Friday, December 2, 2016

GABUNGAN UMNO-PAS ANTARA MASA DAN REALITI

 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

KENYATAAN yang tidak dapat ditolak lagi Pas sudah berkerjasama dalam beberapa perkara dengan Umno. Cuma kita menanti keputusan pembentukan permaufakatan tersebut menjadi realiti. Faktor ini diakui masa akan menentukan. Pas boleh menafikan pendekatan itu. Tetapi masyarakat umum, khususnya pemerhati-pemerhati politik akan terus mengintai pergerakan, tutur kata, mimik wajah, sandiwara/lakonan malah segala ruang yang terbuka dengan action-action pemimpin tertinggi mereka.

Denai, jalan, belukar, semak samun sudah dikenalpasti dan kini kita melihat mereka sudah mula menerokai demi merealisasikan misi dan visi politik sejahtera.

Kalau sebelum ini Pas cukup kuat dan lantang sekali mengkritik Umno-BN. Betapa Pas dewasa ini sudah tidak berpendirian seperti dahulu . Politik baru Hj Hadi "Politik matang". Berpolitik tidak mengkritik, tidak menyerang malah mengiakan segala kemungkaran. Kalau dahulu kemungkaran diungkapkan sebagai kezaliman. Kezaliman wajib ditentang, kini Umno diwajarkan ia tidak zalim lagi. Umno itu tidak sezalim Firaun. Kalau si Musa boleh bertandang ke istana si Firaun, tidak bolehkah pemimpin tertinggi Pas diberikan sedikit keiksanan hendak bertandang dan bersua muka barang seketika dengan Najib PM sekaligus sekadar untuk berkenal-kenalan?

Versi puji memuji antara kedua belah pihak sudah bermula. Pas puji Umno dan Umno pula puji Pas. Trend terbaru politik Umno-Pas kini sudah seiaya sekata. Kalau WSJ dedah 2.6 bilion masuk ke akaun Najib, Hadi kata kena ada saksi. Almarhum Harun Din pula katanya " Tak masuk akal". Dulu-dulu Umno sering bersandiwara mengatakan jika Umno kalah hilanglah politik orang Melayu. Sekarang yang mengulanginya pula bukan Umno, tapi Pas, kata pemimpin tertinggi Pas "jika Pas berperang dengan Umno bangsa lain akan perintah Malaysia" Jemaah menganguk tolol semuanya betul dan benar belaka kata-kata hikmah pemimpin mereka.  Yang jahat dan khainatnya Dap dan Amanah. Malah Amanah dilabel lebih teruk lagi buruk daripada Dap. Kenapa Pas jadi bagini?

Politik matang hendaklah seiring antara Umno-Pas. Pastikan Umno kekal kalau tidak Dap perintah Malaysia. Pemikiran jemaah sudah didoktrin dan nampaknya ada kejayaan. Iaitu lawan Dap dan Amanah habis-habisan, tapi jangan berperang dengan Umno berikan kemenangan untuk Umno kerana Pas tidak pergi ke Putrajaya, distinasi Pas matlamatnya bertujuan menelusuri ke pintu syurga, biar Umno menang tidak mengapa, sekalipun Pas kalah dalam demokrasi dunia tetapi mencatatkan kemenangan cukup besar maknanya di akhairat nanti bila diberikan kunci pintu syurga. Jika Dap menang Negara dan orang Melayu/Islam kucir kacar dan rusak binasa. Kalau Umno menang maknanya orang Melayu selamat sejahtera dan islam Pas boleh menumpang ikhsannya. Contoh RUU 355 seburuk-buruk Umno mereka mengsyorkan juga privite bil diusulkan oleh Hj Hadi. Tanda betapa tingginya moral Umno bilamana dalam hal ehwal islam Hj Hadi dipohon restui mengetengahkan usul. Kalau tidak kesampaian pun tidak mengapa, tugas partai islam setakat ini sudah selesai. Dan perjuangan itu sudah diredai ilahi. Tanggongjawab jemaah sudah selamat dipermulaan ini. Umno kesudahannya wajib memikul dan menggalas bebenan itu kerana ia sudah terlepas dari pundak Pas. Bagitulah bijaksananya Pas mencaturi politik, beban-beban dosa hendaklah dilambakkan kepada Dap dan Amanah.

Langkah demi langkah, perjalanan kian dekat. Berpeluk sudah,bersalam pun sudah, bercinta pun sudah. Namun masanya yang  belum kunjung tiba. Tetapi untuk mencair dan melembutkan hati-hati jemaah yang keras membatu. Ia memerlukan sedikit waktu. Akhirnya mereka akan sampai jua.

Selamat tinggal Dap dan salam buat Amanah. Susurilah jalan perjuangan yang ditinggalkan Pas. Dosa-dosa yang ditempah akan disoal dan akan dijawab dengan sebaik-baiknya.. diakhairat nanti. Wassalam......