Thursday, March 9, 2017

KEKELIRUAN YANG MENYERABUT







OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

MASA semakin singkat dan hampir. Nampaknya keserabutan kian membelit-belit partai politik pembangkang. Partai oposisi apa hendak jadi?Grand Colition untuk menghimpun semua partai politik pembangkang ke dalam satu kem kelihatan tidak bagitu cukup menjadi. Apa yang pembangkang cari? Sampai bila mahu mengekori dan memujuk PAS wahai Mahyuddin?

Berkali-kali saya merayu tokoh-tokoh besar PPBM dan PKR lupakan Pas dahulu. Perkukuhkan PH. Kalau sesudah itu Pas mahu datang kemudian, bolehlah fikir-fikirkan samula. 

Pas pun cakap tidak serupa bikin. Kalau tidak silap ingatan, Presiden mereka sudah berkali-kali menjelaskan pendirian dan sikap  sesekali tidak akan bersama PH selagi masih ada hubungan dengan Amanah dan Dap. Kalau PPBM dan PKR mahu bersama Pas maka Azmin dan Mahyudin hendak mengikut telunjuk Pas iaitu sepak sahaja partai Amanah dan Dap ke dalam longkang. Kabar berita terkini ada menyatakan "Pas jemput Bersatu runding pembahagian kerusi". Kalau ini betul memang "flip-flop" bermain-main lagi. Ingat Azmin dan Mahyuddin harga Pas terlalu mahal. Umno pun sedia hendak membeli Pas.

Kita lupakan dulu kemenangan pembangkang untuk PRU akan datang. Selagi keserabutan bertambah membelit. Jangan hidupkan apa-apa kemenangan. Kemenangan sesekali tidak akan tercapai selagi front pembangkang bercelaru. Penyelesaiannya biarkan Pas mahu memilih siapa bakal penemannya di PRU akan datang.

Untuk seketika demi masa kian singkat. Amanah dan Dap usaha beria-ria untuk merasakan jadi PM dan TPM. Saya fikir masalah yang mula bersarang di otak bahawa kumpulan merekalah yang berhak jadi PM dan TPM, inilah yang menyebabkan PPBM mahu sangat hendak bersama Pas. Jangan lupa Mahyuddin orang Pas pun tidak mahu anda jadi PM. Tokoh utama mereka pemimpin ulama bertaraf dunia lebih layak menjadi PM. Azmin sekalipun PKR dibayangi Anwar yang tersekat di penjara juga rasanya kepunan sangat untuk mendapat kedudukan di situ.

Saya rasa Mohamad Sabu usahlah tuan fikir untuk jadi PM, kerana Amanah partai kecil, pun bagitu juga dengan Dap, Sdr Lim Kit Siang dan Guan Eng minta tolong jaga Pulau Pinang. Kalau Pas hendak lawan semua kerusi di Penang pun tidak mengapa. Mereka kuat dan ada sokongan di mana-mana boleh teruskan niat itu.

Biar Mahyuddin dan Azmin fikirkan bagaimana hendak berkawan dengan Pas. Selagi strategi politik berterabur, jangan fikirkan hendak jadi PM.

Senyum-senyumlah Najib, kerana Tuan sudah yakin Umno menang dengan pertolongan Pas.