Saturday, May 23, 2009

BERSETUJU DENGAN MUSTAFA ALI- UMNO USAH SERTAI PILIHAN RAYA MANIK URAI


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SAYA amat bersetuju sekali dengan kenyataan Datuk Mustafa Ali agar UMNO tidak menyertai pilihan raya kecil DUN Manik Urai bagi mengelak daripada melakukan pembaziran itu amat baik sekali. Justeru itu amat wajar UMNO jangan sertai pilihan raya kecil DUN Manik Urai. Selain terpaksa menghabiskan masa terlalu banyak berpolitiking, masa terbuang dengan sia-sia untuk berkempen sedangkan ianya amat perlu untuk diberikan tumpuan masa tersebut kepada rakyat.

Saya fikir wajar sekali UMNO usaha masuk pilihan raya kecil DUN Manik Urai, memadai berikanlah kemenangan percuma kepada PAS. Kalau UMNO sertai pun diramalkan akan kalah lagi. Sesudah banyak wang akan dibazirkan di Manik Urai, kalah pula. Ini sekaligus akan lebih memalukan lagi parti kerajaan yang memerintah negara sedang ditolak oleh rakyat. Terbaik sekali UMNO ikutlah keputusan yang dibuat di Penanti. Kotakan apa yang diputuskan di Penanti itu sama juga di Manik Urai. Dan kalau UMNO menang pun tidak cukup untuk menjatuhkan kerajaan PAS Kelantan. Sebaliknya jika kalah lagi, pastinya Perdana Menteri, Datuk Najib akan menempah malu yang amat besar. Kerana UMNO kebelakangan ini ashik kalah sepanjang pertarungan.

1 comment:

SUARA RAKYAT said...

Kerajaan PERPADUAN? PAS-UMNO perlu dipertimbangkan. Sekiranya UMNO tidak ikut bertanding di Manik Urai, banyak kebaikan yang ditemukan walaupun belum benar kebaikan tersebut. Sekiranya UMNO tidak masuk, tetap saja calon Bebas akan masuk, tujuan menghemat wang negara tidak tercapai, contohnya di Penanti, wang yang rakyat tetap sahaja terbelanja, kerana bebas tidak membenarkan kursi itu di menangi percuma oleh PKR