Friday, September 19, 2008

SELAMATKAN ANWAR


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

PETANDA awal ekoran kenyataan Perdana Menteri Pak Lah bahwa Penasihat Parti Keadilan(PKR), DSAI sebagai satu ancaman terhadap ‘ekonomi dan keselamatan negara’ ianya seperkara yang amat serios sekali untuk dimenung bersama seluruh rakyat Malaysia. Kenyataan ini saya fikir amat merbahaya malah satu amaran terhadap Anwar Ibrahim itu sendiri?

Ramai sudah mula menjangka Anwar Ibrahim selepas ini akan ke Sungai Buluh semula?Ada kemungkinan besar ‘bon peribadi’ jaminan dirinya akan ditarik balik apabila mahkamah bersidang pada 24 September ini. Saya tidak pasti apakah ekoran daripada kenyataan Pak Lah sudah menggambarkan bahawa Anwar Ibrahim tidak bebas lagi di negara ini. Dakwaan ancaman terhadap ‘ekonomi dan keselamatan negara’ akan lebih membuka ruang pihak pemerintah memerangkapkan Anwar ke dalam ISA.

Justeru itu tidak pilihan lagi bagi Anwar, melainkan mempercepatkan lagi agendanya bagi membentuk kerajaan baru sepertimana yang di war-warkan. Kalau ini gagal alamat kedudukan Anwar Ibrahim amatlah tidak menentu. Kemungkinan di ISA ataupun terperangkap sekali lagi dalam bicara kes liwat ke 2 yang sedang dihadapinya kini.

Sekalipun pembentukan kerajaan baru oleh Pakatan Rakyat(PR) belum menjadi kenyataan. Namun, tarikh 16 September itu merupakan titik permulaan(tuning point) di mana diramalkan kerajaan BN sekarang akan tumbang bila-bila masa. Kita percaya Anwar sudah mempunyai angka yang mencukupi bagi membentukan kerajaan Pakatan Pembangkang. Mungkin masalah teknikalnya di sama sini perlu diperbetulkan. Kegusaran kerajaan sekarang kian jelas. Mendakwa Anwar sebagai perusak ekonomi dan mengencam keselamatan negara merupakan nada amaran keras yang mana Anwar tidak selamat lagi. Misi politiknya akan dibunuh sekali lagi. Oleh itu Pakatan Rakyat hendaklah berusaha secepat mungkin membentuk kerajaan baru yang sedang dinantikan oleh rakyat di negara ini. Selamatkan Malaysia!!!!!!



4 comments:

Mat Zahari Ali said...

asmk

memang mcm tulah ceritanya keadaan orang yang sedang kelemasan. dia akan capai apa saja. selagi ada jalan dia akan buat. haram halal soal kedua dan ketiga.

sila ke blog saya
zikrijilani.blogspot.com - Jejak Jebak

abdrahim kassim said...

Sdr. Jamaludin,

Buat sementara ini susah sedikit Anwar nak tubuhkan kerajaan kerana PAS tak mahu sokong kerana alasannya kerusi orang bukan Islam lebih banyak dari kerusi orang Islam dalam Pakatan Rakyat.

Itu hak PAS. Dia nak sokong ke tak nak sokong ke. Tidak ada siapa boleh paksa dia.

Tetapi rakyat akan pertikaikan kebijaksanan parti itu.

Saya percaya rakyat akan membuat penilaian terhadap PAS dalam PRU ke 13 nanti.

azlishukri said...

salam singgah. selamat hari raya maaf zahir batin

mn said...

Salam Bro,

Selamat Hari Raya Aidil Fitri maaf zahir batin.