Sunday, September 20, 2009

BERMULA DUN BAGAN PINANG-HAPUSKAN SISTEM UNDI POS


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SISTEM undi pos Angkatan Tentera Malaysia yang dipraktik selama ini tetap menjadi isu kontrovesi oleh pihak pembangkang memangnya ada alasan munasabah untuk diprotes oleh rakyat dan para pengundi di negara ini. Undi pos ini tetap dianggap tidak praktikal dan relevan untuk diamalkan dalam sistem politik pilihan raya . Tidak praktikal kerana rata-ratanya undi pos selama ini tidak langsung memihak kepada parti Pembangkang sebaliknya ia menjadi eset yang membantu kemenangan pihak parti pemerintah.

Dewasa ini sistem tersebut mula tiada dipercayai oleh kalangan rakyat dan para pengundi di negara ini. Justeru itu ianya perlu diubahsuai bagi menepati kehendak serta cita rasa rakyat yang mahu satu sistem pengundian terbuka oleh anggota tentera bagi menggantikan sistem undi pos yang sedia ada. Kalau sistem undi secara pos itu terus dikekalkan maka ia akan terus dimanipulasi oleh parti pemerintah bagi menjayakan kemenangan mereka untuk mengekalkan teraju pemerintahan negara.

Saya kira relevan sistem undi pos itu digantikan dengan undi terbuka. Beri peluang kepada mana-mana anggota tentera keluar mengundi secara bergilir-gilir. Untuk apa sistem tersebut terus dipertahankan oleh parti pemerintah sedangkan negara kita bukan berada dalam situasi darurat yang memerlukan sistem pengudian pos di kekalkan. Negara aman damai, sebaliknya kenapa pihak kerajaan masih mahu mempertahankan sistem pengudian pos angkatan tentara.

Untuk mempastikan ketelusan kerajaan yang memerintah sekarang di bawah Perdana Menteri satu Malaysia, sudah tiba masanya sistem undian secara pos itu dihapuskan. Selagi sistem undi pos secara tertutup ini diparaktikkan, maka ia boleh terus dimanipulasi untuk parti kerajaan bagi mempertahankan kemenangan mereka dalam kawasan-kawasan yang lebih ramai pengundi pos.

Justeru itu pihak pembangkang dari sekarang hendaklah mempertingkatkan lebih tekanan yang kuat terhadap SPR agar mengemukakan cadangan kepada pihak kerajaan supaya sistem yang tidak praktikal itu wajar dihapuskan dengan menggantikan sistem undi secara bergilir-gilir kepada mana-mana anggota tentara yang bertugas.

Sepertimana yang kita maklum ada kemungkinan akan diwujudkan satu betalion wataniah untuk setiap kawasan Parlimen di negara ini. Dan kalau setiap kawasan Parlimen ditempatkan 4,000 anggota tentera yang mana sekaligus akan membuang undi mereka secara melalui sistem pos, maka kerajaan BN yang dijangka akan tumbang dalam pilihan raya ke-13 akan datang akan terus dapat mempertahankan tumpok kekuasaan pemerintahan mereka di negara ini.

Faktur inilah jika benar-benar berlaku ia menjadi halangan besar buat parti Pakatan Rakyat yang bercita-cita akan mengambil alih teraju pemerintahan negara. Justeru itu Pembangkang jangan melihat undi pos itu seperkara kecil jika mereka benar-benar berhasrat untuk memerintah Malaysia selepas pilihan raya ke-13 akan datang.

No comments: