Wednesday, September 23, 2015

BILA PAS TIDAK RELEVAN LAGI

  OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

PERKEMBANGAN politik PAS mutakhir tidak memperlihatkan sebuah parti politik yang matang dan dinamik sekalipun sudah menjangkau ke usia 64 tahun. Jika mengandaikan PAS itu sebagai seorang individu, ianya lahir dari spesis manusia yang kurang akal kecedikannya. Perkembangan demi perkembangan politik PAS tidak menampakkan ia manpu berdaya saing dalam kancah politik Malaysia.

Dewasa ini PAS kelihatan semakin tidak relevan dengan perkembangan politik semasa. PAS apa pun iniasiatif yang diambil untuk memecut kejayaan. Hasilnya tidak pernah membanggakan. Kemenangan berpolitik dalam pentas berdemokrasi di Malaysia sentiasa diungguli oleh UMNO-BN. UMNO cekap dalam percaturan(bidak-bidak politik). PAS era ulama pro-Hadi semakin lembab lagi tidak cerdas. Politik baru PAS penuh emosi dan persepsi. Politik tanpa fakta dan strategi. Manifestasi yang diperlihatkan ini tidak membangunkan kecerdasan minda berpolitik pimpinan pro ulama Hj Hadi.

Saya fikir PAS akan bertambah teruk dan buruk lagi tanpa bersama mereka golongan profesional yang membangun membawa PAS ke era kecemerlangan di sebelum Muktamar ke 61 Jun 2015 lalu. Kehilangan rakan profesional dalam PAS dewasa ini menjadikan PAS ibarat seorang pesakit yang kehilangan darah yang amat banyak sekali. Banyak sekali darah baru yang terpaksa pula dihisap masuk ke dalam tubuh PAS.

Politik PAS kian lapuk dan tidak relevan. Lagi pelik dan ganjil sekali apabila ramai  tokoh-tokoh baru PAS era pro-ulama Hj Hadi menyatakan tujuan mereka berpolitik bukan untuk menang. Biar kalah asalkan mendapat reda Tuhan. Perjuangan politik mereka melawan UMNO-BN semata-mata untuk mencari reda Ilahi. PAS tidak mahu ke Putrajaya. Pemimpin mereka memberitahu ahli-ahli empayar politik mereka cukup kuat dan kebal. Cuma dari Dungun ke Kota Bahru. Relevenkah idea ini dicetuskan. Pada saya amat pelik sekali masuk bertanding tidak mahu menang? Dalam dunia ini tidak ada jenis spesis manusia macam ini, Kalau kita tanya orang gila pun dia akan jawab bila masuk bertanding misti hendak menang.

Akibat dari sikap tidak berbuka, menjadikan PAS tidak pandai hendak berkawan. Bila kita keseorangan, bersendirian akan menjadi bak kata "Kera sumbang". Tanpa menjalinkan hubungan persahabatan. PAS kian terpinggiri, ketinggalan dan kesepian. Hendak menang dalam politik demokrasi di Malaysia misti ramai bersahabat. Walaupun berbohong mengatakan PAS kuat bila berkeseorangan. Persilatan tuan pastinya kecundang. 

Pada saya perkembangan politik terbaru PAS pasca ulama pro Hj Hadi bukan sahaja tidak relevan. Saya amat bimbang takut PAS akan secara perlahan-lahan menjadi parti yang pupus spesisnya di negara ini. Saya percaya islam akan menang kerana ia dalam pemiliharaan Allah. Tetapi, PAS belum tentu lagi. Kerana PAS bukan Islam dan islam bukan PAS. Ahli-ahli PAS jangan tersilap pentafsiran selama-lamanya. Kesedaran Dr Siti Mariah Mahmud dengan berani beliau menegaskan,"Keluar PAS tidak semistinya keluar islam" Mariah sudah mulai nampak cahaya keluar dari hujung terowong gelap menyelimuti perjuangan beliau bersama PAS hampir 20 tahun lebih kurang. Merdekakah Dr Siti Mariah mutakhir ini. Mudah-mudahan Dr Mariah tidak melakukan kesilapan selama-lamnya.

Kepada ulama pro Hj Hadi ingat PAS ada kitaran hayatnya. Tamadun Firaun jatuh dengan kebangkitan empayar Rom dan Parsi. Rom dan Parsi juga kecundang tidak manpu menyekat perkembangan islam. Namun, tamadun islam juga jatuh apabila gagal berhadapan dengan pertembungan tamadun moden Eropah Barat. Pun begitu empayar tamadun moden Barat juga sedang mulai menuju proses dihujung kehancuran. Cina sudah mengira betapa tamadun mereka pula selepas ini akan digiliri demi menguasai tamadun dunia.

PAS kena ingat masa untuk partinya jatuh sudah hampir tiba. Mungkin jangka hayat PAS lebih pendik dari UMNO. Sekalipun UMNO sekarang sedang bergelut dengan pernafasan talian hayatnya mulai tersekat-sekat. PAS juga hampir serupa dan senasib dengan UMNO. Bimbang sekali takut PAS akan jadi partai tidak relevan dan kemudiannya perlahan-lahan menjadi pupus dalam jangka masa 30 tahun lagi. Jaga PAS baik-baik puak-puak pro ulama Hj Hadi, jangan sampai ia diucapkan selamat tinggal...........

No comments: