Saturday, July 19, 2008

KEADILAN UNTUK ANWAR

PERSOALANNYA sekarang Anwar Ibrahim dituduh. Justeru itu kita pinta keadilan perundangan di negara ini terhadap beliau. Rakyat tentunya tidak mahu lagi dipertontonkan dengan ulangan isu tahun 1998/1999 dahulu. Biar polis menjalankan siasatan mereka secara profesional. Menteri-Menteri BN jangan campur tangan.

Apa yang berlaku Anwar mempertahankan haknya. Beliau wajar mempertahankan dirinya dari sebarang bentuk fitnah. Dan polis terus jalankan penyiasatan dengan seadil-adilnya. Biar mahkamah menghukum sama ada beliau bersalah atau sebaliknya. Bukan urusan campur tangan Pak-Pak Menteri. Tetapi yang peliknya Menteri Dalam Negeri, Datuk Syed Hamid nampaknya semakin meracau-racau macam disampuk apa-apa. Wajar peguam Anwar menasihati agar Syed Hamid lebih baik berdiam diri. Jangan membuat kenyataan yang boleh menimbulkan kemarahan rakyat. Soal sempel DNA serah pada Anwar dan polis menyelesaikan. Syed Hamid tidak patut campur tangan seseolah semacam mendesak pihak polis ekoran daripada kenyataannya tempuh hari. Lebih teruk lagi Syed Hamid berhujah di mana sudah ada cadangan untuk membawa rang undang-undang DNA ke Parlimen. Kalaulah ini dibuat dikatakan akan menyalahkan pihak kerajaan. Tetapi inilah cakap-cakap Syed Hamid yang mana sekali gus memperlihatkan beliau semacam amat sangat inginkan Anwar sekali lagi diresuk ke dalam penjara.

Setakat ini rakyat nampaknya boleh terima pendekatan yang diperlihatkan Pak Lah terhadap isu Anwar. Tidak sepertimana diwaktu era pemerintahan Tun Mahathir Mohamad dahulu. Pak Lah memberikan jaminan keselamatan dan keadilan terhadap Anwar dalam isu terbarunya kali ini. Cuma yang celuparnya beberapa Pak-Pak Menteri menyerlah sikap kegugapan mereka terhadap Anwar. Tuduhan-tuduhan sepertimana dikatakan Anwar takut, tidak patut ditimbulkan sama sekali. Ini bukan soal takut atau tidak. Pokoknya Anwar ada pengetahuan dan pengelaman dalam kes yang sama satu ketika dahulu. Soal manipulasi tidak siapa boleh menafikan dalam kes yang sedang diperkatakan sekarang. Namun dalam keadaan apa sekalipun rakyat mengharapkan Anwar diberi keadilan. Baik dari sudut penyiasatan polis dan pendakwaan di mahkamah ia pastinya telus dan profesional.

Untuk masa ini, kita tidak boleh membuat sebarang andaian terhadap Anwar. Dan beliau berhak mempertahankan dirinya dalam ruang legar mahkamah rakyat. Pak-Pak Menteri yang tidak terbabit malah langsung tidak tahu menahu apa-apa, juga wajarnya tidak perlu membuat komen-komen yang boleh mencetuskan kontrovesial sepertimana kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh Menteri Dalam Negeri seseolah sudah melebihi apa yang dikehendaki oleh pihak polis.

No comments: