Friday, October 2, 2009

PAS SUKAR DI BAGAN PINANG-MENGINGATKAN UMNO JANGAN BERCAKAP BESAR




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
(Penulis Bebas)

RAMALAN saya kali ini agak sukar tetapi tidak berkata mustahil PAS tidak boleh menang di DUN Bagan Pinang 10 October nanti. Namun mengajak UMNO, terutama sekali Timbalan Perdana Menteri agar tidak lagi terlalu bercakap besar. Ukuran kenapa PAS sukar, kerana DUN Bagan Pinang menempatkan 4,604 pengundi pos. Pastinya angka ini terlalu perit bagi PAS bersama dalam Pakatan Rakyat untuk mencipta kejayaan mudah di DUN tersebut.

Dalam keadaan apa pun saya masih juga menaruh harapan tidak mustahil PAS boleh menang di Bagan Pinang. Harapan ini tentunya mengecutkan hati perut orang-orang UMNO. Kalaulah di DUN kubu kuat UMNO pun mereka boleh kalah, maknanya gambaran Pakatan Rakyat akan lebih mudah untuk memerintah Malaysia selepas PRU akan datang. Di sini saya tidak boleh konsisten untuk berhujah seratus peratus Pakatan Rakyat menang. Dalam saya menyatakan agak sukar sedikit kepada PAS dan Pakatan Rakyat untuk menang di DUN berdasarkan hujah DUN Bagan Pinang kubu UMNO tidak benar juga. Kerana sebelum ini Bukit Selambau bukan kubu Pembangkang tetapi kubu BN, pun bagitu juga dengan Bukit Gantang tetapi kenapa Pembangkang boleh menang? Inilah yang memeningkan kepala pembesar-pembesar dalam politik UMNO.

Namun dalam keadaan apa pun ramalan saya betapa sukarnya PAS untuk mencipta sejarah kemenangan terbaru di kubu UMNO itu diikat dengan jumlah undi pos terlalu besar berjumlah 4,604. Amat kontras sekali bila dibandingkan dengan angka pengundi pos yang dikemukakan oleh PAS melalui, Setiausaha Agung, Datuk Mustafa Ali yang mendakwa hanya disekitar 1,200 undi sahaja. Ini perlu dijawab segera oleh pihak SPR?

Walau apa pun yang bakal terjadi di Bagan Pinang, UMNO jangan angkuh dan bercakap besar. Kerana saya percaya UMNO belum pulih. Kalau UMNO kali ini berjaya kekalkan kedudukan mereka di DUN tersebut, bukanlah bererti Pakatan Rakyat sudah ditolak oleh rakyat di negara ini. Ingat UMNO jangan bercakap besar. Kerana sebelum ini UMNO terlalu bercakap besar angkuh dan sombong. UMNO haruslah belajar lebih berhati-hati dan sensitif dengan kuasa rakyat(people power) yang akan ditentukan melalui swing vote di peti undi.

Kalaulah PAS menang ia mencipta satu keluarbiasaan. Inilah yang dinanti-nantikan dalam saat kita berbicara mengenai dengan wacana perubahan dan peralihan politik Malaysia masa depan dari kerajaan pemerintahan BN ke kerajaan baru Pakatan Rakyat dengan agenda mewajahkan Malaysia dalam sebuah negara baru hari ini dan masa akan datang.

1 comment:

jamaludinmdisa said...

walaupun pas kalah ia tidak mengambarkan UMNo sudah pulih.Dan bukan ukuran yang akan menentukan pakatantidak dapat perintah malaysia dalam pilihan raya ke-13.shabas srd jamaludin sepanjangan yangsaya ikuti penulisan tuan antara sesatunya anak kampung sawa kecil yang menjadi agen pencetus perubahan. Selamat berjuang