Thursday, February 12, 2009

POLITIK KATAK POPULAR DI MALAYSIA

OLEH: JAMALUDIN MD.ISA


SATU falsafah baru menguasai politik Malaysia, khusus politik UMNO iaitu POLITIK KATAK. Ramai pemimpin-pemimpin dan tokoh UMNO mempersalahkan DSAI yang dikatakan mempopularkan politik katak. Datuk Mahyudin Yassin, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industry berhujah bagitu dangkal menyanggah politik KATAK melanda negeri Perak dengan mempersalahkan DSAI yang dikatakan sebelum ini kuat sekali menonjulkan politik lompat. Anwar Ibrahimlah dikatakan memulakannya, dan UMNO sekadar ikut sahaja.

Pada saya apa ertinya kalaulah politik katak itu tiada bermaruah dan bermoral haruskah kita mencontuhinya? Malah ianya mengkhainati amanah rakyat yang memberikan undi kepada mereka, kemudian mereka curang ,tiada amanah dan mengkhainati. Maka apakah kewajarannya UMNO harus mengikut kalaulah itu falsafah politik baru yang dimulakan oleh Anwar Ibrahim. Kenapa harus UMNO mahu mengikut proses peralihan pemerintahan yang tiada bermoral dengan mengesampingkan proses demokrasi yang dituntut oleh rakyat dalam membuat sesatu pilihan yang adil. Kenapakah kita gemar dengan POLITIK KATAK? Kenapakah pula menuding kepada Anwar? Apakah kerana Anwar yang mencadang dan memulakan, maka UMNO pun ikut sama ? Di sini saya tiada faham dengan hujah Menteri Pertanian itu.

Pada saya Anwar Ibrahim tiada memperkenalkan politik KATAK sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di negeri Perak baru-baru ini. Anwar sekadar mengajak ahli ahli politik UMNO-BN meninggalkan perjuangan mereka dengan menyertai Pakatan Rakyat dalam usaha mengubah teraju pemerintahan negara dari UMNO-BN ke Pakatan Rakyat dengan penuh keiklasan dan keyakinan. Sebaliknya apa yang dilakukan oleh UMNO amatlah berbeza sekali. Sepertimana yang kita ketahui apa yang terjadi di negeri Perak bagaimana Adun-Adun yang dikatakan melompat KATAK itu sebenar diperangkap, dicuri, diugut, juga dengan sogokan habuan yang belum tentu mereka perolihi sekalipun mereka diasak dan didesak meninggalkan kerajaan Pakatan dengan melompat bagi tujuan menjatuh kerajaan yang memerintah negeri Perak yang diketuai Menteri Besarnya, Datuk Ir Mahamad Nizar Jamaludin dalam satu jenayah politik yang tiada mengikut saluran proses demokrasi yang menjadi pilihan rakyat di negara ini.

Pada saya kalaulah kita hendak mengambil sesatu contuh, mistilah memilih yang terbaik. Kalaulah Anwar Ibrahim yang memulakan, tetapi ianya adalah contuh yang tiada baik kenapakah UMNO harus mengikutnya? Tetapi inilah yang dilakukan oleh UMNO. Ia sungguh amat memalukan sekali.

Pada saya kita boleh melompat parti, sekalipun saya tidak setuju kerana ia mengkhainati amanah rakyat yang memilih individu itu sebagai wakil rakyat mereka. Tetapi, mengugut, mengurung, menculik kemudian memerangkap dengan habuan jutaan ringgit niat cuma untuk mengambil alih kuasa pemerintahan amatlah memalukan sekali. Dalam kes ini sekalipun DSAI tiada dapat kita nafikan pernah menyeru kepada wakil-wakil rakyat Parlimen BN meninggalkan BN dan menyertai Pakatan Rakyat bagi mengalih kuasa pemerintahan, di mana saranan itu dibuat secara terbuka, bukan dengan siri penculikan dan ugutan sepertimana yang dilakukan oleh UMNO di Perak baru-baru ini.

Ia berbeza sekali dengan cadangan popular Anwar Ibrahim sebelm ini. Dakwa menteri-menteri UMNO bahawa Anwar Ibrahim yang memulakannya amatlah tiada tepat sama sekali. Dan kita percaya UMNO beria-ria lagi untuk mempergunakan siri-siri pendekatan yang sama sepertimana yang mereka lakukan di negeri Perak, di mana exsperimen itu dikatakan akan cuba di Kedah dan Selangor. Apakah ini agenda pemulihan UMNO selepas kalah teruk dalam pilihan raya ke-12, pada 8 Mac 2008 lalu. Percayalah apa pun pada saya perubahan melalui agenda LOMPAT KATAK ini sekalipun meguntungkan baik UMNO-BN mahupun Pakatan Rakyat. Ia tiada bermaruh, memalukan serta satu pengkhinatan amanah rakyat yang memilih wakil-wakil mereka. Malah tiada kira falsafah ini daripada sesiapa sekalipun ia tiada boleh diterima oleh mana mana rakyat yang bermaruah dan berprinsip. Ingatlah mana-mana wakil rakyat yang dipilih melalui kertas undi untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk MELOMPAT MACAM KATAK ke sana ke mari. Dan ini juga bukan petanda rakyat sudah berubah dan UMNO sudah pulih? Malah satu petanda lagi rakyat jelata menjadi bertambah hilang keyakinan terhadap masa depan UMNO-BN untuk terus menarajui negara Malaysia tercinta ini.

4 comments:

Brahim Nyior said...

Salam, saya saja singgah sambil baca posting tuan. Menarik.

samagreen said...

Salam Sdr Jamaludin Md Isa,

1) Atas ‘keprihatinan’ sdr kepada masalah UMNO, janganlah sampai sdr terlupa meninjau masalah ‘dalaman’ PR.

2) Oleh itu izinkan teman menambah-baik para terakhir ulasan sdr agar kita dapat ambil ‘jalan tengah’

“Ingatlah, mana-mana wakil rakyat yang dipilih melalui kertas undi
adalah untuk berkhidmat kepada rakyat dan bukannya untuk MELOMPAT MACAM KATAK ke sana ke mari (ke BN maupun ke PR). Dan ini juga bukan petanda rakyat sudah berubah menyokong PR dan PR terus kuat? Malah bukan juga petanda rakyat jelata menjadi bertambah yakin terhadap masa depan UMNO-BN untuk terus menarajui negara Malaysia tercinta ini!!

Wassalam

SiamangBukit said...

Perihal katak ini, bila tuan menuduh UMNO pelopori politik Katak, ibaratkan tuan melopori pula menuding jari satu, empat jari menuding ke diri sendiri.

Anonymous said...

Saya perjelaskan apa yang direncanakan Anwar Ibrahim tiada sama dengan politik katak yang dirancang oleh Datuk Najib. Anwar tiada mengugut,menculik,menangkap dan merasuah. Apa yang mahu diungkapkan oleh Sdr Anwar Ibrahim ialah mengajak wakil-wakil rakyat meninggalkan UMNO dengan penuh kesedaran untuk memulih keadaan ekonomi negara yang kian meruncing,merubah rangkaian sistem politik yang tiada adil serta menindas,mengembalikan sistem kehakiman yang bebas dan telus, dengan sama-sama menyertai Pakatan Rakyat bagi mengmbil alih pemerintah daripada UMNO-BN. Ini berbeza dengan rancangan jahat yang dilakukan oleh UMNO.Mengajak tetapi tiada mengugut,menculik,merasuah sepertimana yang dilakukan oleh UMNO.Apakah sdr tiada dapat melihat perbezaan ini? Kita jangan jadi rakyat yang sentiasa buta dalam celik.Terima kasih kerani sudi masuk ke blog saya. Harap datang lagi jangan kecewa kalau kita tiada senada.Inilah ada perjuangan namanya.