
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com
Di AWAL kita bermula, di ambang Malaysia Baru teraju kepimpinan Pakatan Harapan PM Tun Mahathir diharapkan banyak perubahan akan berlaku. Tugas memperbaiki urus tadbir negara yang sudah koyak rabak rejim terdahulu sangat besar dan menuntut kebijaksaan pentadbiran Tun membina semula Malaysia baru yang lebih baik sangat mengharukan.
Budaya rasuah yang mengakar umbi di kalangan pemimpin rejim terdahulu hendaklah dihapuskan. Akar umbi itu sesekali jangan dibiarkan menjalar di kalangan kepimpinan baru PH dalam semua peringkat.Rasuah yang menjadi barah negara wajib di bunuh. Mana mana pemimpin yang bersalah menyimpang urus tadbir negara dengan memunggah kazanah rakyat misti di bawa ke muka pengadilan.
Memperbaiki sistem urus tadbir dengan telus. Selamatkan wang rakyat dari dilonggok dan dikambuskan dalam busut busut di luar negara. Bersama Tun dan PH kita memperbetulkan semula semua ketempangan regim yang lalu. Kembalikan hak rakyat kepada yang berhak memiliknya. Kepimpinan PH adalah hamba kepada rakyat. Kebajikan, keadilan, kemakmuran seharusnya dikecapi bersama.
Budaya politik dedak hendak ditamatkan. Jangan jadikan rakyat dan umat islam di negara ini bagaikan ayam itek yang perlu ditaburkan dengan dedak. Namun membantu rakyat marhein yang daif dan miskin hendaklah disalurkankan atas rasa tanggugjawab kita selaku pemimpin di era Malaysia baru dengan lebih baik dan teratur. Bukannya merasakan wang itu sebagai dedak dan rakyat di negara ini dimomokkan dengan umpanan dedak-dedak sebagai habuan politik. Justeru dalam waktu yang sama bilamana dedak mempengaruhi pemikiran rakyat menjadi mudah pula regim-regim melonggokkan dedak-dedak di kantor-kontor mereka.
Contoh negatif ini harap jangan lagi mahu cuba dipraktikkan mana-mana kepimpinan dari kerajaan PH. Perbuatan angkara regim regim terdahulu dan konco-konco mereka wajar diadili kerana memunggah kazanah rakyat untuk kepentingan diri.
Sesungguhnya bermula kerajaan Malaysia Baru PH membuah petanda yang mengembirakan. Sedikit sebanyak perubahan bakal bermula sekalipun ia tiada memenuhi sepenuhnya janji-janji menifesto sudah mencukupi. Menurunkan kadar GST ke angka O, melonggarkan bayaran PTPN bila tangga gaji di aras RM 4000. Menetapkan harga minyak diparas yang ditentukan, malah juga bilamana kadar kutipan tol-tol sedikit dikurangkan bukan dihapuskan saya fikir kerajaan PH sudah jauh mengatasi urustadbir kerajaan regim terdahulu. Sudah pasti Tun berupaya memperbaiki semua ini.
Bilamana kerajaan baru PH memenuhi urustadbir yang positif dan telus, kebertanggungjawaban, tiada unsur-unsur rasuah dan ketirisan,keadilan dalam perundangan,rakyat termiskin di bela, sistem pendidikan dan kesihatan dan lain-lain diperbaiki dan dipertingkatkan semula ia pasti akan meloncakkan semula Malaysia di mata dunia.