Thursday, May 24, 2018

TUN MAHATHIR-MALAYSIA BARU DAN NOKTAHKAN POLITIK DEDAK.








OLEH JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

Di AWAL kita bermula, di ambang Malaysia Baru teraju kepimpinan Pakatan Harapan PM Tun Mahathir diharapkan banyak perubahan akan berlaku. Tugas memperbaiki urus tadbir negara yang sudah koyak rabak rejim terdahulu sangat besar dan menuntut kebijaksaan pentadbiran Tun membina semula Malaysia baru yang lebih baik sangat mengharukan.

Budaya rasuah yang mengakar umbi di kalangan pemimpin rejim terdahulu hendaklah dihapuskan. Akar umbi itu sesekali jangan dibiarkan menjalar di kalangan kepimpinan baru PH dalam semua peringkat.Rasuah yang menjadi barah negara wajib di bunuh. Mana mana pemimpin yang bersalah menyimpang urus tadbir negara dengan memunggah kazanah rakyat misti di bawa ke muka pengadilan.

Memperbaiki sistem urus tadbir dengan telus. Selamatkan wang rakyat dari dilonggok dan dikambuskan dalam busut busut di luar negara. Bersama Tun dan PH kita memperbetulkan semula semua ketempangan regim yang lalu. Kembalikan hak rakyat kepada yang berhak memiliknya. Kepimpinan PH adalah hamba kepada rakyat. Kebajikan, keadilan, kemakmuran seharusnya dikecapi bersama.

Budaya politik dedak hendak ditamatkan. Jangan jadikan rakyat dan umat islam di negara ini bagaikan ayam itek yang perlu ditaburkan dengan dedak. Namun membantu rakyat marhein yang daif dan miskin hendaklah disalurkankan atas rasa tanggugjawab kita selaku pemimpin di era Malaysia baru dengan lebih baik dan teratur. Bukannya merasakan wang itu sebagai dedak dan rakyat di negara ini dimomokkan dengan umpanan dedak-dedak sebagai habuan politik. Justeru dalam waktu yang sama bilamana dedak mempengaruhi pemikiran rakyat menjadi mudah pula regim-regim melonggokkan dedak-dedak di kantor-kontor mereka.

Contoh negatif ini harap jangan lagi mahu cuba dipraktikkan mana-mana kepimpinan dari kerajaan PH. Perbuatan angkara regim regim terdahulu dan konco-konco mereka wajar diadili kerana memunggah kazanah rakyat untuk kepentingan diri. 

Sesungguhnya bermula kerajaan Malaysia Baru PH membuah petanda yang mengembirakan. Sedikit sebanyak perubahan bakal bermula sekalipun ia tiada memenuhi sepenuhnya janji-janji menifesto sudah mencukupi. Menurunkan kadar GST ke angka O, melonggarkan bayaran PTPN bila tangga gaji di aras RM 4000. Menetapkan harga minyak diparas yang ditentukan, malah juga bilamana kadar kutipan tol-tol sedikit dikurangkan bukan dihapuskan saya fikir kerajaan PH sudah jauh mengatasi urustadbir kerajaan regim terdahulu. Sudah pasti Tun berupaya memperbaiki semua ini.

Bilamana kerajaan baru PH memenuhi urustadbir yang positif dan telus, kebertanggungjawaban, tiada unsur-unsur rasuah dan ketirisan,keadilan dalam perundangan,rakyat termiskin di bela, sistem pendidikan dan kesihatan dan lain-lain diperbaiki dan dipertingkatkan semula ia pasti akan meloncakkan semula Malaysia di mata dunia.

Friday, May 11, 2018

KE MANA PAS ? LAGI KEMENANGAN TERTANGGUH.













OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


BERAKHIR sudah PRU ke 14. Tersungkur BN. Pakatan Harapan menjadi pilihan rakyat. Pas se buah partai politik yang sentiasa ditimpa malang berpanjangan. Kemenangan mereka lagi- lagi tertangguh.
Sampai bila kemenangan itu tertangguh? Hanya Hadi ada jawapannya.

Saya sebelum ini mengharapkan Pas bertindakan waras dan bijak dalam menanggani arus gelombang kebangkitan rakyat untuk menolak Umno-Bn.Tapi Pas sombang dan angkuh. Malah merasakan kedudukan mereka sudah kuat dan mampu menumbangkan BN bersendirian.

Sejak penubuhan pada tahun 1951 Pas merintis perjuangan menentang Umno. Lemahnya Pas di bawah teraju Hadi nyata dan terserlah. Hadi gagal menangkap gelombang kebangkitan rakyat. Kelemahan kepimpinan Hj Hadi dalam mencaturi strategi politik menjadi antara penyebab sekali lagi kemenangan Pas tertangguh. Aduh amat sayang sekali. Menyesal aku. Kenapa kekerapan Tuhan menangguh kemenangan Pas itu?

Gerlombang rakyat tercetus di PRU 2008 dan 2013 gagal difahami Hadi. Pas sepatutnya tidak sesekali bertindak sendirian dalam konteks realiti politik majmuk. Dalam situasi Umno akan terputusnya talian hayat di PRU ke 14 tiba-tiba Hadi menukar strategi sekaligus membunuh 'tahaluf'. Kenapa jadi bagini jawapannya sudah terserlah. Seluruh pulic opinion mengatahui kerana politik bekerjasama(bertaawun) dengan Umno demi menyelamatkan bangsa dan agama kononya.

Dengan meninggalkan gabungan front pembangkang Pakatan Rakyat selepas pertarungan pembunuhan kumpulan pro profesional(GENG JEBON) 2015. Hadi kembali ke Rusila. Gelombang kebangkitan rakyat pelbagai(majmuk) yang dahagakan perubahan seseolah hilang tapak berpijak.

Amanah geng JEBON yang tersingkir menyedari hakikat kebangkitan rakyat untuk menolak BN mistilah diwadahkan semula. Tapak baru di bina Pakatan Harapan. Di tapak baru inilah rakyat berpijak di bumi nyata dan membangkitkan amarah mereka terhadap Kerjaan peninggalan Dato Najib yang terkenal(kleptokrasi) di dunia dewasa ini.

Senario ini gagal diuruskan dengan baik untuk dimenafaati oleh Pas pimpinan Hadi. Kegagalan Hadi akhirnya Tuhan mentakdirkan Tun Mahathir sebagai pengganti mengobori semula kekuatan rakyat yang dahagakan perubahan. Berkocaklah momentumnya.

Akhirnya yang bijaksana juga Tuhan izinkan Tun Mahathir sekali lagi jadi Perdana Menteri ke 7. Kejatuhan Najib tiada membawa apa-apa kepada tokoh Perdana Menteri online. Memang selayaknya beliau tidak layak untuk jadi PM yang sebenar kerana ketidakpekanya untuk menanggani kejatuhan Umno pimpinan Najib yang terbentang di ruang matanya. Mahathir dengan kebijaksaan(The greates leader) merebut peluang yang terlepas dari genggaman Hadi.

Malang sungguh bertimpa-timpa. Terubatkah hari -hari yang kecewa dalam luka dengan ribuan janji-janji syurga yang belum tentu menjadi milik kita jawablah sendiri kaum walaun/waluntit.

Sesungguh Ana amat kecewa sekali dengan pencapaian Pas. Sekadar 18 kerusi Parlimen. Memboktikan gagalnya Pas untuk menjadi King Maker. Jika beristiqamah bersama 'tahluf' yang sudah terbina dengan rendah hati dan sabar. Ana percaya tentu sekali Pas menggunguli kemenangan mojoriti dalam gabungan front pembangkang. Tidak mengapa usahlah kita bersedih. Kesilapan strategi Hadi hendaklah ahli-ahli Pas berani membetulinya. Jangan selama-lamanya berwala membuta tuli. Lihat realiti dan persekitaran kemahuan dan kehendak rakyat masakini. Usahlah bersedih tuan Hadi. Berjumpa lagi kita di PRU ke 15 nanti.