Tuesday, March 14, 2017

HUSAM MUSA PENCETUS GELOMBANG POLITIK BARU-Mengharapkan Bulan Purnama Gerhana di Kelantan

 









 OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


BILA melihat sejarah pola pengundi rakyat Kelantan ia tidak bersifat statik. Rakyat Kelantan tidak selama-lamanya akan terikat kepada sesatu partai politik. Tidak mungkin Pas akan bertapak di Kelantan selama-lamanya. Sekalipun dikatakan ianya membawa risalah mesej perjuangan islam, tidak bermakna sama sekali islam yang didokongi Pas itu membuat partai tersebut akan menjadi partai islam yang kekal di bumi Kelantan hingga kaimat.

Ingat betapa jatuh bangunnya rakyat Kelantan berpolitik terlalu unik. Sejenak melintasi ingatan sejarah pola politik pengundian orang Kelantan sentiasa berubah-ubah. Sejarah PRU Umno-Perikatan bertapak di Kelantan seketika, pilihanraya 1959 rakyat Kelantan memilih Pas sebagai pengganti Umno. Sekitar tahun 1977/78 ekoran krisis politik Kelantan(Asri-Nasir) mencetuskan satu babak baru membawa kepada rakyat Kelantan kembali menolak Pas. Pemilihan Umno-Bn juga gagal bertahan lama, PRU 1990 Pas kembali semula di Kelantan hingga kini. Era Tok Guru Nik Aziz bersama Pas ia melebarkan jarak masa Pas di Kelantan sedikit panjang usianya.

Kini Tsunami kecil mula meriakkan golombang baru politik negeri Kelantan ekoran penyingkiran ikon besar rakyat , Dato Husam Musa. Husam saya fikir bukan budak kecil, sebaliknya pakar yang akan mejunamkan bahtera Pas kini yang berpusing-pusing ketidaktentuan arah hendak ke mana hala tujunya. Sekalipun Husam sekadar mengemudikan sampan kecil namun, susuknya memperlihatkan betapa rakyat Kelantan yang sedang mabuk ombak dalam bahtera Pas di tengah-tengah lautan difahamkan lambat laun sebelum PRU akan datang mereka akan berpaut ke sampan kecil bersama Husam.

Kalangan pemerhati politik ramai meramalkan bahtera Pas Kelantan dirasa akan pecah di tengah lautan bila dipukul gelombang. Pas Kelantan bukan sahaja carik tapi koyaknya kian merabak besar. Kesetiaan ahli-ahli Pas terhadap Tok Guru Nik Aziz amat besar sekali. Umno dengan seluruh kekuatannya hingga kini belum mampu merampas Kelantan. Akhirnya Umno terpaksa berlembut-lembut dengan Pas demi untuk merampas kembali kuasa politik Kelantan ke pangkuan mereka.

Saya tidak mempercayai kata-kata PM "Umno tidak niat rampas Kelantan" sebaliknya saya percaya kata-kata anak muda Kelantan, Nik Abduh "Matlamat Pas bukan untuk menjatuhkan Umno". Di sinilah saya sedar betapa rakyat Kelantan pastinya bangkit mendokong kuasa politik baru Dato Husam. Sekalipun riak politik Husam kecil gelombangnya. Tetapi tidak siapa yang tahu bakal tsunami besar di dasar lautan bumi kelantan sedang bergelegak cuma menunggu masa untuk mencetus momentum besar  bakal menghempas bahtera Pas di lautan Pantai Timur yang kini sedang berpusing-pusing kerana pengemudinya telah kehilangan kompas. Jika ianya berterusan bakal datang gelombang tsunami besar akan meranapkan impian Pas untuk bertahan di bumi Kelantan. 

Politik baru hari ini tidak lagi boleh dibanggakan dengan ramainya keahlian yang dimiliki. Membangkitkan gelombang himpunan besar-besar dengan mengaut orang yang sama di setiap perhimpunan kini ia bukanlah lagi satu isu menggerumkan. Pokoknya apa yang kita tidak terfikir politik rakyat kini tidak lagi terikat kepada mana-mana partai. Akan berlaku senario menjadi ahli Pas, memasuki pondok panas Pas, berpayung bersama Pas, melalui saluran Pas, tetapi swing votenya dalam peti undi tidak mustahil mereka memangkah Amanah. Apakah Pas Kelantan tidak memikir hal-hal sebagini akan terjadi di PRU akan datang. Apakah mereka masih sepertimana dulu-dulu berkhayal dengan kejayaan himpunan mereka yang ramai. Tetapi dalam peti undi kosong.

Saya fikir ini bakal yang akan terjadi kepada Dato Husam di Kelantan. Melihat sikap kepimpinan Pas yang masih "flip-flop"  sudah pasti rakyat Kelantan akan menghukuminya nanti. Saya bersetuju dengan pandangan Prof Agus, tiada apa lagi dalam Pas kecuali kelesuan dengan ceramah-ceramah lontaran maki hamun yang tidak berkesudahan. Generasi inikah yang mahu dan kita ternak sebagai bakal pimpinan masa depan Pas? Terpulangkah jika itu kehendak warisan DNA mereka.

Saya optimis rakyat Kelantan akan menolak Pas keluar dari bumi Kelantan. "SAYONORA PAS". Selamat tinggal bumi Kelantan.

No comments: