Wednesday, April 8, 2009

MAMPUKAH UMNO PULIH SEMULA???



OLEH: JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

SELEPAS pilihan raya umum pada 8 Mac 2008 dan bermulanya era pilihan raya kecil, Permatang Pauh, Kuala Terengganu, Bukit Gantang, Bukit Selambau dan Batang Ai. Jelas memperlihatkan kepada kita UMNO-BN kecundang 4-1. Sejarah UMNO tiada pernah kecundang sedemikian teruk selepas ianya dilanda tsunami politik Mac 2008. Saya menganalisis punca-punca kekalahan UMNO-BN yang terserlah sukar lagi untuk mereformasi sindrom dalam parti orang-orang Melayu itu.

Kalau tiada penawar mujarab, maka kita akan saksikan betapa UMNO akan mengalami detik-detik kesukaran untuk mempertahankan status quo dan survival politik mereka mutakhir ini. Dan yang pastinya parti alternatif, Pakatan Rakyat diterajui Datuk Seri Anwar Ibrahim akan kembali mengambil alih kuasa pemerintahan negara selewat-lewatnya selepas pilihan raya ke-13 akan datang.

Gelombang sentimen Makkal Sakti dan Kuasa Rakyat kini sudah mampu ditranformasi melalui protes 'swing vote' dalam peti undi oleh jenerasi mendatang. Angin perubahan politik masakini akan lebih kelihatan terserlah memberikan 'adventage' kepada parti oposisi. Lebih-lebih lagi dewasa ini sudah terlihatnya tanda-tanda rasa ketidaktakutan orang-orang Cina dan India untuk memberikan undi mereka kepada PAS dan KeAdilan turut sekali mencernakan suatu jurang interpertasi semakin menyukarkan UMNO-BN untuk terus servis dominasi politik mereka di negara ini.

Rakyat menolak UMNO-BN melalui anjakan gelombang reformasi politik setelah bermulanya momentum kesedaran meroboh rangkaian penidasan dan penguasa zalim serta saudagar kaya memunggah kazanah negara, lantaran mereka mempergunakan suara Makkal Sakti dan 'People Power' bagi tujuan menghakis penguasaan UMNO-BN sekali gus menghantarkan suatu mesej betapa pedih dan peritnya erti kekalahan yang mana UMNO-BN tiada rasai sebelum ini. Dan kenapa serta mengapa rakyat mulai tolak dan muak dengan UMNO-BN mutakhir ini, secara ringkas.

i)Kezaliman seluruh instrment kerajaan disalahgunakan oleh pemerintah Mahathir dan koncu-koncu bagi menindas DSAI merupakan faktur asas bermulanya kemarahan rakyat terhadap kerajaan dan pemerintah di negara ini.

ii)Agenda politik perkauman Melayu sering dicanangkan UMNO menjadikan kaum-kaum lain mulai rasa tidak puashati lantaran mereka mempergunakan protes senyap dengan mengalih 'swing vote' kepada politik pembangkang.

iii)Penyakit kronik dalam UMNO, perebutan jawatan, rasuah, politik wang, perebutan kontrak, sikap pemimpin elitis tiada mesra rakyat, nepotisme-kronisme semakin mencetuskan rasa muak di kalangan rakyat yang mahukan sistem pemerintahan yang telus mula meninggalkan UMNO.

v)Terpinggirnya golongan intelektual, profesional, budayawan, aktivis sosial, ulamak mula menyeberang ke pihak pembangkang sekali gus mengakibatkan UMNO terpaksa mendepani barisan kepimpinan yang kosong dan kekeringan idealisme politik masakini.

v)Kesedaran politik baru dimonopoli sekelompok besar jenerasi baru yang celik IT, juga turut memberikan suatu ransangan besar dalam menolak UMNO dan memihak kepada pembangkang.

vi)Momokan media massa elektronik dan cetak yang menjadi agen muslihat dan pengampu berlebihan tanpa mengimbangi faktur kebenaran dalam mengolahkan maklumat dan info yang sentiasa bias memihak kepada parti kerajaan sekali gus para wartawan semakin berani menodai etika kepemberiataan yang berat sebelah. Ini merupakan suatu kebencian teramat sangat bagi seluruh rakyat di negara ini terhadap UMNO-BN.

Masih terlalu banyak sekali jika mahu dicoretkan di sini, apatah lagi untuk mendedah serta membongkar jenayah UMNO dalam menodai dan meragut sistem pentadbiran dan pengurusan negara terserlah ianya amat letih sekali untuk kita bicara dan paparkan di sini. Sebab itu saya berhujah bahawa UMNO akan melalui detik-detik cemas untuk memulihkan semula keyakinan baru rakyat di negara ini sekalipun PM baru, Datuk Najib sudah diramalkan akan terpaksa berhadapan dengan laluan sukar selagi Anwar Ibrahim masih terus servival bersama dalam politik Pakatan Rakyat.

Apa pun pembaharuan yang bakal di bawa oleh Najib ianya tetap hambar dan tawar di hati rakyat. kerana agenda yang dipromot oleh DSAI lebih berpengaruh, merekayasa dan mengashikkan semua rakyat di negara ini. Pakatan Rakyat bakal mengambil alih negara, insyaalah kita perlu hanya sedikit bersabar menanti masa. Dan apabila rakyat benar-benar fahaman dan mempergunakan kuasa mereka, baik 'people power' ataupun Makkal Sakti ketika itu UMNO-BN akan hilang segala-galanya nikmat warisan lagenda SDN BHD mereka di negara ini.

2 comments:

fairusrazak said...

Bagi saya UMNO sukar untuk pulih dan boleh dikatakan sudah terlewat untuk dibaikpulih kerana tsunami politik yang melanda kini tidak mungkin akan merubah angin rakyat untuk lari dari kepimpinan yang korup..

jamaludinmdisa said...

Terima kasih. Justeru itu kita akan saksi dan lihat UMNO akan kecundang dengan sendiri.Kerana ramai orang UMNO sudah muak dengan UMNO, ramai orang MCA mulai muak dengan MCA dan bagitu juga orang MIC berleluasa menjadi amat benci sekali dengan parti MIC.Hanya bersabar kita menunggu masa yang akan tiba,selepas ini UMNO-BN akan lenyap dari muka bumi ini.