Friday, November 13, 2009

BUKAN MASA UNTUK BERTELAGAH-PEMERKASAKAN PAKATAN RAKYAT












OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas

SITUASI masakini bukannya waktu buat komponen-komponen dalam Pakatan Rakyat untuk terus bertelagah. Pertelagahan demi pertelagahan akan menimbul rasa mual dan kebencian tidak terhingga di kalangan para pengikut dan pendokong parti. Kalau ada krisis krisis kecil dalam PKR selesaikan segera. Dalam PAS isu "Unity Goverment" jangan ada yang cuba menyentuh lagi. Lupakan kesemuannya itu, kembalikan kekuatan kepermerkasaan Pakatan Rakyat yang sama-sama mempunyai motif besar iaitu besedia untuk menumbangkan kerajaan BN dalam pilihan raya akan datang.

Dalam PAS jangan berbangkit lagi fasal mahu bekerjasama dengan UMNO. Kalau masih mahu bekerjasama dengan UMNO kenapakah tiada insaf dari dulu?UMNO tidak pernah menjanjikan kemenangan apa-apa kepada PAS. Melalui Pakatan Rakyat sahajalah PAS manpu lebih memperlihatkan kepayaan yang terserlah.

Perpaduan hendaklah bulat dan tekad sekalipun masing-masing terpaksa mendepani pelbagai cabaran yang amat menggusarkan. Tanpa permuafakatan sebalik masing-masing mahu bangkit menegak sendirian. PAS selama-lamanya tidak beroleh kejayaan dan kemenangan untuk memerintah negara sekira masih berdegil mempertahankan prinsip usang secara sendirian. Hanya sistem dwi-parti sahaja yang mempunyai kuasa mustajad untuk menumbangkan UMNO-BN dalam pilihan raya akan datang.

Justeru perbalahan kecil perlu diatasi segera, perkemas dan perkuatkan Pakatan Rakyat dan pasti pilihan raya ke-13 UMNO-BN tidak berkuasa lagi. Kerana rakyat mulai risau dengan perkembangan politik mutakhir yang mula melandai Pakatan Rakyak yang amat memerlukan kecermatan dan kebijaksanaan bagi mencari resolusi penyelesaian. Jangan kita biarkan minda rakyat mulai berubah dan kembali kepada UMNO-BN. Alamat Pakatan Rakyat akan berputih mata sekiranya UMNO-BN tidak berjaya ditumbangkan dalam pilihan raya akan datang.



No comments: