Saturday, February 28, 2009

RENCANA SIAPA MAHU MELUMPUHKAN ANWAR????????????......


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SELEPAS Anwar Ibrahim dibebaskan pada 2 September 2004, suatu hari yang mencatatkan sejarah politik Tanahair apabila Mahkamah Persekutuan di Palace of Justice(Istana Keadilan) di Putrajaya membebaskan tokoh “Pembaharuan Asia” DSAI kepada saya, ianya membawa erti sebuah kemenangan besar bagi seluruh rakyat yang cintakan keadilan dan kesejahteraan khasnya buat para pejuang reformasi.

Pada saya Anwar Ibrahim merupakan sesatunya ikon politik yang menjadi objek tarikan dunia. Kehadiran beliau semula dalam kancah politik Tanahair cukup mengerumkan UMNO-BN malah sekali gus aura dan karisma Anwar mampu menggongcangkan seluruh jiwa raga para konspirator politik tertinggi dalam UMNO waktu itu.

Analisa dan ramalan saya itu hampir 100% benar dan tepat. Akibatnya UMNO-BN hilang dominasi kekuatan politik mereka selama ini apabila gagal mempertahankan suara kekuatan mereka 2/3 di Parlimen. UMNO-BN turut kalah di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor dan hilang Wilayah Persekutuan.

Catatan dalam buku saya yang berjadul “ANWAR IBRAHIM Selepas PEMBEBASAN”,saya optimis dan yakin suatu masa jika ditakdirkan Tuhan beliau akan kembali menjadi Perdana Menteri kerajaan Malaysia yang baru melalui politik bersama barisan Pembangkang.

Kebangkitan semula tokoh “Pembaharuan Asia” itu cukup terserlah. Segala rencana kuncu-kuncu UMNO yang mengelilingi Tun Dr Mahathir tiada berjaya membunuh kerjaya politik Anwar sekali pun beliau di penjara, dipukul, dipermalukan dengan rentetan skendal liwat yang mencemarkan nama negara yang mana busuknya menerjah sampai ke langit. Tetapi, Anwar mampu menawan hati seluruh rakyat Malaysia pelbagai kaum. Anwar Ibrahim tetap menjadi idola pilihan rakyat mutakhir ini.

Terang dan terserlah kerjaya politik Anwar membangkitkan gelombangnya semula. Disebalik kegagalan usaha membunuh politik DSAI tiada berjaya. Maka bermulalah strategi baru oleh msuh-musuh politik Anwar melalui pelbagai rencana bertujuan melemahkan pergerakan politik Anwar dengan mencetuskan siri-siri politik menyerang Adun-Adun dari Pakatan Rakyat. Contuh insiden di negeri Perak akhirnya melibatkan campurtangan pengaruh Istana membawa kepada jatuhnya kerajaan Pakatan Rakyat di negeri tersebut baru-baru ini. Serangan nekad itu motifnya untuk melemahkan pergerakan politik Anwar Ibrahim.

Sesudah kejayaan mereka di Perak, maka berlanjutan siri-siri serangan terhadap Adun-Adun PKR yang membawa kepada perletakan jawatan calun PKR, Bukit Selambau, kemudian menyusul pula kejutan pendedahan gambar bogel Adun PKR Bukit Lancan, Elizabeth Wong. Tiada terhenti,ianya berterusan turut memalitkan wajah Menteri Besar, Selangor, Datuk Khalid dengan isu pemberian lembu korban. Siri-siri direncana serentak bertujuan untuk melemahkan rencana Anwar Ibrahim sesudah mereka tiadak berjaya menghancurkan kebangkitan semula politik tokoh “Pembaharuan Asia” itu.

Inilah motif sebenar siapa yang merencanakan supaya suasana kekecuhan dalam parti PKR agar sekurang-kurangnya mereka kira dapat menyekat batasan pergerakan politik Anwar Ibrahim yang akan berusaha bersama Pakatan Pembangkang untuk mengambil alih teraju pemerintahan negara dari UMNO-BN ke Pakatan Rakyat. Inilah rahsia-rahsia disebalik siri-siri serangan terhadap Adun-Adun PKR sesudah mereka gagal menyerang seluruh batang tubuh Anwar dengan label-label palitan yang memalukan di mana seluruh rakyat Malaysia mengetahuinya. Maka usaha mereka bagi melumpuhkan pergerakan politik Anwar dengan mengadu-domba Adun-Adun PKR, suapan-suapan dihulurkan, ugutan, penculikan, siri-siri pendedahan akan berterus terhadap PKR, kerana pada itulah sesatunya kaedah untuk melumpuhkan pergerakan Anwar untuk kembali menguasai politik negara.

Friday, February 20, 2009

PERCATURAN POLITIK UMNO HARI INI-KESAN POLITIK PEMBANGKANG DI HARI ESUK







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SENARIO politik Malaysia mutakhir, memperlihatkan kepada kita seluruh rakyat di negara ini akan membuat anjakan(kejutan) paling besar dalam pilihan raya umum akan datang. Rakyat jelata sudah memahami kuasa mereka(people power). Kuasa sebenar adalah di tangan mereka. Hanya memerlukan swing vote sahaja yang boleh menjatuhkan kerajaan UMNO-BN tanpa perbalahan dan kekecohan seperti apa yang berlaku di negeri Perak baru-baru ini.

Politik liwat, bogel, lompat, rasuah, ugut, jelas berligar dan berkisar dalam kamar gelanggang UMNO. Sejarah pernah memboktikan UMNO-PERIKATAN berjaya menjatuh kerajaan PAS Terengganu selepas pilihan raya 1959 melalui tektik politik LOMPAT. Kerajaan PAS Kelantan (1977-1978) ekoran krisis politik Asri-Nasir. Tercetus demontrasi besar-besaran di Kota Baharu membawa kepada kerajaan MEGERAN, pilihan raya semula, maka berakhir kerajaan PAS Kelantan pada waktu itu. Pun bagitu juga di Sabah, politik lompat, maka jatuhnya kerajaan PBS di sana. Dan terakhir tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Politik busuk yang menafikan suara rakyat baunya MENERJAH SAMPAI HUJUNG KE LANGIT.

Mohon saya buat parti-parti dalam Pakatan Rakyat jangan bermain politik macam UMNO-BN. Politik kita jenarasi baru hujah lawan hujah. Kemukakan cadangan dan padangan yang tuntas lagi konkrit untuk rakyat membuat penilaian. Hormati suara rakyat. Kerana saya optimis undi yang ada ditangan rakyat sahaja yang akan mengalahkan UMNO-BN satu demi satu dalam pilihan raya akan datang. Itulah kekuatan yang boleh mengajar UMNO betapa peritnya erti kekalahan. Saya percaya politik yang dimainkan UMNO itu akan memusnah harapan mereka sendiri untuk pulih semula setelah bahtera roboh teruk dilanda tsunami pilihan raya ke-12 , 8 Mac 2008 yang lalu.

Kepada pemimpin PAKATAN RAKYAT binalah ciri-ciri jatidiri yang merentasi elemen bangsa, agama, dan parti. Jatidiri inilah merupakan eset penting demi memperlanjutkan survival politik masakini. Biarkan UMNO-BN berpesta keseronokan apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak melalui politik yang menafikan kehendak rakyat. Saya percaya mood rakyat rata-ratanya bersama Pakatan Pembangkang yang akan menjatuhkan kerajaan UMNO-BN melalui kuasa mereka akan diterjemahkan melalui proses kertas undi(swing vote), secara halal dalam pilihan raya akan datang.

Pada saya UMNO sebenarnya masih belum berupaya memulihkan masalah dalam mereka. Kejutan dengan strategi politik LOMPAT KATAK di negeri Perak, adalah bersifat sementara. Mereka boleh berpesta, dengan nada suara angkuh menyatakan rakyat sudah kembali kepada mereka, sebenarnya itu adalah nada suatu ilusi yang akan mengundang petaka yang lebih besar dalam politik UMNO akan datang. Dalam konteks politik yang berlaku di negeri Perak, rata-ratanya simpatik rakyat lebih memihak kepada Barisan Pembangkang. Sebab itu alas an saya berhujah, di mana rakyat yang sudah pintar nyata mereka sedar bahawa perubahan boleh mereka lakukan melalui mata pen di atas kertas, sepertimana mereka menguasai informasi terkini dengan menjentik di hujung jari mereka sudah boleh merentasi dunia.

Jenarasi inilah yang menentukan politik Malaysia masa depan. Bukannya politik busuk seperti agenda liwat, sumpah, bogel, rasuh, bujukan dan ugutan. Ini merupakan sampah seranah politik mainan UMNO yang amat tiada digemari rakyat dewasa ini. Tetapi, pendekatan politik ala UMNO yang sedang dipertontonkan kepada rakyat masakini, ianya turut memberikan intrest keuntungan akhirnya lebih memihak rasa simpatik rakyat kepada kumpulan pembangkang.
BERSORAKLAH ANDA HARI INI – KECEWA MELANDA ESUK HARI. Bersama kita menanti pilihan raya ke-13, pastinya anjakan(kejutan) besar melanda politik Malaysia?????

Thursday, February 12, 2009

POLITIK KATAK POPULAR DI MALAYSIA

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA


SATU falsafah baru menguasai politik Malaysia, khusus politik UMNO iaitu POLITIK KATAK. Ramai pemimpin-pemimpin dan tokoh UMNO mempersalahkan DSAI yang dikatakan mempopularkan politik katak. Datuk Mahyudin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industry berhujah bagitu dangkal menyanggah politik KATAK melanda negeri Perak dengan mempersalahkan DSAI yang dikatakan sebelum ini kuat sekali menonjulkan politik lompat. Anwar Ibrahimlah dikatakan memulakannya, dan UMNO sekadar ikut sahaja.

Pada saya apa ertinya kalaulah politik katak itu tiada bermaruah dan bermoral haruskah kita mencontuhinya? Malah ianya mengkhainati amanah rakyat yang memberikan undi kepada mereka, kemudian mereka curang ,tiada amanah dan mengkhainati. Maka apakah kewajarannya UMNO harus mengikut kalaulah itu falsafah politik baru yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim. Kenapa harus UMNO mahu mengikut proses peralihan pemerintahan yang tiada bermoral dengan mengesampingkan proses demokrasi yang dituntut oleh rakyat dalam membuat sesatu pilihan yang adil. Kenapakah kita gemar dengan POLITIK KATAK? Kenapakah pula menuding kepada Anwar? Apakah kerana Anwar yang mencadang dan memulakan, maka UMNO pun ikut sama ? Di sini saya tiada faham dengan hujah Menteri Pertanian itu.

Pada saya Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan politik KATAK sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di negeri Perak baru-baru ini. Anwar sekadar mengajak ahli ahli politik UMNO-BN meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha mengubah teraju pemerintahan negara dari UMNO-BN ke Pakatan Rakyat dengan penuh keiklasan dan keyakinan. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh UMNO amatlah berbeza sekali. Sepertimana yang kita ketahui apa yang terjadi di negeri Perak bagaimana Adun-Adun yang dikatakan melompat KATAK itu sebenar diperangkap, dicuri, diugut, juga dengan sogokan habuan yang belum tentu mereka perolihi sekalipun mereka diasak dan didesak meninggalkan kerajaan Pakatan dengan melompat bagi tujuan menjatuh kerajaan yang memerintah negeri Perak yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Ir Mahamad Nizar Jamaludin dalam satu jenayah politik yang tiada mengikut saluran proses demokrasi yang menjadi pilihan rakyat di negara ini.

Pada saya kalaulah kita hendak mengambil sesatu contuh, mistilah memilih yang terbaik. Kalaulah Anwar Ibrahim yang memulakan, tetapi ianya adalah contuh yang tiada baik kenapakah UMNO harus mengikutnya? Tetapi inilah yang dilakukan oleh UMNO. Ia sungguh amat memalukan sekali.

