Friday, November 14, 2008

POLITIK MALAYSIA HARI INI-MENANTI PERANG ANWAR-NAJIB




OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

PERKEMBANGAN politik Malaysia mutakhir memperlihatkan kepada seluruh rakyat di negara ini di mana sudah pasti akan berlaku pertarungan hebat antara Anwar Ibrahim dengan Najib Tun Razak. Hampir mendekati Najib akan jadi PM Mac 2008 kalau tidak bahtera UMNO pecah dan tenggelam dalam lautan perebutan pemilihan nanti. Percayalah Najib akan moncul sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 mengambilalih teraju pemerintahan negara dari Abdullah Badawi yang tidak akan mempertahankan kedudukanya dalam pemilihan UMNO akan datang.

Bakal Perdana Menteri ke-6 itu sekarang sudah dikatakan gementar untuk berhadapan dengan kebangkitan ikon pujaan rakyat, DSAI yang sudah pasti menjadi ancaman besar dalam era pemerintahan Najib selaku Perdana Menteri selepas Mac nanti.

Kegusaran Najib berhadapan dengan Anwar amat terserlah sekali. Saya percaya Najib lansung tidak mampu berhujah dengan Anwar. Ketakutan dan keguasaran Najib terpancar nyata apabila beliau sewaktu menggulung bajet di parlimen baru-baru ini tidak memberikan ruang lansung kepada Ketua Pembangkang, Permatang Pauh itu membangkit persoalan, pertanyaan dan memohon penjelasan. Inilah barangkali Menteri Kewangan pertama dan bakal PM yang dilihat amat lemah untuk berhadapan dengan Ketua Pembangkang popular itu. Lebih-lebih lagi Najib pula sering dikaitkan dengan isu dan skandal-skandal antaranya kes Altantuya dan yang terbaru disebut pula pasal skandal pembelian Eurocopter Cougar EC-725 bagi pengganti Nuri juga digembar gemburkan ada irasinya macam Shukoi dahulu.

Pertarungan Anwar-Najib akan berlanjutan sehingga ke pilihan raya ke 13 akan datang. Oleh kerana Anwar sudah sepenuh masa bersama Pakatan Rakyat bagi mencetuskan momentum baru kebangkitan semula ‘people power’(kuasa rakyat) sebagai agen perubahan. Sudah pasti kedudukan Najib selaku Perdana Menteri akan menjadi semakin bertambah sukar. Anwar bukan sebarangan. Tun Mahathir di katakan manusia hebat pun sukar untuk berhadapan dengan Anwar. Tanpa mempergunakan seluruh undang-undang dan instrument kerajaan bagi menjatuhkan Anwar saya percaya Tun Mahathir tidak mungkin dapat mengalahkan DSAI.

Sekarang mampukah Najib berhadap dengan Anwar. Inilah kemelut kekacuan yang menjadi gangguan ketakutan yang teramat sangat Najib terhadap Anwar. Dan Anwar pasti akan meneruskan agendanya menggerakan Pakatan Rakyat menawan Putrajaya. Anwar tidak mudah berundur dan menyerah kalah dan ‘LAWAN TETAP LAWAN”.

1 comment:

manvannusin said...

Bagi saya belum ada lagi tokoh melayu yang dapat menandingi kepetahan berdebat yang di miliki olih datuk seri Anwar,pastinya perang politik Anwar-Najib menjadi penentu pada keputusan pilihanraya akan datang.lebih lebih lagi dalam kegawatan economi dan kejatuhan harga komuditi utama malaysia saperti sawit,getah dan minyak yang belum tentu berapa lama akan pulihnya,kenaikkan harga barang keperluan yang tidak dapat di bendung kerajaan.di tambah lagi perangai mereka2 yang bergelar pak menteri kini hanya sibuk memikirkan bagaimana nak memenangi jawatan tertinggi parti di pemilihan mac ini daripada memikirkan bagaimana mengatasi kegawatan economi.lantaran keadaan ini pasti nya perang politik Anwar-Najib memberi banyak kelebihan kapada Anwar.raayat akan membuat penilaian di pilihanraya akan datang.