Wednesday, October 8, 2008

MENGAPA SAYA TULIS BUKU PILIHAN RAYA KE-12?


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

Menjelang pilihan raya ke-12, pada 8 Mac 2008 saya berkesempatan menulis dan menerbitkan sebuah buku politik berjadul “PILIHAN RAYA KE-12 –Mampukah Pembangkang Perintah Malaysia”. Tujuan buku itu dihasilkan untuk mengajak seluruh ahli dan pemimpin PAS dalam semua peringkat supaya berani membuat perubahan bagi menanggani kejayaan.

Teguran dan kritikan dalam buku tersebut lebih bersifat satu pandangan konstruktif dan bukan distruktif(membina bukan memusnah). Harapan saya selaku penulis buku tersebut teramat sangat ingin melihat parti-parti politik pembangkang di negara ini, terutamanya PAS mampu bangkit melakarkan pasarana strategic tektikal pilihan raya secara lebih konsisten dan berkesan. Harapan juga mahu mengajak seluruh kepimpinan parti-parti politik pembangkang agar berani mempertaruhkan prinsip perjuangan demi untuk mencapai matlamat bagi mengejar cita-cita kemenangan. Tiada ertinya menjunjung prinsip dan slogan perjuangan, namun setiap kali pilihan raya parti-parti politik pembangkang sering berkongsi kesedihan dan terpaksa rebah di sepanjang medan pertarungan. UMNO-BN menjadi menatang yang sering menserakahkan parti-parti politik pembangkang terutamanya PAS dan DAP di setiap kali musim pilihan raya.

Tekad dan azam saya ingin melihat pembangkang perintah Malaysia. Saya yakin parti-parti politik pembangkang di negara ini boleh menerajui Malaysia kalau mereka dapat bersatu dan bersama dalam satu saf pimpinan. Iannya menjadi lebih mudah lagi apabila Anwar Ibrahim bersedia untuk mengapalai bala tentera parti pembangkang bertempur dengan parti pemerintah.

Saya mengemukakan gagasan perlu ujudnya system dua parti, politik satu lawan satu, lupakan seketika prinsip perjuangan ideology parti demi mendapat kemenangan. Kalau UMNO-BN boleh bersama dalam komponen 14 parti-parti politik kecil besar, persoalannya kenapakah pembangkang tidak boleh berbuat demikian? Apakah PAS mahu terus mencanangkan slogan Negara Islam yang hasilnya tiada mendatang sebarang kemenangan, pun bagitu juga DAP dengan konsep Malaysian Malaysia yang tebal dengan fahaman cauvanisma mereka. Saya mengajak seluruh pemimpin-pemimpin parti politik pembangkang supaya berani mulakan anjakkan pradigma, buka minda bagi mencetuskan sesatu kejayaan. Apakah pihak pembangkang masuk dalam pentas demokrasi kerana mahu pertahankan prinsip perjuangan ideologi sebaliknya bersedia untuk dikalahkan oleh UMNO-BN sepanjang masa?

Akhirnya saya rasa buku saya membawa tuah apabila seluruh isi kandungan dalam buku tersebut banyak membantu merintis jalan buat parti-parti polilitik pembangkang mencipta kejayaan dan kemenangan besar dalam pilihan raya ke-12. Benar atau tidak apa yang saya nyatakan ini akan terjawab apabila anda membaca buku tersebut. Bagi memboktikan apa yang saya ramalkan dalam buku itu menjadi faktur Barisan Rakyat menang besar dalam pilihan raya 8 Mac 2008. Stok masih ada, PESAN SEGERA KEPADA PENERBITAN JAMALUDIN- BERSEBELAHAN PEJABAT PERTBUHAN PELADANG, KG SAWA KECHIL, PENDANG KEDAH. TEL : 012-5998382 atau EMAIL : jamalmd09@yahoo . Harga asal RM 14.00 Semenanjung Malaysia, RM 19.00 Sabah/Serawak. Diskaun 50%.






1 comment:

mountdweller said...

Salam untuk saudara, saya singgah memenuhi pelawaan saudara. Tahniah kerana saudara salah seorang pencetus perubahan.