Monday, December 28, 2009

DISEBALIK TERBENTUKNYA PAKATAN RAKYAT-DAN DILEMA UMNO



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

AKHIRNYA PAS-DAP-KEADILAN berjaya bentuk satu pakatan cuma menunggu keputusan pendaftaran sahaja untuk menjadi Malaysia menuju ke kancah politik baru sistem dwi-parti. Perkembangan terbaru ini amat sekali menakutkan UMNO-BN. Justeru itu UMNO-BN lebih senang jikalau PAS-KEADILAN-DAP terus kekal dengan tradisi tersendiri. PAS akan terus tampil dengan imej eksterimis Islam, DAP meret ke arah mempertahankan Cauvanist Cina dan KEADILAN memperjuangkan agenda Anwar Ibrahim.

Pada saya dengan terbentuknya gabungan Pakatan Rakyat yang dirumus dan dikonvensenkan baru-baru ini menandakan suatu harapan baru ke arah mempercapatkan politik Malaysia Baru. Secara drastiknya politik Malaysia menyeluruh akan memperlihatkan pertarungan satu lawan satu dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Trend terbaru ini cukup berstratejik dan prestej akan memperlihatkan UMNO-BN yang bermasaalah sekarang akan kecundang ke tangan Pakatan Rakyat.

Gabungan PAS-PKR-DAP cukup ideal, pada saya sekiranya trend ini dapat dipraktikan dalam pilihan raya umum nanti, pastinya akan datang kuasa mustajab yang selalu diperkatakan oleh Anwar Ibrahim. Bagi saya, idealisme, strategik, realistik, jika dapat dihayati dan difahami oleh seluruh mekanisme jentera parti dalam Gabungan Pakatan Rakyat. Insyallah UMNO-BN akan tumbang dalam pilihan raya akan datang. Namun, apa yang diperkatakan ini akan capai sasarannya jika kerjaya politik Anwar Ibrahim gagal dibunuh oleh UMNO-BN melalui mahkamah ke dua yang akan membicarakannya Januari ini. Pakatan Rakyat mistilah pertahankan Anwar Ibrahim habis-habisan. Kalau sekali lagi beliau terpenjara alamat pembangkang tiada akan berjaya membentuk apa-apa kerajaan Persekutuan.


No comments: