Tuesday, August 19, 2008

TAMATKAN ERA UMNO-PAS MISTI SOKONG ANWAR JADI PERDANA MENTERI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

TANPA kehadiran DSAI dalam kancah politik pembangkang, parti-parti politik oposisi seperti PAS dan DAP tidak akan sampai ke mana-mana? Akuilah kita bahawa kemerosotan prestasi UMNO-BN dalam pilihan raya ke-12, pada 8 Mac 2008 lalu faktur Anwar Ibrahim menjadi pencetus ke arah perubahan besar sehingga parti Pakatan Rakyat berjaya menafikan penguasaan mojoriti 2/3. Tanpa penglibatan Anwar dalam gagasan politik pembangkang, PAS jangan mimpi untuk melihat pencapaian tersebut.

PAS perlu rasional dan waras, para perwakilan Muktamar ke-54 di Ipoh seharusnya melihat realiti. Terimalah hakikat buat masa terdekat ini hanya Anwar Ibrahim sesatunya tokoh politik pembangkang yang cukup berkesan, malah kehebatan dan keupayaannya manpu membangkitkan gelombang momentum baru sekali gus akan merubah landskap politik Malaysia.

Saya sudah lama fikir di mana pemimpin parti politik pembangkang baik, Ustaz Hadi, Datuk Nik Aziz , Lim Kit Siang kehadiran mereka dalam politik negara sekadar menjadi pemimpin kelompok cauvanist dan exstrem sahaja. Manpukah Hj Hadi mencatus kemenangan besar dan membawa PAS perintah Malaysia? Para perwakilan PAS tolong jawab secara rasional. Malah manpukah Ustaz Hadi membentuk permaufakatan Pembangkang? Jawabnya tidak! Pun bagitu juga dengan Nik Aziz dan Kit Siang. Kepimpinan tokoh-tokoh tersebut selama ini hanya disokong oleh kelompok mereka sahaja. Malah disebaliknya mereka sering mencetuskan perbalahan demi perbalahan yang nyata banyak memberikan kemenangan politik kepada UMNO-BN.

Tuhan mentakdirkan beberapa rentetan peristiwa getir dan ujian perit dengan menghantarkan Anwar Ibrahim ke dalam Barisan Pembangkang. Kebijaksanaan Anwar terserlah apabila beliau berupaya menjadi ikon penting ke arah mencetus minda baru dalam politik pembangkang. Tanpa kehadiran Anwar percayalah parti-parti politik pembangkang tidak boleh berada dalam faltfrom Pakatan Rakyat. Kerjasama PAS, DAP dan Keadilan merupakan kemuncak yang membawa kepada UMNO-BN hampir-hampir terputus talian hayatnya dalam pilihan raya ke 12 lalu.

Justeru PAS perlu terima hakikat Anwar Ibrahim adalah Perdana Menteri kerajaan baru gabungan Pakatan Rakyat. Rakyat pada umumnya amat sangat dahagakan perubahan. Tetapi rakyat pelbagai kaum tidak dapat menerima Ustaz Hadi atapun Kit Sing sebagai Perdana Menteri. Sebaliknya rakyat perlukan Anwar Ibrahim. Bab kata Ketua Pemuda PAS, Sdr Salehudin Keadilan menang lebih besar daripada PAS. Pengakuan Mohamad Sabu orang Cina dan India ramai menyokong PAS. Justeru itu Anwar Ibrahim diperakui bukan sahaja di Malaysia, tetapi di seluruh dunia. Kalau Anwar tidak jadi Perdana Menteri bersedialah PAS untuk kalah semula.

Sunday, August 17, 2008

PERMATANG PAUH-POLITIK SUMPAH DAN BOGEL

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEWAKTU saya menulis buku “SILAP ANWAR TIDAK PILIH PAS” bulan Mac 2003 ketika beliau dalam penjara, saya sering mengungkap doa dan harapan untuk Anwar, “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkanya kecuali DIA. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, DIA memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang DIA kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan DIAlah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Suruh Yunus: 107).

Saya ulangi lagi doa ini khusus untuk DSAI yang menghadapi ujian hebat di Permatang Pauh. Pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 kini selamat selesai proses penamaan calun pagi tadi. Selepas ini ruang legar politik Permatang Pauh akan membuka tirai dan menayang politik SUMPAH dan BOGEL yang mana bau busuknya akan menujah sampai ke langit. Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh warga dunia sedang dipertontonkan sebagai saksi menifestasi kecelaruan politik Malaysia mutakhir ini.

Saya bersetuju Anwar tidak perlu menyahut sumpah. Kerana sumpah itu adalah gimik politik UMNO yang tidak modal lagi untuk berhadapan dengan kebangkitan tokoh Pembaharuan Asia itu. Saya yakin Anwar akan menang besar di Permatang Pauh. Bukan sekadar simpati tetapi Anwar populis. Bukan itu caranya UMNO berhadapan dengan Anwar. Politik sumpah dan bogel tidak lagi dipercayai rakyat. Cuma hanya segelintir kemaruk politik sahaja yang boleh menerimainya. Pada saya politik sumpah dan bogel yang sedang ditayangkan kepada para pengundi di Permatang Pauh akan melonjak lagi jalan pemintasan untuk Anwar sampai ke Putrajaya. Rakyat sudah muak dengan sodomi. Tetapi itulah sesatunya cara pada perkiraan orang-orang besar UMNO yang boleh menghalang Anwar daripada merampas Putrajaya. Politik kotor itu akan mempergunakan apa cara bukan sahaja sumpah, bogel malah apa sahaja skrip akan diolah bagi menghukum Anwar sekali gus akan membunuh kerjaya politik anak kelahiran kampong Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam itu.

Anwar Ibrahim sesatunya tokoh politik yang boleh merubah dan melakarkan semula landskap baru politik Malaysia. Justeru itu apa pun lebal jijik terhadap Anwar Ibrahim tidak akan berjaya dipintas oleh UMNO. Kecuali menjatuhkan hukuman dan penjara sahaja yang akan mampu menghalang kebangkitan momentum Anwar. Politik pilihan raya di Permatang Pauh akan terus membawa Anwar menuju jalan pintas ke Putrajaya tanpa menanti pilihan raya umum ke-13. Inilah yang amat membimbangkan ramai politikus dalam UMNO.

Tayangan politik sumpah dan bogel di Permatang Pauh tidak sesekali menjejaskan harapan Anwar untuk mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut. Percayalah orang-orang UMNO apa yang dilebalkan terhadap Anwar itu, akan lebih memberikan keuntungan politik sekali gus kembali bertapak di Permatang Pauh. UMNO jangan mimpi dapat mengalahkan Anwar melalui peti undi. Kecuali ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara sepertimana yang berlaku pada tahun 1998/1999 dahulu. Tetapi seluruh dunia sekarang sedang memantau dan memerhati tokoh pembangkang utama negara yang akan kembali menjadi Perdana tidak berapa lama lagi.

Saturday, August 9, 2008

ANWAR IBRAHIM-DARI PERMATANG PAUH KE-PUTRAJAYA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
EKORAN Ketua Pembangkang, Datin Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatannya selaku ahli Parlimen, Permatang Pauh. Gelora politik Malaysia kembali bergegar semula. Gegarannya pasti cukup hebat sekali, kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke erana politik di negara ini. Sesatunya ikon politik Pembaharuan Asia dan personaliti antarabangsa amat mengerumkan UMNO-BN.

Permatang Pauh menjadi medan pertempuran yang dipilih Anwar setelah sebelum ini diwar-warkan bertanding di Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar-Baru tidak menjadi kenyataan. Alternatif muktamadnya memilih Permatang Pauh yang merupakan medan strategic lagi tradisional untuk beliau kembali merebut tahta sekali gus mendominasi semula penguasaan politik terbaru di negara ini. Kemenangannya di Permatang Pauh nanti akan menjadi lonjakan bagi memenuhi impian menjadi Perdana Menteri setelah disingkir melalui satu rakaman sejarah hitam siri konspirasi politik tertinggi pada tahun 1998/1999.

Bukan hanya rakyat Malaysia sahaja masing-masing menghala fokus ke Permatang Pauh, malah juga seluruh warga dunia tentunya kali ini juga akan menumpu pemerhatian mereka ke Permatang Pauh demi menyaksikan satu pertarungan hebat antara Anwar Ibrahim dengan mana-mana tokoh yang akan mewakili UMNO nanti.

Statistik Parlimen Permatang Pauh mempunyai sejumlah pengundi berdaftar mengikut peruntukan pilihan raya ke-12 lalu sebanyak(58,449)pengundi. Turut mewakili pengundi berbangsa Melayu(68.5%); Cina(24.79%); India(6.3%) dan lain-lain (0.41%). Keputusan pilihan raya ke-12 lalu Dr Wan Azizah(PKR)memperolihi sejumlah undi(30,338); Datuk Pirdus Ismail(BN) mendapat 16,950 undi. Mojoriti dimenangi oleh Dr Wan Azizah(PKR) 13,388 undi.

Kesengitan dan kehebatan pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini dapat diramalkan kerana UMNO-BN belum reda dengan kemelut politik tersendiri ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu. Pun bagitu juga UMNO-BN sesekali tidak akan membiarkan Anwar Ibrahim kembali bertapak semula dalam politik Malaysia. Kerana UMNO menyifatkan Anwar hari ini merupakan musuh utama mereka. Namun, untuk menyekat dan menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menguasai politik negara melalui pentas demokrasi sesatu yang mustahil untuk dipintas oleh UMNO. Sewaktu saya menulis buku, “ANWAR IBRAHIM Selepas PEMBEBASAN”-PENERBITAN JAMALUDIN, October 2004, diketika selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, di Palace of Justice(Istana Keadilan) Putrajaya pada pagi 2 September 2004. Saya menaruh harapan dan keyakinan besar sekali terhadap Anwar Ibrahim dan meramalkan beliau mampu kembali menguasai semula persada politik negara tanpa platform UMNO. Melalui pentas Pakatan Pembangkang, saya percaya kalaulah Anwar komited dan yakin dengan Permaufakatan Pembangkang beliau pasti lambat launnya akan berjaya juga merebut semula tahta Perdana Menteri walaupun kini dirinya disingkirkan dari UMNO-BN. Saya buktikan dengan sebuah hasil tulisan saya menjelang pilihan raya ke-12 bertajuk , “ PILIHAN RAYA KE-12 Mampukah Pembangkang Perintah Malaysia?”-PENERBITAN JAMALUDIN, September 2007. Mengikut apa yang saya ramalkan dalam buku tersebut jika dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat, Anwar boleh jadi Perdana Menteri. Dan hasil daripada ramalan itu PR berjaya mengakhiri era penguasaan UMNO-BN 2/3 mojoriti dan dapat membentuk kerajaan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan serta kekal mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.

Apa yang boleh kita baca makna tersirat dalam politik UMNO sekarang. Anwar Ibrahim manpu merintis jalan semula ke Putrajaya. Kalau tersilap langkah percaturan politik yang sedia ada, kemungkinannya Datuk Najib Tun Razak kempunan untuk sampai ke puncak Plan Peralihan Kuasa di pertengahan tahun 2010. Tidak mustahil Anwar Ibrahim manpu membuat kejutaan pemintasan sekali gus Najib turut tersekat tidak kesampaian apa yang dihasratkan selama ini.

Pada dasarnya rakyat mahu menyaksikan demokrasi yang adil berlangsung di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim harus dihormati haknya untuk menyertai pilihan raya kecil Parlimen tersebut. Namun, yang amat membimbangkan seluruh rakyat di negara ini yang cintakan keadilan dan kesejahteraan amat mencurigai sekali lagi Anwar Ibrahim di sabotaj. Apatah tidaknya, kita sudah mula mencium bau busuk menujah ke langit. Serentak dengan pengistiharan Datin Wan Azizah melepaskan jawatannya di Permatang Pauh, di mana rakyat Malaysia sudah diberitakan bahawa pihak polis sudah selesai penyiasatan kes liwat ke 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekarang masa proses penyerahan kepada pihak Peguam Negara untuk dinilai semak bagi mempastikan apakah ianya ada kes yang boleh didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya? Inilah yang teramat sangat menghantui pemikiran rakyat? Apakah kes terbaru ini akan menjadi factor penghalang sekali gus akan menjerat dan memerangkap buat kali kedua terhadap DSAI mencapai impiannya dalam kerja politik. Rakyat hanya penonton dan akan menyaksikannya.

