekali gus menjadikan saya lebih optimis merasakan dari masa ke semasa UMNO-BN akan terus kalah dan akhirnya mereka akan kehilangan dominasi politik lantaran tiada berupaya lagi mempertahankan status quo meraka untuk kekal memerintah Malaysia dan Pakatan Rakyat akan mengambil sesudah pilihan raya ke-13 akan datang.

Saturday, April 4, 2009

BUKIT SELAMBAU MOOD RAKYAT BERSAMA PKR

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEPETANG perjalanan saya ke seluruh kawasan DUN Bukit Selambau, singgah pada malam 3 April di Pekan kecil kerana kebetulan ceramah malam itu kemuncaknya disertai Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Ribuan manusia dalam rintikan hujah lebat tiada berganjak mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

Gema laungan suara reformasi dan makkal sakti akan mengajar UMNO-BN di Bukit Selambau. Saya lihat mood perubahan pengundi di Bukit Selambau pada 8 Mac 2008 masih berterusan dan mengulangi optimis saya Bukit Selambau akan terus dikuasai Pakatan Rakyat. Rakyat benci kepada kezaliman, rasuah dan kekayaan pemimpin negara. Kesedaran ini mulai bangkit dan rakyat khususnya di Bukit Selambau sudah muak dengan janji-janji UMNO-BN. Lonjakan perubahan swing vote akan kita saksikan UMNO-BN akan kecundang lagi.

Faktur perubahan paling besar kerana berlakunya lonjakan pengundi kaum Cina dan India yang sebelum ini dimonopoli UMNO-BN sudah berakhir. Sebab itu dalam kajian saya di kawasan bercampur Melayu-Cina-India. Harapan UMNO-BN untuk mempertahankan kemenangan selama ini sudah terhakis. Percayalah Bukit Selambau sudah hampir pasti dalam tawanan Pakatan Rakyat. Rakyat sudah muak dengan politik perkauman. Politik yang lebih terbuka dan merentasi elemen perkauman, etnik, kaum dan bangsa kini menjadi pilihan rakyat. Kalau sebelum ini orang-orang Cina dan Indian cukup takut dengan PAS. Tetapi, realitinya UMNO-BN harus belajar di mana politik masakini menjadikan orang-orang Cina dan India mulai selesa bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Politik kesedaran yang berpaksikan kuasa rakyat, reformasi dan makkal sakti tiada manpu dihadapi UMNO-BN dengan longgokan wang yang bertaburan. Materialisme yang menjadi umpanan politik UMNO-BN di setiap musim-musim pilihan raya sudah tiada menjadi lagi. Inilah kelebihan Pakatan Rakyat dan kelemahan UMNO-BN dalam mengharungi masa depan politik Malaysia.