Pada saya kita boleh melompat parti, sekalipun saya tidak setuju kerana ia mengkhainati amanah rakyat yang memilih individu itu sebagai wakil rakyat mereka. Tetapi, mengugut, mengurung, menculik kemudian memerangkap dengan habuan jutaan ringgit niat cuma untuk mengambil alih kuasa pemerintahan amatlah memalukan sekali. Dalam kes ini sekalipun DSAI tiada dapat kita nafikan pernah menyeru kepada wakil-wakil rakyat Parlimen BN meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat bagi mengalih kuasa pemerintahan, di mana saranan itu dibuat secara terbuka, bukan dengan siri penculikan dan ugutan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di Perak baru-baru ini.

Ia berbeza sekali dengan cadangan popular Anwar Ibrahim sebelm ini. Dakwa menteri-menteri UMNO bahawa Anwar Ibrahim yang memulakannya amatlah tiada tepat sama sekali. Dan kita percaya UMNO beria-ria lagi untuk mempergunakan siri-siri pendekatan yang sama sepertimana yang mereka lakukan di negeri Perak, di mana exsperimen itu dikatakan akan cuba di Kedah dan Selangor. Apakah ini agenda pemulihan UMNO selepas kalah teruk dalam pilihan raya ke-12, pada 8 Mac 2008 lalu. Percayalah apa pun pada saya perubahan melalui agenda LOMPAT KATAK ini sekalipun meguntungkan baik UMNO-BN mahupun Pakatan Rakyat. Ia tiada bermaruh, memalukan serta satu pengkhinatan amanah rakyat yang memilih wakil-wakil mereka. Malah tiada kira falsafah ini daripada sesiapa sekalipun ia tiada boleh diterima oleh mana mana rakyat yang bermaruah dan berprinsip. Ingatlah mana-mana wakil rakyat yang dipilih melalui kertas undi untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk MELOMPAT MACAM KATAK ke sana ke mari. Dan ini juga bukan petanda rakyat sudah berubah dan UMNO sudah pulih? Malah satu petanda lagi rakyat jelata menjadi bertambah hilang keyakinan terhadap masa depan UMNO-BN untuk terus menarajui negara Malaysia tercinta ini.

Tuesday, February 10, 2009

DARI BUKIT GANTANG KE BUKIT SELAMBAU

SEKIRANYA UMNO KALAH…….@@@@@@!!!!!!!!!!!

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEKALI lagi saya optimis UMNO-BN akan tewas di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Perkiraan saya di Parlimen Bukit Gantang peratus Melayu 68.48% dan Bukit Selambau, Kedah Melayu 50.20%. Analisis saya cukup simple sekali. Mengikut trend perkembangan politik Malaysia sesudah pilihan raya ke-12 di mana kawasan Melayu antara 50% ke 65% harapan untuk UMNO-BN mempertahankan kedudukan mereka tipis sekali. Kalau tiada percaya, kita tunggu dan lihat ramalan awal ini.

Tiada harapan untuk UMNO-BN menang di kawasan mojoriti Melayu antara 50 ke 65%. Kawasan ini amat hitam dan menakutkan UMNO dan BN. Pakatan Rakyat akan lebih cerah dan terserlah. Ini adalah satu trend perkembangan terbaru politik negara mutakhir. Saya tiada pasti apakah UMNO sedar atau tidak mereka dalam keadaan bahaya di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Retorik mengatakan rakyat sudah kembali kepada UMNO-BN cukup mengelirukan . Sebab dalam perkiraan saya undi orang bukan Melayu sekarang amat mahal sekali untuk di swing vote kepada parti Barisan Nasional. Pusingan sekarang mula beralih ke Pakatan Rakyat. Harapan yang tertinggal kepada UMNO hanya di kawasan mojoriti Melayu antara 70 ke 85% saya masih meletakan harapan UMNO dapat pertahankan kedudukan mereka di posisi itu. Tetapi, dalam perkembangan terkini di Kuala Terengganu pun di sebaliknya UMNO turut kecundang.

Saya kira apabila undi orang Cina dan India mula memihak kepada Pakatan Rakyat. Harapan untuk UMNO meraih kemenangan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau amat sukar sekali. Politik mutakhir orang Cina dan India mula bertukar arah dan haluan. Perubahan haluan politik mereka sekarang situasinya amat menyeronok Pakatan Rakyat. Dari Permatang Pauh, ke Kuala Terengganu dan kini rakyat menanti di Bukit Gantang dan Bukit Selambau dan kalaulah UMNO-BN tewas lagi di kedua-dua pilihan raya terbaru di Perak dan Kedah tiada lama lagi. Alamat UMNO sukar untuk mempertahankan pemerintahan mereka di negara ini.

Pada saya Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Gelagat politik BN sekarang menjadikan rakyat lebih simpati kepada parti aliran pembangkang. Lebih-lebih lagi tercetusnya pergolakan rampasan kuasa secara tiada bermaruah UMNO bagi menjatuhkan kerajaan Pakatan di Perak melalui ugutan dan rasuah politik yang amat memalukan sekali gus mencetuskan kekacauan di negeri Perak, yang mana ianya turut menyeret Istana, perbalahan krisis Perlembagaan dan gambaran media memihak kepada UMNO-BN sebaliknya Pakatan Rakyat dipersalahkan sebagai penderhaka, tiada hormati perlembagaan dan undang-undang.

Pada saya krisis di negeri Perak rakyat amat tiada menyenangi malah sesiapa pun yang waras pemikiran tiada mahu melihat apa yang telah terjadi di negeri tersebut dengan hanya menyalahkan satu pihak iaitu Pakatan Rakyat. Menifestasi kemarahan ini saya percaya akan diterjermahkan oleh para pengundi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau melalui swing vote mereka sekali lagi bagi menjunamkan Pakatan UMNO-BN yang akan dapat kita saksi di kedua-dua buah negeri itu.


Rakyat tiada mampu berhadapan dengan kuasa Perlembagaan, Raja-Raja, Polis, Instrument kerajaan. Tetapi, rakyat akan memprotes kemarahan mereka melalui vote dalam peti undi. Hak inilah yang akan dipergunakan para pengundi yang amat simpatik terhadap Pakatan Pembangkang mutakhir ini. Inilah real politik yang akan dapat kita saksikan dalam kedua-dua pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang dan Bukit Selambau akan mempertontonkan kepada seluruh rakyat Malaysia di mana dua lagi pilihan raya kecil bakal akan dimenangi oleh parti Pakatan Rakyat.

Thursday, February 5, 2009

JATUHNYA PR BUKAN ATAS KEMAHUAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

KEMELUT politik negeri Perak cukup memalukan. Natijah paling adil hendaklah kembalikan mandate kepada rakyat membuat pilihan raya semula. Pembesar negara tiada harus memihak. Bubar Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya semula adalah mandate rakyat yang sebenar untuk memilih mana-mana kerajaaan yang dikehendaki.

Peralihan kuasa yang cukup hina dengan mengenepikan kehendak rakyat. Yang melompat bukannya pengundi.Tetapi, calun-calun pilihan rakyat yang telah diugut dan dibeli. Rakyat di negeri Perak tiada menolak kerajaan Pakatan yang memerintah negeri tersebut. Penyelesaian kemelut politik yang memalukan itu dapat dibersihkan dengan mengembalikan mandat semula kepada rakyat negeri Perak untuk memilih mana-mana kerajaan yang bakal mentadbir negeri tersebut dengan membubarkan DUN serta pilihan raya semula. Para pembesar hendaklah adil dan saksama. Kalau tiada institusi pembesar hilang kepercayaan dan keyakinan rakyat sebagai tempat bernaung dan berlindung.

UMNO mendabik dada mereka mojoriti sekarang. Pada saya selagi tiada dikembalikan kepada rakyat hak mereka untuk membuat pemilihan semula, ia tiada menggambarkan rakyat di negeri Perak menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Trend politik sedemikian amat kotor dan memalukan sekali. Rakyat berpijak dengan sistem peralihan melalui proses demokrasi yang adil dan saksama dalam menentukan hak mereka. Bukan wakil yang melompat ke sana ke mari yang mencemarkan hak yang diberikan oleh pengundi kepada mereka sebagai pembesar negara.