Friday, July 30, 2010

EZAM SELAMATKAN UMNO SEBELUM SELAMATKAN SELANGOR



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


PADA hemat saya Sdr Ezam terlalu kardil untuk selamatkan Selangor. Tugas yang diberikan oleh UMNO kepada Ezam atas nama "SELAMATKAN SELANGOR" tiada mencapai apa-apa makna yang jelas sekadar memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

Saya peringatkan Sdr Ezam, anda boleh berbeza pendapat, anda juga boleh menyerang Anwar Ibrahim habis-habisan, tetapi semakin kuat anda menyerang dan memakin hamun Penasihat PKR itu semakin banyak lagi anda meludah ke langit. Sekadar upahan jawatan Senator, ingatlah wahai Sdr Ezam Mohd Nor betapa anda belum pasti boleh menyakinkan rakyat di negara ini untuk kembali menyokong UMNO macam Sdr lakonkan dewasa ini.

Paling baik untuk anda, lupakan sahaja iniasitif untuk "SELAMATKAN SELANGOR", kerana saya fikir tiada perlu apa yang hendak diselamatkan negeri Selangor. Pakatan Rakyat akan terus mentadbir.

Yang penting Sdr Ezam harus terus memperjuangkan agenda menentang rasuah. Di mana hilangnya suara dan teriakan penentangan rasuah sebelum ini? Bila sudah masuk UMNO semula rasuah tiada kedengaran lagi. Apakah pendekatan berpolitik macam ini Sdr merasakan rakyat mempercayai cakap-cakap anda? Sebab itu baru-baru ini dalam ceramah Sdr kononnya mahu "SELAMATKAN UMNO" dilapurkan sekitar antara 250 ke 300 yang mendengarnya. Kalau macam ini lupakanlah saja wahai Sdr Ezam. Tetapi kalau mahu menyerang dan memaki hamun Anwar Ibrahim itu adalah hak anda dalam sistem demokrasi untuk berbuat demikian. Namun saya fikir jawatan Senator yang dihadiahkan buat sementara sebagai umpan untuk anda lebih kuat menyerang Anwar tiada mendatangkan apa-apa bekas kepada Penasihat PKR itu.

Malah semakin kuat anda memaki hamun, semakin ramai orang tiada mempercayai kelentong Sdr. Ingatlah, sekalipun anda terus memaki hamun Anwar kali ini atas tiket "SELAMATKAN SELANGOR" tugas anda itu tiada sedikit pun mengerumkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Nampaknya drama anda memaki hamun Anwar yang berselindung dengan agenda "SELAMATKAN SELANGOR" akan lebih memburukkan imej anda di mata rakyat hari ini. Justeru itu lebih baik Sdr Ezam saya syorkan lupa sahaja cerita "SELAMATKAN SELANGOR", lebih baik dan mulia kalau anda manpu gerakan minda ke arah membantu menyelamat bahtera UMNO yang hampir karam itu. Jika bahtera UMNO yang anda tumpangi itu karam, yang akan lemas dan tenggelamnya anda, bukan Anwar Ibrahim. Kerja-kerja memakin hamun Anwar Ibrahim secara keterlaluan tiada menunjukan kebijaksanaan anda sekalipun hari ini anda berbeza politik.

Sebagai Senator dalam UMNO, anda hendaklah menjuruskan arah tuju masa depan politik bagi menyelamatkan UMNO. Masalah perpecahan, hakisan keyakinan jenerasi baru rata-ratanya tiada lagi bersama dengan UMNO, teruskan membongkar rasuah sekalipun anda berada dalam UMNO. Ini faktur paling penting yang anda perlu gerak kerja bagi menyelamatkan UMNO. Tiada erti sama sekali "SELAMATKAN SELANGOR" tetapi UMNO itu sendiri tiada selamat lagi. Kalau UMNO tiada selamat lagi ke mana anda selepas ini? Lebih-lebih lagi bagaimana jika ditakdirkan Tuhan Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya selepas PRU ke 13 tiada lama lagi. Selamatkan UMNO adalah lebih baik daripada memakin hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Friday, July 23, 2010

