Tuesday, March 31, 2009

SEMANGAT PERMATANG PAUH DAN KUALA TERENGGANU PASTIKAN TERUS DI BUKIT GANTANG DAN BUKIT SELAMBAU


OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEKALIPUN sukarnya untuk kita ramalkan siapa bakal menang di Bukit Selambau dan Bukit Gantang. Tetapi, kuasa rakyat dan makal sakti menjadi faktur besar akan menyumbang kekalahan UMNO-BN di kedua-dua kawasan tersebut. Apabila rakyat kenal kuasa mereka dan mempergunakan melalui protes undi. Percayalah UMNO-BN akan tewas lagi.

Kemarahan orang Cina dan India terhadap UMNO-BN masih berterusan. Apabila undi India dan Cina tiada lagi memihak kepada BN. Maka ruang untuk Pakatan Rakyat menang lagi amat cerah sekali. Saya percaya peralihan undi yang bermula dalam pilihan raya umum ke-12 lalu berlansung di Permatang Pauh, ke Kuala Terengganu dan pada 7 April akan mencatat sejarah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau seterusnya mengambil alih kuasa pemerintahan UMNO-BN dalam pilihan raya ke 13 akan datang. Baginilah berlansungnya proses anjakan kesedaran rakyat melalui makal sakti dan kuasa rakyat akan pasti terjadi lagi.

Mungkin anda mengatakan saya keterlaluan dengan momokan kemenangan akan memihak kepada Pakatan Rakyat. Sedangkan UMNO sudah dikatakan pulih dan sedang merangka bina kekuatan baru melalui Datuk Najib yang akan mengambil alih Jawatan PM 3 April akan datang. Pada saya UMNO amat sukar hendak dipulihkan lagi. Tarikh 7 April akan lebih mencemaskan Najib. Kalau UMNO kalah sekali lagi di kedua-dua Bukit alamat Pakatan Rakyat ipasti akan menguasai politik Malaysia dalam masa terdekat ini.Sesuatu yang amat mengelisahkan UMNO sekarang kerana orango-orang Cina dan India sudah tiada takut untuk memberikan undi mereka kepada PAS dan KeAdilan. Undi yang menjamin UMNO-BN selesa dengan kemenangan mojoriti bergaya sejak pilihan raya pertama 1955 hinggalah berakhir pada 8 Mac 2008. Makal sakti dan kuasa rakyat mula perpindah kepada parti politik oposisi. Sebab itu saya optimis Pakatan Rakyat akan mencipta sejarah kemenangan lagi di Bukit Gantang dan Bukit Selambau. Kalau tiada percaya sama-sama kita tunggu tarikh 7 April 2008.

4 comments:

kamal said...

SALAM TUAN...KITA SERAH PADA ALLAH..SETELAH KITA BERUSAHA...TUAN PERCAYA ALLAH KE MAKAL SAKTI..

Apakah orang melayu di Perak akan ada tempat di tanah negeri sendiri andainya Nizar yang menjadi pilihan pengundi di Bukit Gantang nanti.Ini lah persoalan yang perlu orang melayu fikirkan dengan sedalam dalam nya .Kita tidak mahu orang melayu ibarat menang sorak kampong tergadai.

Orang melayu Bukit Gantang perlu menolak Nizar sebagai wakil mereka kerana Nizar bukan sahaja sudah menggadai warisan orang melayu tapi juga sudah merampas hak hak orang melayu untuk diberikan pada DAP yang sememangnya sudah mempergunakan Nizar untuk kepentingan kaum mereka.Apa lagi yang orang melayu ada selain dari sekangkang kera tanah.Sudah lah orang melayu lemah dalam ekonomi malah tiada ada satu perancangan yang di buat Nizar untuk membangun kan ekonomi orang orang melayu.

Mungkin Nizar akan menukar nama Tanah Melayu ke Tanah Cina bila nizar ada kuasa nanti.Apakah orang melayu tidak sedar yang Nizar adalah seorang yang penuh dendam dengan orang orang melayu.Nizar berdendam dengan Raja Raja melayu terutama dengan Sultan Perak yang melucutkan kuasa Nizar sebagai MB Perak.

kamalfarsya.blogspot.com/

Anonymous said...

NIZAR adalh ikon seluruh rakyat malaysia. Udah pasti Sebutan namanya dah jadi jenama keluarga masing2 yang blh menyatukan berbilang suku kaum di malaysia.NIZAR pasti ada dlm sejarah politik yg menjadi tokoh yang terkenal pada zaman kini.UMNO/BN bagai sebuah nangka yg busuk udah jatuh pecah hancur dan rosak sebab ada penyakit kanser dan kuman2 tidak blh di ubati.Perayalah NIZAR blh menang BKT Gantang dgn selesa. Dia adalah org tokoh perubahan dan harapan rakyat malaysia.SElaku akan jadi PM masa depan. Syabas NIZAR.

Anonymous said...

Salam Kamal..

Kalu MB yang sah Nizar memang.. umno akan terkubur.. kita tunggu dan lihat !!

Anonymous said...

BeEnd..... .. ade ke Mail Pian lebih bagus dari Nizar? ade ke UmmNo lebih bagus dari Pas?...ade ke Mongol lebih bagus dari Kelante? ape lah.. gara gara RM $$$$...nafsu serakah dah jadi buta! tak di bawa mati benda tu