
OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)
SELEPAS Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai, kali ini rakyat berpesta lagi di Manek Urai, Kelantan. Kalau sebelum ini saya sentiasa optimis dan berani meramalkan rakyat akan terus mengundi Pakatan Rakyat, tetapi di Manek Urai saya akur kerana tidak berani meramalkan lagi. Sekalipun mood rakyat bersama Pakatan Pembangkang, namun ekoran daripada tercetusnya isu Unity Goverment(Kerajaan Perpaduan) yang membangkitkan ribut kontrovesi dalam PAS dan Pakatan Rakyat akhir-akhir ini ia banyak memberikan impak negatif sekali terdapat PAS untuk kekal mempertahankan DUN Manek Urai Kelantan. Apa pun kali ini saya tidak berani untuk meramalkan lagi, apatah optimis PAS akan menang di Manek Urai dalam pilihan raya kecil akan datang.
Sesungguhnya PAS boleh mendabik dada mereka akan menang berdasarkan mood rakyat mutakhir ini yang sering memilih wakil Pemangkang. Tetapi kesan daripada isu 'Kerajaan Perpaduan' impaknya saya percaya lebih banyak merugikan politik parti Pembangkang. Sedikit sebanyak rakyat yang menyokong Pembangkang ikut tergusar dengan gagasan idea Hj Hadi berhubung dengan Kerajaan Perpaduan kebelakangan ini masih was-was dan terkeliru dengan sikap serta pendekatan politik tersebut.
Kalaulah PAS menyatakan mereka akan menang di Manek Urai, saya cuma berani menyatakan kali ini belum tentu PAS bagitu mudah akan mencatatkan kejayaan sepertimana di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Manek Urai pada saya 50-50 untuk PAS dan Pakatan Rakyat. Isu Kerajaan Perpaduan tetap masih melukakan PAS. UMNO lebih banyak mendapat laba keuntungan daripada idea gagasan yang dilontarkan oleh Hj Hadi itu. Apa pun saya menjadi tidak optimis lagi untuk Pembangkang mencipta kemenangan mudah sesudah Presiden PAS, Hj Hadi dan Timbalannya Nasharudin terjebak dan terperangkap menjadi BONEKA UMNO dalam PAS baru-baru ini. Keputusannya kita serah kepada kebijaksanaan pengundi di Manek Urai untuk memilih UMNO-PAS sebagai wakil mereka dalam pilihan raya kecil akan datang. Pokoknya kali ini saya tidak berani menjadi peramal lagi. Pada saya mungkin PAS akan kalah....di Manek Urai. Maaf saya kepada ahli-ahli PAS.