Friday, February 20, 2009

PERCATURAN POLITIK UMNO HARI INI-KESAN POLITIK PEMBANGKANG DI HARI ESUK







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SENARIO politik Malaysia mutakhir, memperlihatkan kepada kita seluruh rakyat di negara ini akan membuat anjakan(kejutan) paling besar dalam pilihan raya umum akan datang. Rakyat jelata sudah memahami kuasa mereka(people power). Kuasa sebenar adalah di tangan mereka. Hanya memerlukan swing vote sahaja yang boleh menjatuhkan kerajaan UMNO-BN tanpa perbalahan dan kekecohan seperti apa yang berlaku di negeri Perak baru-baru ini.

Politik liwat, bogel, lompat, rasuah, ugut, jelas berligar dan berkisar dalam kamar gelanggang UMNO. Sejarah pernah memboktikan UMNO-PERIKATAN berjaya menjatuh kerajaan PAS Terengganu selepas pilihan raya 1959 melalui tektik politik LOMPAT. Kerajaan PAS Kelantan (1977-1978) ekoran krisis politik Asri-Nasir. Tercetus demontrasi besar-besaran di Kota Baharu membawa kepada kerajaan MEGERAN, pilihan raya semula, maka berakhir kerajaan PAS Kelantan pada waktu itu. Pun bagitu juga di Sabah, politik lompat, maka jatuhnya kerajaan PBS di sana. Dan terakhir tumbangnya kerajaan Pakatan Rakyat di Perak. Politik busuk yang menafikan suara rakyat baunya MENERJAH SAMPAI HUJUNG KE LANGIT.

Mohon saya buat parti-parti dalam Pakatan Rakyat jangan bermain politik macam UMNO-BN. Politik kita jenarasi baru hujah lawan hujah. Kemukakan cadangan dan padangan yang tuntas lagi konkrit untuk rakyat membuat penilaian. Hormati suara rakyat. Kerana saya optimis undi yang ada ditangan rakyat sahaja yang akan mengalahkan UMNO-BN satu demi satu dalam pilihan raya akan datang. Itulah kekuatan yang boleh mengajar UMNO betapa peritnya erti kekalahan. Saya percaya politik yang dimainkan UMNO itu akan memusnah harapan mereka sendiri untuk pulih semula setelah bahtera roboh teruk dilanda tsunami pilihan raya ke-12 , 8 Mac 2008 yang lalu.

Kepada pemimpin PAKATAN RAKYAT binalah ciri-ciri jatidiri yang merentasi elemen bangsa, agama, dan parti. Jatidiri inilah merupakan eset penting demi memperlanjutkan survival politik masakini. Biarkan UMNO-BN berpesta keseronokan apabila mereka berjaya menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat di Perak melalui politik yang menafikan kehendak rakyat. Saya percaya mood rakyat rata-ratanya bersama Pakatan Pembangkang yang akan menjatuhkan kerajaan UMNO-BN melalui kuasa mereka akan diterjemahkan melalui proses kertas undi(swing vote), secara halal dalam pilihan raya akan datang.

Pada saya UMNO sebenarnya masih belum berupaya memulihkan masalah dalam mereka. Kejutan dengan strategi politik LOMPAT KATAK di negeri Perak, adalah bersifat sementara. Mereka boleh berpesta, dengan nada suara angkuh menyatakan rakyat sudah kembali kepada mereka, sebenarnya itu adalah nada suatu ilusi yang akan mengundang petaka yang lebih besar dalam politik UMNO akan datang. Dalam konteks politik yang berlaku di negeri Perak, rata-ratanya simpatik rakyat lebih memihak kepada Barisan Pembangkang. Sebab itu alas an saya berhujah, di mana rakyat yang sudah pintar nyata mereka sedar bahawa perubahan boleh mereka lakukan melalui mata pen di atas kertas, sepertimana mereka menguasai informasi terkini dengan menjentik di hujung jari mereka sudah boleh merentasi dunia.

Jenarasi inilah yang menentukan politik Malaysia masa depan. Bukannya politik busuk seperti agenda liwat, sumpah, bogel, rasuh, bujukan dan ugutan. Ini merupakan sampah seranah politik mainan UMNO yang amat tiada digemari rakyat dewasa ini. Tetapi, pendekatan politik ala UMNO yang sedang dipertontonkan kepada rakyat masakini, ianya turut memberikan intrest keuntungan akhirnya lebih memihak rasa simpatik rakyat kepada kumpulan pembangkang.
BERSORAKLAH ANDA HARI INI – KECEWA MELANDA ESUK HARI. Bersama kita menanti pilihan raya ke-13, pastinya anjakan(kejutan) besar melanda politik Malaysia?????

1 comment:

asalbayu said...

KUSUT
Menafi penawar tiap penyakit
barangkali satu dosa
sekalipun cuma sekuman
begitu situasi sedang berlangsung
kusut yang sedang dirungkai
kian erat membelit.


ABDUL HALIM YAACOB (2402209)
Pinggiran Alor Setar
http://asalbayu-kutipan.blospot.com