Monday, October 6, 2008

HADI-JANGAN IKUT TELUNJUK MUSTAFA


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

NAMPAKNYA PAS dari dahulu hingga sekarang tidak hemah dalam berpolitik. Faktur inilah yang menyebabkan PAS sering dilandai kekalahan demi kekalahan dalam setiap musim pilihan raya. Saya tidak nampak gambaran bagaimana PAS mampu memerintah negara. Kalau tanya orang-orang PAS mereka berhujah dengan pertolongan Tuhan PAS boleh perintah Malaysia.

Saya gembira kemudian sedih dengan sikap dan pendirian PAS. Gembira kerana dapat bersama dengan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya ke-12 hingga mampu mencatatkan suatu sejarah di mana parti pembangkang berjaya menamatkan era menopoli BN yang menguasai 2/3 sudah berakhir. Lantaran dengan suatu kejutan yang tidak pernah dijangka di mana pembangkang mampu membentuk kerajaan di lima buah negeri dan memang di Wilayah Persekutuan. Ini khabar yang sungguh mengembirakan sekali. Saya percaya tanpa bersama dalam Pakatan Rakyat PAS jangan mimpi dapat memenangi sejumlah kerusi yang diperolihi dalam pilihan raya umum yang lalu.

Sedih kerana terdengar perlbagai ragam dalam PAS yang sudah mula mempertikaikan kedudukan dalam Pakatan Rakyat sekarang. Kalau ini sikap PAS, tunggulah pilihan raya umum ke-13 akan datang rakyat akan mengubah nasib parti yang banyak karenah itu. Tanpa Anwar Ibrahim politik Malaysia lesu tidak bermaya. Percayalah PAS menang sekarang kerana faktur pengaruh Anwar. Tanpa Anwar memimpin Barisan Rakyat PAS pastinya tidak akan dapat mengecapi nikmat kemenangan sekecil itu. Kemenangan yang belum membolehkan pembangkang memerintah Malaysia sudah menjadikan PAS mulai kehilangan punca.

Selama penglibatan PAS lebih 50 dalam persada politik demokrasi di Malaysia parti tersebut gagal menjana kemenangan besar. Tidak siapa yang mahu menyokong PAS, kecuali kelompok kecil umat Melayu yang cenderung ke arah Islam. Kelompok kecil ini tidak manpu membantu PAS untuk mencipta kemenangan besar, apatah lagi menyimpan hasrat hendak memerintah negara.

Orang-orang PAS jangan harapkan Ustaz Hadi atapun Nik Aziz manpu mencetuskan satu kejutan yang boleh membawa PAS memerintah Malaysia? Tetapi Pakatan Rakyat yang dipimpini Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim mampu membawa sesatu kejutan dan perubahan ke arah Malaysia baru. Senario baru-baru ini angkara dari beberapa pemimpin PAS yang di kepalai oleh Mustafa Ali dalam apa yang dikaitkan dengan isu muzakarah dan mubakalah sudah menampakkan tanda terang dan jelas sikap PAS yang amat mengecewakan sekali. Gambarannya sudah ada usaha untuk menyekat Anwar daripada menerajui negara dengan membawa PAS berkompromi dengan UMNO dan membentuk kerajaan. Justeru itu dalam PAS sekarang sudah ujud dua kelompok. Satu memihak kepada Anwar Ibrahim dan satu tidak bersetuju dengan Anwar. Dan perang kelompok dingin dalam PAS itu sudah bermula. Akibat perang senyap itu akan mengundang musibah yang akan menimpa parti Islam itu dalam pilihan raya akan datang. Kita tunggu dan lihat nasib PAS tidak segemerlap hari ini.

2 comments:

Pengasas said...

Salam,
Terima kasih kerana berkunjung ke laman saya yg tidak sepertinya. Selamat Eid Mubarak.
Insya Allah saya akan berkunjung lagi.
Salam.

yanmaneee said...

air jordan
supreme hoodie
cheap jordans
yeezy 380
curry shoes
curry shoes
jordan 6
yeezy
yeezy supply
goyard