KERJASAMA UMNO-PAS MACAM CERITA PERBINCANGAN ISRAEL-PELASTIN



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com

PERBINCANGAN bagi mencari jalan ke arah penyatuan UMNO-PAS makin menjadi-jadi. Ia semakin mendesak dan memuncak percakapan mengenai proses kerjasama UMNO-PAS apabila parti UMNO semakin hilang pengaruh dan kurang mendapat sokongan daripada orang-orang Melayu sendiri, lebih-lebih lagi jenerasi baru masakini kehadiran mereka rata-ratanya sudah jelas memencilkan UMNO.

Semakin banyak kita membicarakan persoalan penyatuan Melayu(UMNO-PAS), semakin ramai kita menjadi terkeliru. Pada saya pertemuan dan perpaduan Melayu sentiasa menemui jalan buntu. Ada yang mencadangkan resolusi gila dalam pentas-pentas debat, yang menyarankan bubar PAS dan bersatu di bawah UMNO. Ini idea karut yang tiada menjadi faktur sokongan ke arah bagi menjustifikasikan penyatuan UMNO-PAS.

Bicara perpaduan Melayu dalam konteks UMNO-PAS, sesekali kita dapat rasakan ianya bagaikan perbincangan demi perbincangan antara tokoh-tokoh pemimpin Islam Palestin dengan Yahudi Isreal yang tidak pernah kata sepakat untuk menamatkan tradisi permusahan di bumi umat Islam itu. Di kedudukan di tengah-tengah perbincangan bagi menyelesaikan masalah Palestin-Isreal, tembak-menembak dan pembunuhan tidak pernah berhenti. Siri-siri perbincangan tiada pernah bertemu suatu resolusi ajaib bagi menamatkan era perang dalam satu siri sejarah pertempuran yang panjang

Dalam hubungan antara UMNO-PAS bila membicarakan soal perpaduan Melayu, ternyata kuasa besar UMNO itu tiada pernah mahu mengalah? Mengajak PAS berbincang tetapi tidak pernah mahu menerima saranan PAS? Saya kira ajakan dan pelawaan UMNO itu sekadar mencari motif keuntungan politik jangka pendik untuk membuka ruang bagi mempergunakan media milik mereka bertujuan membenam dan memperburuk-burukkan PAS. Mempergunakan Mufti-Mufti seperti Harussani wakil jurucakap akhbar cabuk sebagai tokoh ulama jambatan penyambung amat tiada menyenangkan PAS. Akibatnya Harussani dicabar turun kegelanggang politik bukannya berselindung dibawah ketiak UMNO. Saya fikir Harussani tiada cukup kelayakan bagi menjuarai sebagai tokoh penyatuan UMNO. Sebab itu kedengaran suara-suara sinis supaya Harussani menjadi orang tengah bagi mencari jalan penyatuan UMNO adalah lebih baik dari menaja perbincangan UMNO-PAS yang lebih banyak menempah risiko sebagai seorang tokoh Mufti yang sudah dilebalkan lebih UMNO dari UMNO.

Saya bersetuju untuk masa ini usahlah kita bicara lagi pasal penyatuan UMNO-PAS, kerana kata pemutus dan penyudahnya sudah muktamad kerjasama PAS bersama Pakatan Rakyat. Semakin rancak kita berbincang pasal penyatuan kedua-dua parti Melayu itu semakin bercelarau. Walau pun dalam satu debat di adakan di Kelantan baru ini, yang diserta Ustaz Afendi, Lokman Nor Adam(UMNO), Dr Mohd Asri(Pendakwah Bebas) dan Dr Mujahid(PAS). Sekalipun dalam mukadimah perdebatan tersebut yang bertajuk "BOLEHKAH MELAYU BERSATU", kenyataan wakil UMNO bahawa Melayu boleh bersatu, tetapi bila kita lihat hasil dari perdebatan itu lansung tidak menunjukkan orang-orang Melayu boleh bersatu.

