Thursday, March 18, 2010

SEMAKIN MENYALAK-ANWAR SEMAKIN KUAT



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

ANWAR IBRAHIM bukannya mudah untuk diserang. Kita tidak pernah melihat Anwar tewas dan kalah dalam mana-mana medan perdebatan dan penghujahan. Jangan kita fikir melepaskan anjing-anjing upahan untuk menyalak di sana sini, kemudian kita mengatakan Anwar sudah tewas. Anwar tidak pernah kalah. Waktu Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, yang disifatkan sesatunya tokoh politik dan negarawan pintar akhirnya terpaksa mempergunakan seluruh instrument kerajaan terhadap seluruh batang tubuh manusia bernama Anwar pun saya kira beliau masih belum tewas. Cuma mahkamah menghukum Anwar. Itu pun ia tiada juga mematikan perjuangannya. Di sebalik tembok besi Anwar tiada pernah berhenti daripada meneruskan agenda perjuangan.

Meroboh rangkaian Anwar, bukan maknanya beliau mulai lemah dan akan tewas. Melalak di Parlimen tiada menjejaskan pengaruhnya di mata dunia. Malah semakin kita kuat dan tegar melalak menggunakan agen-agen upahan, saya rasa Anwar semakin bertambah di hati rakyat. Semakin kita perbanyakkan gugusan lakaran kisah dongeng keburukkan terhadap Anwar semakin bertambah-tambah simpati rakyat akan bangkit melonjaknya ke Putrajaya.

Memperhuduh dan perburuk-burukkan keperibadian Anwar dengan harapan politik beliau agar mati terkubur di negara ini, merupakan satu tarian politik UMNO yang pastinya tiada akan menjadi. Anwar Ibrahim akan terus hidup dalam maya politik Malaysia yang akan terus menghantui UMNO.

Selepas ini apabila pelalak-pelalak yang menjerit dan melalak mengikut rentak skrip UMNO akan kelesuan dan keletihan, apabila suara lalakan di Parlimen seperti Zahrin hari ini mulai tidak akan kedengaran lagi. Namun, pengaruh Anwar akan terus tegap bangkit di mana-mana. Akar umbi adalah milik politik Anwar, justeru itu ia sesekali tiadalah menghairankan sekiranya UMNO dapat meroboh rangkaian Anwar dan mempergunakan orang-orang seperti Zahrin sebagai umpanan yang masih laku untuk di jual dan menjerit-jerit macam disampuk jembalang di Parlimen.
Jiwa rakyat tidak pernah pudar dengan idealisma dan agenda Anwar. Anwar Ibrahim bak kata sebutir permata jika dibenamkan ke dasar lautan , Anwar juga akan jadi pepohanan rendang tempat perteduhan para musafir yang kehausan bila sesat di padang pasir yang luas terbentang, malah Anwar juga bak kata akan menjadi pulau yang tumbuh di tengah lautan buat tempat persinggahan para nelayan.

Inilah individu, tokoh dan ikon politik besar yang akan bangkit merubah landskap politik negara menjelang pilihan raya ke -13 akan datang, pasti sekali lagi kejutan tsunami besar akan meroboh bahtera UMNO yang sekarang ini kelihatan terumbang-ambing di lautan dalam.

No comments: