Tuesday, April 7, 2009

KEKALAHAN MEMALUKAN UMNO


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEBELUM pengumuman tarikh 7 April 2009. Saya dalam blog ini mencoretkan keyakinan bahawa UMNO-BN akan kalah lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Tahniah kepada Datuk Ir Mohamad Nizar Jamaludin yang memperolihi undi 21,860 mengalahkan calun BN Ismail Saffian 19,071 dengan mojoriti sebanyak 2,789 undi serta juga kepada calun PKR S. Sivakumar di Bukit Selambau mendapat undi 12,632 yang berjaya mengalahkan calun BN S Genesan 10,632 dengan mojoriti 2,403 undi.

Tamparan hebat buat UMNO yang terpaksa menempah kekalahan demi kekalahan ekoran badi tsunami pilihan raya umum 8 mac 2008. Tiada pernah tercatat dalam sejarah politik pilihan raya di negara ini sejak tahun 1955 UMNO terpaksa menerima tamparan kekalahan yang cukup memalukan sekali. Bermula di Permatang Pauh, Kuala Terengganu, terkini Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Itu pun mujur terselamat di Batang Ai, Serawak.

Peranan Anwar Ibrahim sebagai ikon politik pembangkang masakini merupakan perancang penampilan dalam politik baru bersama Pakatan Rakyat merupakan pencetus agenda perubahan serta mempunyai mekanisme politik cukup berprestej dan strategik. Faktur Anwar cukup kekuatan menyakinkan rakyat melakukan swing vote lantaran mencetus agenda perubahan politik baru di negara ini.

Saya melihat trend kekalahan UMNO-BN akan berterusan, lebih-lebih lagi orang-orang Cina dan India sudah dapat bersama-sama dengan PAS. Faktur inilah meruapakan punca utama kekalahan UMNO-BN. Di sebalik itu UMNO menjadi juara pencetus agenda perkauman menjadikan kaum-kaum lain mulai bimbang dengan politik perkauman ala UMNO itu. Maka pilihan terbaik di hadapan mereka ia itu mengalih ke pihak PAS. Lebih-lebih lagi adanya Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat, ini lebih meyakinkan mereka. Inilah perubahan besar dalam politik Malaysia sekali gus menjadikan saya lebih optimis merasakan dari masa ke semasa UMNO-BN akan terus kalah dan akhirnya mereka akan kehilangan dominasi politik lantaran tiada berupaya lagi mempertahankan status quo meraka untuk kekal memerintah Malaysia dan Pakatan Rakyat akan mengambil sesudah pilihan raya ke-13 akan datang.

2 comments:

http://selepas-oku.blogspot.com/ said...

kepada orang2 AMENO meh keluar dari dacing,kita buat bulatan....

Unknown said...

Sudah terang lagi bersuluh. Umno bukan lagi pilihan. Rakyat pun pandai fikir. Takkan mereka nak terima pemimpin yang terima tuduhan rasuah, tuduhan terlibat kes bunuh....