Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

Anakku sesungguhnya betapa hibanya hati abah dan mak untuk melepaskanmu ke pihak Kolej. Betapa berat untuk merelaikan beban kasih sayang bagi memulakan detik perpisahan denganmu di ketika usia yang masih kecil. Perpisahan ini tentunya akan merempuh jarak masa yang panjang. Air mata berlinangan, perasaan hiba dan sebak di dada abah ditakkala mahu meninggalkanmu di asrama Kolej Tunku Kursiah pada tanggal 6 Januari 2016 sesungguhnyan Tuhan yang maha mengetahui.
Anakku teruskanlah perjuanganmu dalam menuntut ilmu. Redahlah segala kemungkinan gelora dan gelombang besar yang akan datang mencabarimu wahai anakku. Kuatkan perasaan dan mentalmu. Tabahkan diri dan kuatkan iman ditakkala kesepian dan kesunyian datang mengganggui konsterasimu. Ingat pesanan abah wahai anaku. Jangan lagi engkau toleh kebelakang. Di belakangmu tidak apa lagi. Hanya abah dan ibumu memendam rasa kesepian yang berpanjangan di Teratak Cabuk. Kesunyian dan kesepian kami berdua tanpa mendengar lagi celotehmu sesungguhnya amat hiba sekali.
Lupakan ibu dan abah, tingkatkan konsentrasimu wahai anakku. Jangan sesekali bersikap mengalah. Jadikan medan ilmu sebagai pentas juang yang tidak akan mengenal erti makna kekalahan. Ibu dan abah sentiasa mengiringi doa agar engkau berjaya dengan cemerlang wahai anakku.