Berlaku serang menyerang antara kedua-dua pihak, mujurlah pendebat PAS Dr Mujahid lebih rasional dan Dr Asri tenang dan berilmu, sebaliknya Ustaz Afendi dan Lokman Nor Adam tiada ada ketenangan dan rasionalnya kalau kita mahu mengaitkan debat tersebut sebagai antara sekelumit perbincangan bagi mencari titik perpaduan Melayu. Pada saya perpaduan Melayu UMNO-PAS masih jauh perjalanannya untuk kita harungi.




Wednesday, July 21, 2010

PELAN PERPADUAN-PAS JANGAN TERPERANGKAP LAGI?



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
jamalmd09@yahoo.com


SEKALIPUN PAS memperjelaskan pendirian dan sikap baik Datuk Nik Aziz, Datuk Mustafa Ali di mana PAS tiada bersedia untuk berkerjasama dengan UMNO bagi membentuk perpaduan Melayu. Sebaliknya berikrar setia dan komited dengan barisan Pakatan Rakyat bagi sama-sama menumbangkan kerajaan UMNO-BN dalam PRU ke 13 akan datang.

Keputusan PAS kali ini nampak konsisten. PAS kelihatan semakin matang dan peka dengan bidak-bidak percaturan politik UMNO. Saya rasa eluk sekali PAS tunggu PRU ke 13 apabila tumbangnya UMNO-BN, situasi itu amat relevan sekali kalau UMNO mahu bersatu dan bekerjasama dengan PAS. Biar UMNO duduk di bawah PAS. Dalam situasi sekarang semua orang dapat membaca kelemahan UMNO menjadikan faktur penyebab mereka mula mahu berbaik-baik dengan PAS. Motif mereka idea permaufakatan akan memperkukuhkan semula kekuatan mereka. Sebab itu mereka beria-ria sangat mahu mengajak PAS bersama bagi membentuk idea perpaduan Melayu.

Saya fikir PAS tiada memperolihi apa-apa kentungan jika menerima pelawaan UMNO itu. Kalau pemimpin-pemimpin PAS celupar seperti sebelum ini dan menyahut saranan UMNO , percayalah bahtera PAS juga yang akhirnya bercemperana. Saya optimis sekali sekiranya UMNO kuat dan mendapat sokongan daripada kaum Cina dan India. PAS jangan bermimpi pemimpin-pemimpin UMNO akan mengajak mereka untuk berbincangan bagi mencari perpaduan Melayu di negara ini. Kalau boleh UMNO mahu kuburkan PAS di negara ini tanpa nisannya. Inilah peringatan saya kepada pemimpin PAS berkali-kali, agar mereka selepas ini dalam situasi apa sekalipun tiada harus terperangkap lagi dalam kemelut politik UMNO.

Memerangkap PAS bersama idea perpaduan Melayu yang dilaung-laungkan itu sekiranya berjaya bermakna PAS sudah memberi point kemenangan awal kepada UMNO dalam usaha mereka untuk memperkukuhkan semula bahtera yang hampir tenggelam di lautan dalam di PRU ke 12 yang lalu.

Apa yang saya lihat mutakhir ini PAS tidak berjaya dipintas oleh UMNO lagi. Bahasa Nik Aziz "KEMARUK UMNO" memberi satu kesan positif cukup kuat terpahat di hati orang-orang PAS, agar tiada mudah termakan dengan bujukan UMNO. Teringat juga saya kenyataan bekas Naib Persiden PAS, Datuk Husam Musa, PAS boleh bekerjsama sama dengan UMNO tetapi bukan hari ini, sebaik-baiknya tunggu selepas pilihanraya ke -13, apabila UMNO sudah tiada berkuasa lagi bolehlah bentuk kerjasama dengan UMNO. Supaya UMNO duduk di bawah payung PAS.

Friday, July 16, 2010

KERJASAMA UMNO-PAS ISU BASI DAN KATAKAN SAHAJA KEPADA PM NO!!!



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

POKOK tidak bergoyang dan angin tidak bertiup, tiba-tiba UMNO sekali lagi mahu membuat kejutan, kali ini melalui Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiada semena-mena mengajak PAS berkerja sama semula. Sebenarnya isu kerjasama UMNO-PAS sudah basi dan tiada bangkit sama sekali. UMNO usahlah sekejap-kejap bangkitkan isu permaufakatan UMNO-PAS. PAS juga jangan meledani ajakan UMNO itu. Kata, Menteri Besar Kelantan sebelum ini kepada pemimpin tertinggi PAS yang membangkitkan isu "Unity Goverment" sebagai kemaruk UMNO. Awas! dalam waktu saya menulis artikal ini jangan ada mana-mana pemimpin PAS yang cuba menampilkan diri mereka sebagai kemaruk UMNO. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz sendiri "jangan mudah lupa" dengan isu ini kerana masih dalam ingatan seluruh para pemimpin dan ahli parti di mana Datuk Nik Aziz antara orang yang paling kuat menentang isu cadangan kerjasama UMNO-PAS yang mencetuskan kontrovesi sehingga terpaksa diadakan satu perbincangan khas seluruh pemimpin parti di KL sebelum ini. Sekali lagi ingatan saya "JANGAN MUDAH LUPA"

Lebih mudah dan lebih senang katakan sahaja "NO KOMEN", itu jawapan lebih selamat. Jangan sahut dan jawab bahawa "PAS AKAN SEDIA BERBINCANG DEMI PERPADUAN MELAYU/ISLAM". Dalam isu ini PAS jangan terperangkap lagi? Saya bersetuju dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Hj Omar yang memperingatkan UMNO usahlah mempermainkan isu kerjasama UMNO-PAS, kerana isu tersebut sudah tertutup, mukadimah untuk perbincangan UMNO-PAS tiada lagi. Keputusan PAS adalah muktamad akan terus pertahan dan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan bukan UMNO. Justeru itu, ianya sesekali tiada berbangkit apa yang dikatakan pentingnya kerjasama UMNO-PAS demi perpaduan Melayu/Islam yang mula di canang UMNO melalui PM baru-baru ini.

Kita tiada mahu lagi PAS terperangkap dengan UMNO berkali-kali. Jangan jadi macam Pelastin dengan Israel, di mana tiada ada perjanjian yang boleh membawa keuntungan kepada umat Pelastin dan tiada ada mana-mana perjanjian selama ini berjaya menamatkan konflik umat Islam yang menguntungkan umat Pelastin??

Kalau mana-mana pemimpin PAS tiada berhati-hati, maknanya sekali lagi kita akan terperangkap dalam rencana UMNO. Cukuplah dengan signal yang dinyatakan Perdana Menteri, UMNO bukannya lemah sebaliknya sudah kuat? Justeru kalau UMNO sudah kukuh dan kuat apa perlunya bersusah payah mahu bekerjasama dengan PAS pula. Kalau pemimpin PAS kata, "NO KOMEN" selamat sejahtera. Sebaliknya kalau jawab PAS sedia mempertimbangkannya alamat sekali lagi PAS bersedia menempah permasalahan baru yang menimbulkan banyak persoalan dalam proses permafakatan dengan rakan-rakan bersama Pakatan Rakyat. Selamatkanlah Pakatan Rakyat, biarkan UMNO hanyut dan tenggelam dengan banteranya itu.
PAS sudah banyak pengelaman dan amat dewasa dengan perjuangan. Justeru itu saya fikir pemimpin tertinggi PAS harus bijaksana menanggani setiap isu dan kemelut politik yang direncanakan oleh lawan politik yang sedang mencari "keuntungan" dalam percatur dan bidak-bidak politik.

Jawablah wahai pemimpin PAS dan katakan, "NO KOMEN" ataupun kerjasama UMNO-PAS tiada berbangkit lagi. Tiada lagi isu permaufakatan ataupun Unity goverment. Harap ingatlah kenyataan Datuk Nik Aziz,"PAS JANGAN JADI KEMARUK UMNO"