Monday, September 21, 2015

PERMAUFAKATAN UMNO-PAS MENGHAMPIRI KE GARIS KENYATAAN


 




 
OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

SEJAUH mana usaha-usaha ke arah politik kerjasama UMNO-PAS tidak dapat dipastikan. Namun, perkembangan politik mutakhir, menifestasinya menghambat apa yang di gembar gemburkan bahawa PAS semakin mabuk di lamunan cinta terhadap UMNO. Saya dalam tulisan ini hampir percaya PAS akan bekerjasama dengan UMNO sekalipun keyakinan itu tidak 100%.

Hujah mudah saya kemukakan di sini. Buat tatapan ahli-ahli PAS, betapa kerjasama  PAS-UMNO tidak mustahil. Tuan Peresideng cukup berminta sekali hendak bersenggama dengan UMNO. Kita cuma menanti masa dan ketikanya sahaja. Kerjasama bagi membentuk kerajaan UMNO-PAS di Perak dan Selangor telah dicuba dan diusaha selepas PRU ke-13 tetapi tidak berjaya. Di Perak ia dihalang oleh Ustaz Ahmad Awang dan di Selangor ditentang oleh Sdr Khalid Samad. 

Isu UG empat kali dikatakan kepimpinan PAS bertemu dengan Pak Lah tanpa pengetahuan Tok Guru Nik Aziz juga menjadi rahsia terbocor tidak dapat dipersembunyikan lagi. Kita tahu siapa dalang-dalangnya. Yang sedihnya ahli-ahli PAS tidak dapat memahami realiti ini. Kiranya realiti ini terjadi. Saya percaya ramai sekali ahli-ahli PAS akan menangis. Tapi ingat wahai ahli-ahli PAS ia tidak mustahil.

PAS sekarang tersepit. Putus hubungan dengan DAP bukan sesuatu yang terjadi tetapi, ia sudah dirancang. Ke manakah PAS sesudah ini. PAS sangat lemah. Himpunan besar-besaran puluhan ribu, tidak menjadi fakta ukuran untuk PAS menambah kerusi mereka dalam PRU akan datang. Saya meramalkan PAS pertama sekali sekiranya tidak bersenggama dengan UMNO-BN ia akan kalah dalam PRU akan datang di Kelantan. Harapan UMNO untuk kembali menakluki Kelantan  bukan impian dan khayalan. UMNO pasti melambai impian akan merampas kembali Kelantan di PRU ke 14. Tahniah UMNO, percayalah itu juga pasti adalah pertolongan dari Tuhan. Tetapi kesemuanya apa yang saya sebutkan ini dalam ketentuan ilmu Allah.

PAS kini sangat lemah, ia kehilangan terlalu banyak darah. Penambahan darah bagi memulihkan penyakit dalam tubuh parti islam itu memerlukan masa yang lama. Peluang untuk UMNO-BN menang besar dalam PRU akan datang amat cerah sekali.

Kini PAS dapat merasakan kesemuannya.  Sebab itu ia mula merindui untuk bersenggama dengan UMNO. Bisik-bisiknya sudah ada. Ketidakmampuan PAS bersendirian dalam politik amat nyata sekali. Kenyataan PAS kuat oleh Nik Amar satu kebohongan belaka. Kalau PAS bersendirian dalam PRU ke 14, diramalkan Kelantan tewas. PAS tidak apa-apa kerajaan selepas ini. Parlimen PAS hanya manpu bertahan sekitar 6-7 kerusi sahaja. Inilah yang amat menakutkan PAS. Tidak mustahil jika bersendirian sejarah itu akan diukirkan semula oleh PAS. Kenyataan Mustafa Ali PAS sedia berhadapan dengan pengkhainat parti sanggup bertanding di tiga penjuru dan mengejar mereka di mana sahaja yang mencuri kerusi PAS. Pada saya kenyataan seperti itu amat tidak relevan lagi. Berpolitik untuk menang bukan untuk kalah. Orang gila barangkali manpu berucap berlawan politik untuk kalah. Berlawan politik kiranya hendak menang misti ada strategi. Menanti pertolongan Tuhan tanpa strategi bukan caranya kita berpolitik. Tuhan akan beri apabila kita berusaha dan berikhtiar, namun juga usaha dan ikhtiar itu misti menepati strategi. Berusaha dan berikhtiar tanpa strategi. Sesekali tidak akan diberi pertolongan Tuhan. Ingatlah tuan Mustafa Ali pertandingan 2 penjuru malah 7 penjuru bukannya melambangkan pandangan orang politik yang cerdik di negara ini. Pandangan tuan amat ketinggalan, bertambah buruk lagi apabila ahli-ahli tuan bertempik allahuakhbar. Kalaulah begini nasihat tuan kepada tuan Presideng alamat kering kontanglah PAS di PRU akan datang.

Tanda-tanda PAS mahu bersenggama dengan UMNO.

1)Dalam isu 1MDB bersabit 2.6 bilion ke akaun Najib lapuran WSJ. Kata ketua nakhoda Tok Arun Din, lapuran WSJ tidak masuk akal. Mana mungkin Najib berbuat demikian. Dia boleh menyalurkan ke akaun rahsia kalau mahu berbuat demikian. Apa macam ahli-ahli PAS. Kritik atau komen. Setuju atau tidak.

2)Tuan Presideng Rusila, WSJ hendaklah bawa saksi. 1MDB dia ingat curi buah nyoir kot(kelapa). Ahli-ahli PAS boleh menilai respon pemimpin mereka, saya tidak komen.

3)Tuan Presideng kata Najib ada kelemahan tetapi tidak penyelewengan, beri peluang kepada beliau menerajui negara hingga tempuhnya. Arun Din pula kata Najib pemimpin istimewa juga berikan peluang dia menerajui negara. Fikirlah wahai ahli-ahli PAS

4)Bersih 1-2-3 PAS sertai halal. Bersih 4 PAS kata haram. Macam mana wahai ahli-ahli PAS.

5)Himpunan merah nampaknya mereka o.k . Mufti Kelantan tidak fatwa haram atau halal. Apa macam tuan mufti(tidak konsisten)

Amanah terus konsisten PAS sudah menuju kepada kitaran hayat. Boleh jadi PAS hayatnya pendik di negara ini. Bersetuju bahawa islam akan berjaya. Tetapi PAS belum tentu. PAS bukan islam dan islam bukan PAS. Islam agama Allah, PAS cuma seyunit instrument sahaja. Islam itu agama, dan PAS alatnya sahaja. Ahli-ahli PAS jangan takut, benar sekali apa yang dinyatakan oleh Dr Siti Mariah Mahmood " Keluar PAS bukannya bermakna keluar islam". Jangan biarkan kepimpinan ulama PAS mengikat tuan/puan dengan janji syurga dan bidadari. Selamat berjuang Amanah Negara biarkan PAS bersenggama dengan UMNO yang dulunya di tuduh kafir dan munafik. Apa sudah terjadi dengan PAS, letih sekali bila memikirkannya. Mudah mudahan mereka insaf.

No comments: