Saturday, July 26, 2008

MUZAKARAH PAS TERTIPU LAGI


NAMPAKNYA PAS terperangkap lagi. Konon-kononya bermuzakarah secara senyap-senyap, tiba-tiba meletup macam "bom jangka". PAS tidak serik-serik sekalipun berkali-kali ditipu oleh UMNO.

Muzakarah UMNO-PAS bunyinya memang sedap dan baik belaka. Sebaliknya percayalah PAS yang rugi besar. Kenapakah Pak Lah bocur isu pertemuan rahsia UMNNO-PAS selepas pilihan raya ke 12? kerana isu itu lebih menguntungkan politik UMNO semata-mata.

Secara tidak langsung PAS tidak sedar pertemuan dengan umno itu banyak menimbulkan kecelaruan dan tanda tanya dalam Pakatan Rakyat?. Rakyat menyokong PR kerana benci dan muak dengan UMNO-BN. Rakyat mengharapkan PAS dan gabungan parti politik pembangkang bakal menjadi kerajaan alternatif. Meletupnya isu ini ia amat menghiris perasan naluri rakan-rakan dari Pakatan Rakyat(PR). Apabila rakyat mulai yakin dengan politik pembangkang, PAS pula tersilap strategik. Inilah PAS dari dahulu rencana mereka sentiasa boleh dimanipulasikan oleh UMNO-BN.

PAS seringkali alpa dan lalai, di mana UMNO hanya memerlukan PAS dalam waktu-waktu mereka lemah. Kekalahan teruk dalam pilihan raya ke-12 menjadikan servival politik UMNO-BN perlu kepada bantuan tali hayat. Dalam kes ini PAS sentiasa terperangkap dari dahulu hinggalah sekarang. Kenapakah pemimpin-pemimpin PAS berfikiran bagitu? Biarkanlah UMNO terus putus tali hayatnya. PAS kata UMNO tidak bela Islam, tidak bela bangsa dan tidak bela agama. Sedangkan PAS mendabik dada merekalah juara pembala agama, bangsa dan negara. Tiba-tiba bermuzakarah pula pasal hendak menjaga bangsa dan agama. Dalam isu bangsa, agama dan perpaduan Melayu UMNO-PAS tidak boleh berbalah kononnya.

Yang kesalnya saya, apabila orang-orang bukan Islam, baik Cina dan India mula membuka ruang minda mereka lantaran tidak lagi mempercayai parti kaum mereka sendiri sama ada MCA dan MIC, sekali gus membuat satu lonjakan perubahan drastik mencatat sejarah baru politik Malaysia dengan memberikan satu 'protes vote' kepada parti pembangkang melalui satu tsunami besar melanda landskap politik negara yang membawa kepada kejatuhan mengejut empayar UMNO-BN bermula negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan dan gagal mengembalikan Kelantan. Tiba-tiba PAS pula mencipta karenah apabila bermuzakarah dengan UMNO. Apa rasionalnya PAS ekoran hasil daripada keputusan muzakarah dengan UMNO itu selepas ini. Rahsia inilah yang tidak banyak difikirkan oleh pemimpin-pemimpin PAS dewasa ini.

Percayalah masyarakat bukan Islam baik orang Cina dan India malah kalangan orang-orang UMNO sendiri yang bencikan UMNO-BN dan mengalih perhatian mereka untuk berjinak-jinak dengan parti Pakatan Rakyat akan merasai kecewa serta prasangka dengan sikap kepimpinan PAS hari ini. Saya percaya sedikit sebanyak ianya memberikan adventage kepada UMNO-BN dan yang rugi adalah PAS itu sendiri.

Inilah kecelaruan pemikiran pemimpin PAS masakini. Memanglah niat baik untuk bermuzakarah dengan UMNO. Tetapi apakah PAS sanggup kehilangan undi-undi yang sekian banyak diberikan kepercayaan kepada parti Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 lalu akan beralih semula kepada UMNO-BN dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Saya percaya kalau sikap sedemikian inilah yang menjadi amalan politik pemimpin PAS di era Ustaz Hadi, tunggulah musibahnya balasan yang akan menimpa PAS ekoran daripada keputusan bermuzakarah dengan UMNO baru-baru ini.

Persoaalan yang ada di hadapan PAS sekarang, hendak jaga UMNO bagi mereka terus memerintah di negara ini ataupun perkukuhkan Pakatan Rakyat dan kita pasti perintah Malaysia dalam pilihan raya akan datang. Inilah fokas PAS dan Pakatan Rakyat. Jangan tergila-gila hendak berpeluk cium dengan UMNO-BN yang banyak menodai PAS. Dalam keadaan apa sekalipun pastinya isu bersabit dengan muzakarah ini menguntungkan UMNO dan merugikan PAS. Apakah pemimpin-pemimpin PAS seperti Ustaz Hadi, Mustafa Ali, Nasharudin Mat Isa, Khalid Samad tidak peka dengan permasalahan ini?. Percayalah selepas ini orang-orang UMNO yang mengundi Pakatan Rakyat kerana tidak yakin dengan pemerintahan sekarang, akan beranggapan PAS juga serupa. Justeru itu lebih baik mereka kembali menyokong UMNO-BN dalam pilihan raya ke- 13 akan datang. Pun bagitu juga dengan orang-orang Cina dan India, apa kata mereka PAS juga KONG KALIKONG, sama macam UMNO juga. Dan mereka juga akan pasti kembali kepada MCA da MIC. Maka tinggallah PAS dengan retorik mereka ke langit tidak kesampaian ke bumi tidak berpijak lagi. Percayalah Pakatan Rakyat dan PAS itu sendiri akan pasti kehilangan besar dalam pilihan raya akan datang. Saya amat kasihani Menteri Besar Kelantan yang sudah mengidu ciuman yang dilakukan pimpinan atasan. Isu ini juga amat mengecewakan, terutamanya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang serta ramai lagi tokoh-tokoh PAS yang amat tidak bersetuju dengan keputusan bermuzakarah dengan UMNO itu.