Malah yang membimbangkan rakyat Malaysia mengikut apa yang dilapurkan oleh pihak akhbar dalam waktu saya sedang menulis rencana ini di mana “proses perundangan kes liwat Anwar tetap diteruskan-PM”(Utusan Malaysia 2 Ogos 2008). Inilah merupakan titik yang menjadi penghalang besar terhadap Anwar Ibrahim untuk kembali merampas tahta Perdana Menteri. Demokrasi dipercayai masih membuka ruang bagi Anwar Ibrahim bertapak semula dalam politik Malaysia. Tetapi insiden kes sodomi cukup rumit untuk diselesaikan dan Anwar mungkin sekali lagi akan tersekat dan tersepit di sini.

Kenapakah Anwar Ibrahim memilih Permatang Pauh, pendapat umum kalangan UMNO mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes terbaru yang sedang dihadapinya. Malah ada juga hujah mengatakan Anwar seharusnya sabar menanti pilihan raya ke-13, situasi waktu itu akan lebih menyelamatkan beliau. Tetapi waktu itu usia Anwar semakin kelewatan.

Seluruh pemerhati politik dari awal lagi menduga Anwar Ibrahim pastinya akan mencapai kemenangan mudah di Permatang Pauh. Dari persepsi demokrasi, sekalipun hak rakyat akan menentukan kedudukan Anwar. Tetapi umumnya sudah menjangka beliau pasti akan menang besar sekalipun UMNO menghantar anak muridnya, Sdr Ezam Mohd Noor yang sekarang menjadi penderhaka sesudah menagih simpati terhadap UMNO.

Sunday, August 3, 2008

PILIHAN RAYA KECIL- TUMPUAN DUNIA KE PERMATANG PAUH

BUKAN sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh warga dunia akan mengalih tumpuan mereka ke Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Sudah pasti Permatang Pauh akan menjadi satu sorotan dunia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali aktif dalam politik Malaysia. Anwar sesatunya ikon politik antarabangsa yang amat ditakuti oleh seluruh pemimpin-pemimpin politik dalam UMNO. Terutama sekali Datuk Syed Hamid Albar yang kelihatan hari demi hari cukup gelisah dengan kebangkitan semula dalam kancah politik negara.

Nampaknya UMNO mengakui hakikat yang amat sukar untuk mengalahkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Namun yang beria-ria benar hendak mencabar Anwar hanyalah Ezam mohd Noor. Beliau mengakui dirinya adalah pejuang sejati. Kasihan Ezam kalaulah tidak dipilih UMNO bagi berhadapan dengan Anwar di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil akan datang.

Oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi tumpuan dunia. Justeru itu kita mengharapkan sistem demokrasi Malaysia akan menjadi lebih telus. Apa yang berlaku di Permatang Pauh akan menghantar mesej kepada warga dunia gambaran sebenar menifestasi politik Malaysia hari ini.

Kita mengharapkan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak akan membawa suatu gambaran tidak baik terhadap sistem berpolitik di negara ini. Pihak media hendaklah memenuhi etika yang sebenar. Keadilan hendaklah ditunjukan oleh parti pemerintah bahwa mereka benar-benar menghayati erti prinsip berdemokrasi. Anwar Ibrahim seharusnya diberikan peluang untuk beliau memperjuangkan haknya dalam berpolitik di negara ini. Faktur inilah yang akan menjadi fokas utama menarik perhatian dan tontonan dunia untuk melihat proses demokrasi yang adil dan matang berlaku di Permatang Pauh