Thursday, February 5, 2009

JATUHNYA PR BUKAN ATAS KEMAHUAN RAKYAT


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

KEMELUT politik negeri Perak cukup memalukan. Natijah paling adil hendaklah kembalikan mandate kepada rakyat membuat pilihan raya semula. Pembesar negara tiada harus memihak. Bubar Dewan Undangan Negeri dan pilihan raya semula adalah mandate rakyat yang sebenar untuk memilih mana-mana kerajaaan yang dikehendaki.

Peralihan kuasa yang cukup hina dengan mengenepikan kehendak rakyat. Yang melompat bukannya pengundi.Tetapi, calun-calun pilihan rakyat yang telah diugut dan dibeli. Rakyat di negeri Perak tiada menolak kerajaan Pakatan yang memerintah negeri tersebut. Penyelesaian kemelut politik yang memalukan itu dapat dibersihkan dengan mengembalikan mandat semula kepada rakyat negeri Perak untuk memilih mana-mana kerajaan yang bakal mentadbir negeri tersebut dengan membubarkan DUN serta pilihan raya semula. Para pembesar hendaklah adil dan saksama. Kalau tiada institusi pembesar hilang kepercayaan dan keyakinan rakyat sebagai tempat bernaung dan berlindung.

UMNO mendabik dada mereka mojoriti sekarang. Pada saya selagi tiada dikembalikan kepada rakyat hak mereka untuk membuat pemilihan semula, ia tiada menggambarkan rakyat di negeri Perak menolak kerajaan Pakatan Rakyat. Trend politik sedemikian amat kotor dan memalukan sekali. Rakyat berpijak dengan sistem peralihan melalui proses demokrasi yang adil dan saksama dalam menentukan hak mereka. Bukan wakil yang melompat ke sana ke mari yang mencemarkan hak yang diberikan oleh pengundi kepada mereka sebagai pembesar negara.

No comments: