Sunday, December 7, 2008

HANYA ANWAR MAMPU MEMBAWA KEMENANGAN PAS DI KUALA TERENGGANU

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

PILIHAN RAYA kecil Parlimen Kuala Terengganu bakal diadakan dalam bulan Januari depan pasti ianya turut menyaksikan pertarungan hebat antara dua musuh tradisional UMNO-PAS. Mengikut tred perubahan politik orang-orang Melayu yang sudah mula berani menolak UMNO dalam pilihan raya umum ke-12 lalu dipercayai masih berterusan hingga ke hari ini. Dan Kuala Terengganu akan mempertontonkan kepada kita sekali lagi apakah trend protes undi(swing vote) akan berlaku sekali lagi dalam pilihan raya kecil di negeri penyu bertelur itu.

Saya optimis PAS boleh mencipta kemenangan di Kuala Terengganu sekiranya Anwar Ibrahim turun sepenuh masa di sama? Tetapi, apakah ianya boleh berlaku kerana tentunya Datuk Mustafa Ali selaku Pengarah Pilihan raya PAS dikatakan tiada bagitu intim dengan Anwar mutakhir ini. Saya percaya pada 24 April 1999 lalu, PAS berjaya memerintah negeri Terengganu, bukan kerana pengaruh kekuatan Ustaz Hadi dan Mustafa Ali, sebaliknya faktur Anwar waktu itu yang memberi peluang PAS perintah Terengganu.

Pada dasarnya perubahan sikap orang Melayu meninggalkan UMNO mengundi pembangkang bukan kerana kekuatan PAS. Tetapi, pengaruh Anwar Ibrahim. Sedikit sebanyak PAS harus berterima kasih kepada Anwar . Tanpa musibah yang menimpa Anwar pada tahun 1997/1998 hingga sekarang tidak mungkin kita manpu menafikan mojoriti 2/3 yang menjadi milik dominasi UMNO selama ini.

Anwar Ibrahim merupakan ikon politik besar yang manpu mencetuskan perubahan landskap politik negara. Anwar berupaya merentasi eleman perkauman dan bangsa. Kekuatan yang dimiliki Anwar ini menjadi faktur utama hala tuju politik pembangkang di negara ini. Tanpa kekuatan sepertimana yang diperlihatkan oleh Anwar saya percayai rakyat tidak yakin untuk bangkit mencetus reformasi perubahan.

Justeru itu tanpa Anwar di Kuala Terengganu terlalu sukar bagi PAS untuk mencipta kemenangan di dalam pilihan raya kecil akan datang. Inilah yang perlu dianalisi dan diperhalusi oleh pemimpin PAS negeri tersebut. Dalam isu ini hubungan antara Ustaz Hadi dengan Anwar tiada timbul masalah. Tetapi, Mustafa agak menyukarkan Anwar untuk bertempur di Kuala Terengganu. Aktivis muda seperti Dr Syed Azman Syed Nawawi tokoh baru PAS Terengganu yang lebih terbuka dengan Anwar menjadi harapan kita untuk beliu mendekati Anwar bagi merancakkan pentas politik pilihan raya kecil Kuala Terengganu.

Pada saya Anwar bukannya satu jaminan bagi mempastikan PAS memang di Kuala Terengganu. Tetapi, kita percaya mutakhir ini Anwar Ibrahim merupakan sesatunya pemangkin bagi mencetuskan perubahan sekali gus pencipta kejayaan. Kuala Terengganu misti memenuhi kehadiran Anwar bagi mengolah swing vote para pengundi di sana. Anwar Ibrahim yang berjiwa besar tiada akan terikut-ikut rentak tari Mustafa Ali yang tidak turun ke Permatang Pauh se waktu pilihan raya kecil bagi membantunaya dulu. Atas dasar permaufakatan dan jangan sesekali kita memperlihatkan kelemahan di saat-saat rakyat sedang memihak kepada kita. Masa inilah kita(PR) perlu merebut peluang yang sedang melintas dihadapan. Andaikata kita ashyik mempercaturkan perbezaan-perbezaan kecil yang tiada seiaya dan sekata akhirnya kita akan mengabai dan melepaskan bagitu sahaja peluang-peluang yang sudah hampir menjadi milik kita bersama. Apakah Datuk Mustafa Ali mahu melihat ini berlaku di Kuala Terengganu? Dan kalaulah PAS tidak menang di sana percayai UMNO yang hampir tenggelam akan merasakan bahtera mereka akan timbul semula. Dan Kuala Terengganu menjadi medan ujian penentuan apakah orang-orang Melayu masih menyokong UMNO dalam saat-saat UMNO cukup bercelaru dan tidak ketentuan hala tuju ekoran kesan kekalahan teruk mereka dalam pilihan raya ke-12 yang lalu.

1 comment:

Anonymous said...

sdra jamaludin
melihat tajuknya saja membuktikan sdra fanatik tak tentu hala kepada anuar.

kemenangan pas sebelum anuar pun dah menang. waktu anuar dalam umno pun pas dah menang.

ini datu dakwaan yang sangat tidak tepat.
-awang