Friday, November 21, 2008

DUNIA MENANTI SENTUHAN OBAMA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
BAKAL Presiden baru Amerika Syarikat(AS), Barack Obama akan mengganti George W. Bush kini sedang menjadi perhatian dan tumpuan dunia. Lebih-lebih lagi dari dunia Islam itu sendiri yang mengharapkan Obama sesatunya pemimpin dunia dari AS mampu menanggani kemelut peperangan berpanjangan antara masyarakat Islam Pelastin dengan Isreal, penaklukan dan penjajahan kuasa Amerika di bumi Iraq dan campurtangan di bumi umat Islam di Afghanistan. Isu ini amat besar dan berat sekali yang akan menguji keupayaan dan kemampuan Barack Obama apabila mengambil alih pentadbiran di Rumah Putih nanti.

Satu perkembangan positif telah ditunjukkan Obama di mana satu langkah drastic akan diperlihatkan oleh beliau yang membezakan pentadbiran AS keluar dari pengaruh doktrin Bush. Pertama kata Obama, beliau berikrar menarik balik tentara Amerika dari Iraq dan menutup pusat penyeksaan tahanan umat Islam di kem Teluk Guantanamo yang penuh dengan kontrovesi selama ini. Harapan awal Obama itu ianya memulakan satu era baru perubahan pergolakan antara dunia Islam dengan kuasa besar Amerika. Pada saya setidak-tidaknya ia turut mengurang krisis pertikaian antara masyarakat ISLAM dengan BARAT.

Dunia umumnya mahukan keamanan bukan peperangan. Apakah Obama bakal Presiden Amerika yang mewakili kaum kulit hitam mampu menjadikan masyarakat antarabangsa, lebih-lebih dunia Islam itu sendiri dapat merasakan di mana era pentadbirannya tidak ada lagi peperangan dan pembunuhan berpanjangan antara Amerika Syarikat dengan negara-negara umat Islam terutama sekali dalam menanggani krisis dan kemelut politik yang berpanjangan di bumi Timur Tengah yang sering menjadi medan ujian percaturan politik antarabangsa sekian lama mengundang kes-kes pembunuhan besar di bumi umat Islam Pelastin sejak tahun 1948 antara bangsa Yahudi dengan rakyat Pelastin tidak ada formula penyelasaian yang mampu ditanggani oleh bekas-bekas Presiden Amerika Syarikat sebelum ini. Dalam konteks ini dunia sedang menanti sentuhan Obama.

Obama mistilah kejutkan dunia dan kembalikan keamanan. Sekalipun sukar bagi Obama untuk menamatkan krisis peperangan antara Yahudi-ziones dengan umat Islam Pelastin. Kerana kemenangan Obama dipercayai didorong kuat oleh kumpulan Yahudi Amerika akan menyukarkan Obama merumuskan polisi-polisi dasar luar Amerika Syarikat bagi menamatkan era peperangan berpanjangan antara Barat dengan Islam.

Obama yang dilihat oleh dunia sesatunya pemimpin politik kuasa besar Amerika Syarikat yang lebih baik daripada pemimpin-pemimpin terdahulu dipercayai sekurang-kurang beliau mampu membawa perubahan baru ke arah keamanan dunia dari kacau bilau dan peperangan yang berlarutan lagi berpanjangan.

No comments: