Saturday, April 4, 2009

BUKIT SELAMBAU MOOD RAKYAT BERSAMA PKR

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEPETANG perjalanan saya ke seluruh kawasan DUN Bukit Selambau, singgah pada malam 3 April di Pekan kecil kerana kebetulan ceramah malam itu kemuncaknya disertai Tok Guru Nik Aziz dan Anwar Ibrahim. Ribuan manusia dalam rintikan hujah lebat tiada berganjak mengikuti ucapan pemimpin Pakatan Rakyat.

Gema laungan suara reformasi dan makkal sakti akan mengajar UMNO-BN di Bukit Selambau. Saya lihat mood perubahan pengundi di Bukit Selambau pada 8 Mac 2008 masih berterusan dan mengulangi optimis saya Bukit Selambau akan terus dikuasai Pakatan Rakyat. Rakyat benci kepada kezaliman, rasuah dan kekayaan pemimpin negara. Kesedaran ini mulai bangkit dan rakyat khususnya di Bukit Selambau sudah muak dengan janji-janji UMNO-BN. Lonjakan perubahan swing vote akan kita saksikan UMNO-BN akan kecundang lagi.

Faktur perubahan paling besar kerana berlakunya lonjakan pengundi kaum Cina dan India yang sebelum ini dimonopoli UMNO-BN sudah berakhir. Sebab itu dalam kajian saya di kawasan bercampur Melayu-Cina-India. Harapan UMNO-BN untuk mempertahankan kemenangan selama ini sudah terhakis. Percayalah Bukit Selambau sudah hampir pasti dalam tawanan Pakatan Rakyat. Rakyat sudah muak dengan politik perkauman. Politik yang lebih terbuka dan merentasi elemen perkauman, etnik, kaum dan bangsa kini menjadi pilihan rakyat. Kalau sebelum ini orang-orang Cina dan Indian cukup takut dengan PAS. Tetapi, realitinya UMNO-BN harus belajar di mana politik masakini menjadikan orang-orang Cina dan India mulai selesa bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat.

Politik kesedaran yang berpaksikan kuasa rakyat, reformasi dan makkal sakti tiada manpu dihadapi UMNO-BN dengan longgokan wang yang bertaburan. Materialisme yang menjadi umpanan politik UMNO-BN di setiap musim-musim pilihan raya sudah tiada menjadi lagi. Inilah kelebihan Pakatan Rakyat dan kelemahan UMNO-BN dalam mengharungi masa depan politik Malaysia.