Sunday, June 18, 2017

PAKATAN HARAPAN-Lupakan Siapa Bakal PM


 
 








 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


SESUNGGUHNYA Anwar Ibrahim sesatu pemimpin rakyat marhein berjiwa besar. Kehebatan dan karismatiknya sukar ditandingi sesiapa. Perjuangan dilalui sudah ditakdirkan Ilahi beliau terpaksa merempuh liku-liku yang  telah diuji dengan pelbagai mehnah dan tribulasi. Masuk ISA, masuk penjara keluar penjara bukanlah ujian getir yang kecil terpaksa dihadapinya kini.

Selepas disingkirkan dari Umno, saya percaya beliau akan kembali ke persada politik negara melalui flatfrom pembangkang. Kehadirannya ke kancah politik oposisi dinantikan seluruh rakyat yang dahagakan perubahan. Kita dapat menyaksikan betapa politik negara berkocak dan bergelora. Iklim politik yang selalunya suam-suam kuku sebelum kehadiran beliau di kancah bersama politik pembangkang, menjadi amat panas dan membahang. Momentum Anwar sentiasa bergelombang. Landskap politik dijanjikan berlakunya tsunami dan anjakan. Kesemuanya menanti kehadiran dan sentuhan susuk manusia bernama Anwar Ibrahim.

Kita sedih beliau dipenjara kini. Di balik gerigil besi di kelilingi tembok batu yang pejal. Kini Anwar Ibrahim dipisahkan dari perjuangan rakyat marhein yang tertindas. Apa pun saya percaya roh marhein tetap berpaut dihati Dato Seri Anwar Ibrahim.

Trajidi mutakhir menimpai Partai Agama yang sedang bersiap sedia hendak berpengkalan dengan Umno sebagai rakan baru dalam percaturan politik negara tentu sekali amatlah menyedihkan beliau. Oposisi hendaklah membina kekuatan berasaskan penyatuan dan membina keteguhan. Bukannya memukul dan mengetuk tembok penyatuan pembangkang yang sudah kukuh di bina menjadi ianya kembali hancur dan cair semula. Trajidi ini gagal diselamatkan kerana Anwar tidak bersama kita.

Barangkali beliau sedih melihat oposisi bercemperana. Meronta-ronta mahu masing-masing merasakan diri sendiri berhak menduduki jawatan Perdana Menteri. Hetongan ini sudah dibuat. Perbezaan, pertelagahan tidak terelak lagi, sedangkan kemenangan di PRU nanti masih belum dikecapi. Sebagai ikon politik besar Anwar dari penjara sedang melihat kekacauan itu sedang bergolak dalam PH dan kini kian berpanjangan, Implikasinya, amatlah tidak mengutungkan sekali. Yang penting bukan soal siapa yang berhak jadi PM. Pokok pangkalnya Umno-Bn misti dipastikan kalah terlebih dahulu , barulah PH boleh fikirkan siapa bakal PM.

Tawaran beliau untuk tidak lagi dicalonkan sebagai Perdana Menteri tentunya memberi jalan keluar bagi PH menamatkan kemelut siapa bakal PM yang sedang dicari. Tidak berguna sama sekali kita mencanangkan tokoh itu dan ini sebagai Perdana Menteri, sedangkan keputusan PRU nanti Umno-Bn juga yang menserakah pembangkang sejak di 13 PRU yang telah berlalu. Tidak mengapa Anwar. Rakyat akan tetap melihat aspirasi perjuangan anda bersama marhein bawahan yang tertindas. 

Penolakan tersebut semata-mata demi untuk menyelamatkan PH. Sekiranya dirinya terus dicalonkan sebagai bakal PM, dipercayai kosentrasi untuk berhadapan Umno-BN di PRU akan datang kian terganggu. Fokas masa kini hendaklah digembelingkan seluruh jentera dan  tenaga kekuatan ditumpu terus bagi menumpaskan Umno-BN, bukannya tidak habis-habis dengan pertelagahan hendak mencari siapakah yang layak bakal jadi Perdana Menteri.

Dengan penolakkan Anwar itu. PH jangan cari masalah lagi. Masa membina kekuatan untuk berhadapan Umno-BN di PRU ke 14 masih belum memperlihatkan kejituan yang bersungguh-sungguh. Apa yang pemimpin PPBM seharusnya difikirkan selaku partai politik pembangkang tidaklah semudah itu hendak kita perkalahkan Umno-BN? Apatah lagi dalam suasana Partai Agama yang sudah mula memperlihatkan mereka se olah olah lebih bersedia untuk menjadi tongkat bagi selamatkan partai Nasionalisme Melayu perjuangan umno di politik negara mutakhir menjalang PRU ke 14 akan datang. 

Selaku pemimpin berjiwa besar. Anwar sedia berkorban segala-galanya demi mempertahankan hak rakyat. Anwar terpaksa menempuh suka duka entah hingga bila? Matlamatnya tetap jitu tidak sesekali berganjak ke arah mentranformasi politik baru di negara ini wajib diperteruskan. Selepas ini PPBM,PKR tidak lagi memikirkan Anwar sehingga kita tergangu fokas untuk berhadapan dengan Umno-Bn. Bukannya yang lebih besar dan mencabar bagi kita sekarang hanya memikirkan siapakah bakal Perdana Menteri?

Jangan persalahkan Anwar lagi. Laluan sudah diberi dan kata dua sudah dinyatakan fokas ke arah mengalahkan Umno-BN di PRU akan datang. Jika Mahyuddin merasakan beliau layak jadi PM ambillah, malah sekiranya Tun Mahathir merasakan dirinya wajar kembali menjadi Perdana Menteri sekali lagi pun tidak mengapa. Pokoknya jangan gagalkan rancangan PH bila turut berhadapan dengan Umno-BN. Rakyat jelata yang akan tentukan kepada siapa yang mereka hendak swing vote dalam peti undi kali ini.

Terima kasih Aki Anwar Ibrahim atas jiwa besar tuan lantaran menawarkan satu lagi pekej pengorbanan besar demi menghendaki berlakunya perubahan politik negara selepas PRU akan datang dijangka tidak berapa lama lagi.