Sunday, September 20, 2009

BERMULA DUN BAGAN PINANG-HAPUSKAN SISTEM UNDI POS


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SISTEM undi pos Angkatan Tentera Malaysia yang dipraktik selama ini tetap menjadi isu kontrovesi oleh pihak pembangkang memangnya ada alasan munasabah untuk diprotes oleh rakyat dan para pengundi di negara ini. Undi pos ini tetap dianggap tidak praktikal dan relevan untuk diamalkan dalam sistem politik pilihan raya . Tidak praktikal kerana rata-ratanya undi pos selama ini tidak langsung memihak kepada parti Pembangkang sebaliknya ia menjadi eset yang membantu kemenangan pihak parti pemerintah.

Dewasa ini sistem tersebut mula tiada dipercayai oleh kalangan rakyat dan para pengundi di negara ini. Justeru itu ianya perlu diubahsuai bagi menepati kehendak serta cita rasa rakyat yang mahu satu sistem pengundian terbuka oleh anggota tentera bagi menggantikan sistem undi pos yang sedia ada. Kalau sistem undi secara pos itu terus dikekalkan maka ia akan terus dimanipulasi oleh parti pemerintah bagi menjayakan kemenangan mereka untuk mengekalkan teraju pemerintahan negara.

Saya kira relevan sistem undi pos itu digantikan dengan undi terbuka. Beri peluang kepada mana-mana anggota tentera keluar mengundi secara bergilir-gilir. Untuk apa sistem tersebut terus dipertahankan oleh parti pemerintah sedangkan negara kita bukan berada dalam situasi darurat yang memerlukan sistem pengudian pos di kekalkan. Negara aman damai, sebaliknya kenapa pihak kerajaan masih mahu mempertahankan sistem pengudian pos angkatan tentara.

Untuk mempastikan ketelusan kerajaan yang memerintah sekarang di bawah Perdana Menteri satu Malaysia, sudah tiba masanya sistem undian secara pos itu dihapuskan. Selagi sistem undi pos secara tertutup ini diparaktikkan, maka ia boleh terus dimanipulasi untuk parti kerajaan bagi mempertahankan kemenangan mereka dalam kawasan-kawasan yang lebih ramai pengundi pos.

Justeru itu pihak pembangkang dari sekarang hendaklah mempertingkatkan lebih tekanan yang kuat terhadap SPR agar mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya sistem yang tidak praktikal itu wajar dihapuskan dengan menggantikan sistem undi secara bergilir-gilir kepada mana-mana anggota tentara yang bertugas.

Sepertimana yang kita maklum ada kemungkinan akan diwujudkan satu betalion wataniah untuk setiap kawasan Parlimen di negara ini. Dan kalau setiap kawasan Parlimen ditempatkan 4,000 anggota tentera yang mana sekaligus akan membuang undi mereka secara melalui sistem pos, maka kerajaan BN yang dijangka akan tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang akan terus dapat mempertahankan tumpok kekuasaan pemerintahan mereka di negara ini.

Faktur inilah jika benar-benar berlaku ia menjadi halangan besar buat parti Pakatan Rakyat yang bercita-cita akan mengambil alih teraju pemerintahan negara. Justeru itu Pembangkang jangan melihat undi pos itu seperkara kecil jika mereka benar-benar berhasrat untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya ke-13 akan datang.

Saturday, September 12, 2009

DUN BAGAN PINANG-APA RESPON JIKA PAS MENANG.



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA (Penulis Bebas)


UMNO berpendapat keputusan pilihan raya kecil yang memberikan kemenangan 8-1 kepada parti Pakatan Rakyat, dakwa mereka bukan faktor sebagai ukuran menentukan Pembangkang akan menguasai Malaysia selepas PRU ke 13 akan datang.

Mereka tetap optimis BN akan terus kekal memerintah negara dengan hujah bahawa Pembangkang cuma baru menang satu kerusi iaitu di Kuala Terengganu. Lain-lain kawasan yang dimenangi mereka dalam siri-siri pilihan raya kecil dikatakan adalah kawasan Pembangkang. Kemenangan itu tidak menghairankan UMNO-BN. Itu adalah analisis dari pihak UMNO yang saya fikir mereka ini mencipta keseronok sendiri

Saya melihat momentum perubahan pemikiran politik rakyat, terutama sekali orang-orang Cina dan India. Kalau 50 tahun dahulu orang-orang Cina dan India amat sukar untuk memberikan undi mereka kepada mana-mana parti oposisi. Namun, perubahan politik baru di kalangan masyarakat bukan Islam bagitu amat ketara sekali apabila mereka sudah tidak bagitu yakin lagi dengan pendekatan politik Barisan Nasional yang diterajui UMNO dewasa ini. Inilah pada perkiraan saya politik Malaysia akan datang lebih memihak kepada parti Pakatan Rakyat. Dan bagi saya sekiranya sistem dwi parti ini dapat dikekalkan hingga ke pilihan raya ke-13, alamat UMNO-BN akan terimalah nasib mereka yang amat buruk sekali

Kalau 50 tahun dahulu penguasaan politik Barisan Nasionol tetap unggul kerana orang-orang Cina dan India teguh di belakang mereka. Tetapi, senario baru politik Malaysia mutakhir adalah disebaliknya. Faktur ini pada perkiraan saya pasti turut mencetuskan momentum besar yang akan merubah landskap politik negara dapat kita saksikan selepas pilihan raya umum ke 13 akan datang. Sejarah politik negara kita tidak pernah memperlihatkan UMNO-BN mengalami kekalahan teruk sesudah pilihan raya ke-13 lalu dan lanjutannya berterusan dalam lapan siri pilihan raya kecil. Dan sepanjang saya mengikuti perkembangan politik negara serta di waktu-waktu saya aktif menulis isu-isu politik negara dalam akhbar WATAN, di mana bila berlangsungnya sesatunya pilihan raya kecil parti Pembangkang ketika itu PAS dan DAP sukar untuk mencatat apa-apa kemenangan dalam pilihan raya yang mereka turut serta Sekalipun pilihan raya itu berlaku di kubu kuat PAS ataupun DAP, UMNO-BN tetap menserakah kemenangan besar.
Iklim politik diawal tahun 1950an hingga ke tarikh pilihan raya ke-13 memang politik UMNO-BN disituasi cukup kondusif. Tetapi, mutakhir ini UMNO harus memperakui rakyat tidak lagi bersama mereka dan menunggu masa buat rakyat menghukum UMNO-BN sekaligus akan menamatkan "talian-hayatnya" apabila berlakunya "swing vote" kuasa undi yang akan ditentukan oleh seluruh rakyat di negara ini dalam pilihan raya ke-13 akan datang.

Justeru itu, saya mahu mengingatkan ahli-ahli dan pemimpin politik tertinggi UMNO, terutama sekali Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mahyudin Mohamad Yasin agar tidak terlalu yakin dan gairah sekiranya UMNO berjaya mempertahankan DUN Bagan Pinang dalam pilihan raya kecil di negeri Sembilan tidak berapa lama lagi. Jangan melatah, lantaran menepuk dada bahawa UMNO sudah kembali pulih dan mendapat sokongan semula di kalangan orang-orang Melayu di negara ini. Dalam ramalan saya ada kemungkinan besar UMNO dapat mengekalkan DUN Bagan Pinang berasaskan mojoriti undi yang diperolihi calun UMNO dalam PRU lalu agak besar berjumlah 2,333 undi. Hal ini tidak memeranjat kita kerana, di DUN tersebut terdapat sejumlah 4,925 pengudi pos.

Namun dalam jangkaan saya berasaskan perkembangan politik Malaysia mutakhir dan kesan daripada hasil penolakan orang-orang Cina dan India terhadap parti komponen BN, saya juga sekali lagi cuba mengukur dan meramalkan PAS juga ada peluang untuk menang di Bagan Pinang.
Asas ukuran saya DUN Bagan Pinang diketegorikan dalam kawasan bercampur. Melayu 66%, Cina 10.5%, India 19,9% dan lain-lain 3.5%. Mantic saya sekiranya seluruh undi Cina dan India itu diberikan kepada PAS dan 20% daripada undi Melayu juga berpihak kepada PAS, tiada mustahil kenapa kali ini PAS tidak boleh menang di Bagan Pinang? Tetapi yang mengelirukan kita undi Pos yang bilangannya terlalu besar menjadikan faktur berhantu sukar untuk kita memberikan harapan sedikit lebih menyakinkan untuk PAS menang mudah di Bagan Pinang.

Saya akaui di Bangan Pinang sukar sedikit untuk meramalkan Pakatan Rakyat akan menang. Sekalipun kelebihan itu memihak kepada UMNO-BN. Namun, jika seluruh undi-undi orang Cina dan India berpihak kepada PAS. Dan jika ramalan ini benar-benar terjadi, saya kira satu"kejutan" kepada UMNO dan juga PAS. Akhirnya saya letakan harapan berasas penyelidikan yang dikemukakan ini UMNO-PAS adalah 50-50. UMNO jangan terlalu over confiden dan PAS hendaklah bijaksana memujuk hati-hati setiap pengundi Cina dan India kalau mereka mahu mencipta sejarah di Bagan Pinang. Selamat mengundi kepada seluruh penduduk DUN Bagan Pinang.