Tuesday, November 25, 2008

HARAPAN MASIH ADA-KHALID JANGAN TINGGALKAN PAS


OLEH: JAMALUDIN MD.ISA

EKORAN perkembangan terbaru politik PAS negeri Selangor yang menggugurkan Sdr Khalid Samad sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri agak mengemparkan juga. Tetapi proses perlantikan dan pengguguran dalam persaingan politik adalah perkara biasa. Justeru itu saya pinta Sdr Khalid kuatkan semangat dan istaqimah. Tidak seharusnya rasa gusar dan gementar dalam penyingkiran itu.

Tuan tidak perlu berundur dari PAS. Saya yakin komitmen anda bersama PAS sejak kira-kira 25 tahun lalu yang ketika itu anda sedang menuntut di luar negara tiada semudah begitu rapuh sekalipun pengaruh peningkatan anda cuba dipatahkan. Apa salahnya anda dikatakan kian rapat dengan DSAI. Apa salah kita dalam sama pakatan untuk berbaik dan berkerjasama? Inilah kekacauan dalam pemikiran pemimpin-pemimpin PAS. Saya takut rakyat yang bagitu bersemangat untuk menolak keluar pemerintahan kerajaan BN dalam pilihan raya umum akan datang bertukar menjadi kecewa dan terkejut dengan gelagat kita dalam parti Pakatan Rakyat.

Tanpa Anwar Ibrahim, PAS sukar untuk melebarkan jaringan perjuangan. Percayalah Sdr Mohamad Sabu. Kekuatan anda berceramah yang diikuti puluhan dan ribuan pengunjung ia tiada mampu merubah landskap politik Malaysia. Hakikat politik pembangkang mutakhir misti tidak seharusnya terpinggir daripada arus politik perdana yang mampu dicetuskan gelombang kebangkitan cuma Anwar Ibrahim sahaja. Janganlah kita harapkan Ustaz Hadi, Lim Kit Siang, Karpal Singh, Nik Aziz, Hassan Ali, Mohamad Sabu, percayalah mereka tidak mampu mencetuskan momentum baru yang memungkinkan membawa tsunami politik terbaru dalam pilihan raya ke-13 akan datang. Kepimpinan Anwar Ibrahim amat relevan dan manpu diterimai oleh pelbagai lapisan masyarakat dan rakyat pelbagai kaum di negara ini.

Tiada salah saya fikir Sdr Khalid berbaik-baik dengan Anwar. Malah contuh itulah yang kita kehendaki dalam Pakatan Rakyat agar hubungan dan komunikasi sesama pemimpin dan ahli dalam PR dapat dilihat oleh rakyat di luar pakatan bahawa parti Pakatan Rakyat mampu mencetuskan perubahan bukannya perbalahan.

Mengingatkan Sdr Khalid, anda jangan tinggalkan PAS. Kepimpinan tuan masih diperlukan sekalipun proses hari ini anda terkeluar dan tersingkir dari saf kepimpinan negari Selangor yang diterajui Dr Hassan Mohamad Ali. Namun, anda perlu tingkatkan istiqamah, dan saya percaya selepas ini anda pasti kembali semula dalam heraki tertinggi Parti Islam Se Malaysia(PAS). Selamat berjuang.

No comments: