Thursday, March 30, 2017

MENANTI MUKTAMAR APRIL DI ALOR SETAR-Hadi Tidak Tergugat

 
 



 




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com


PEMERHATI politik melihat Pas di era Hadi kini semakin berserabut. Pas ibarat sedang dikemudikan seorang nakhoda yang kehilangan peta dan kompas. Arah pandu bahatera yang sedang berligar dan berpusing-pusing ketidaktentuan arah mana yang hendak dilayari. Ber u-turn berkali-kali. Berflip-flop di sana sini terus menjadi-jadi. 

Wajarkah Hadi terus menerajui Pas ataupun berundur di sini? Muktamar Pas April di Alor Setar menjadi saksi. Saya fikir Hadi tidak semudah itu untuk berundur dari kepimpinan tertinggi partai. Ekoran RUU 355 yang mungkin terperap di ranking terkebawah. Entah bila ia boleh dibahaskan di Parlimen. Jawapannya masih menjadi teka-teki bualan ramai. Hadi dengan asyik penangguhanya. Zahid Hamidi mendahulu PM katanya RUU 355 pihak kerajaan akan membawanya sendiri. Sedangkan Najib berkata kerajaan tidak bersedia lagi.

Wajar sekali Dato Husam mendesak Hj Hadi berundur setelah gagal menghantarkan semula mesej RUU 355 itu ke Parlimen. Apakah ini juga kerana salah Dap dan Amanah? Mungkin manipulasi isu ini akan dipermainkan orkestranya sebagai wayang politik yang akan dipertontonkan buat semua walauta/walaunti selepas ini. Implikasinya, oposisi berjaya dipecahkan. Inikah yang dicari oleh Umno? Bersetuju dengan Husam, Hadi sudah sampai masanya berundur dari kepimpinan tertinggi Pas. Tetapi siapa yang boleh mengundurkan beliau?

Dalam isu ini saya bersetuju pula dengan Ustaz Nakhaie. Nakhaie mengingatkan kita semula dengan sejarah Pas selepas diterajang keluar dari komponen BN melalui krisis politik(Asri-Nasir) 1977/78. Kemasukan golongan muda dari ABIM satu suntikan darah baru 'Blood tranfusion' bagi menguatkan semula tenaga kekuatan baru dalam Pas. Tokoh muda ABIM seperti, Dato Fadzil Nor, Nakhaie Hj Ahmad, Ustaz Halim Arshat, Syed Ibrahim Syed Abdul Rahman, Hj Hadi, Ustaz Yahya Othman dan ramai lagi. Mereka inilah menjadi komponen besar yang memberikan nafas baru Pas. Dan mereka inilah yang menjadi 'political pressure' yang menekan kelemahan kepimpinan Dato Asri lantaran mengasak dan menolak ucapan dasar Presiden Pas waktu itu.

Situasi politik Pas kini, khasnya menjelang sekitar Muktamar April di Alor Setar nanti, adakah kumpulan-kumpulan dalam Pas yang tidak senang dengan pendekatan dan sikap Hj Hadi yang gemar berselindung di balik kemesraan dengan Umno akan menjadi lebih berani macam kumpulan pemuda dari ABIM yang menyerap masuk dalam Pas kemudian mereka mengasak di Muktamar di Dewan Bahasa Dan Pustaka dengan 'political pressure' yang membawa berakhirnya Dato Asri dari Pas.

Saya fikir yang mengelilingi Hj Hadi ketika ini tidak akan bertindak sedemikian seperti apa yang pernah dilakukan oleh generasi muda dari ABIM yang berhijrah ke dalam Pas sekaligus bertindak pantas menyelamatkan Pas dari terus diterajui Dato Asri dan gengnya. Tidak tampak tanda-tanda jelas situasi seumpamana itu akan berulang lagi. Hadi dalam kondisi yang cukup selesa. Menetang kepimpinan akan dilabel tidak "WALA" mungkin di cop pengkhainat. Pengkhainat wajib di keluarkan dari jemaah. Kerana itu sudah menjadi proses sunatullah(penapisan).

Bersetuju dengan Nakhaie, yang berkelayakan menolak Hj Hadi keluar dari kepimpinan tertinggi Pas cumalah kepimpinan yang terkeluar dari Pas menubuhkan Amanah. Mereka ini ada pontensi besar untuk bertindak sedemikian jika masih kekal berada dalam Pas. Malang sekali mereka direncanakan terlebih awal terkeluar dari jemaah Pas.

Muktamar April di Alor Setar menjanjikan kedudukan Hj Hadi seterusnya dalam heriaki kepimpinan tertinggi tidak tergugat. Sebaliknya ia semakin kondusif. Kerana walaunta/walaunti terus mempertahankan kesetiaan "Wala" membuta tuli tanpa berfikir lagi.......Selamat bermuktamar buat partai islam se malaysia(PAS).