Friday, July 16, 2010

KERJASAMA UMNO-PAS ISU BASI DAN KATAKAN SAHAJA KEPADA PM NO!!!



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)

POKOK tidak bergoyang dan angin tidak bertiup, tiba-tiba UMNO sekali lagi mahu membuat kejutan, kali ini melalui Perdana Menteri sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang tiada semena-mena mengajak PAS berkerja sama semula. Sebenarnya isu kerjasama UMNO-PAS sudah basi dan tiada bangkit sama sekali. UMNO usahlah sekejap-kejap bangkitkan isu permaufakatan UMNO-PAS. PAS juga jangan meledani ajakan UMNO itu. Kata, Menteri Besar Kelantan sebelum ini kepada pemimpin tertinggi PAS yang membangkitkan isu "Unity Goverment" sebagai kemaruk UMNO. Awas! dalam waktu saya menulis artikal ini jangan ada mana-mana pemimpin PAS yang cuba menampilkan diri mereka sebagai kemaruk UMNO. Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz sendiri "jangan mudah lupa" dengan isu ini kerana masih dalam ingatan seluruh para pemimpin dan ahli parti di mana Datuk Nik Aziz antara orang yang paling kuat menentang isu cadangan kerjasama UMNO-PAS yang mencetuskan kontrovesi sehingga terpaksa diadakan satu perbincangan khas seluruh pemimpin parti di KL sebelum ini. Sekali lagi ingatan saya "JANGAN MUDAH LUPA"

Lebih mudah dan lebih senang katakan sahaja "NO KOMEN", itu jawapan lebih selamat. Jangan sahut dan jawab bahawa "PAS AKAN SEDIA BERBINCANG DEMI PERPADUAN MELAYU/ISLAM". Dalam isu ini PAS jangan terperangkap lagi? Saya bersetuju dengan Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Hj Omar yang memperingatkan UMNO usahlah mempermainkan isu kerjasama UMNO-PAS, kerana isu tersebut sudah tertutup, mukadimah untuk perbincangan UMNO-PAS tiada lagi. Keputusan PAS adalah muktamad akan terus pertahan dan bekerjasama dengan Pakatan Rakyat dan bukan UMNO. Justeru itu, ianya sesekali tiada berbangkit apa yang dikatakan pentingnya kerjasama UMNO-PAS demi perpaduan Melayu/Islam yang mula di canang UMNO melalui PM baru-baru ini.

Kita tiada mahu lagi PAS terperangkap dengan UMNO berkali-kali. Jangan jadi macam Pelastin dengan Israel, di mana tiada ada perjanjian yang boleh membawa keuntungan kepada umat Pelastin dan tiada ada mana-mana perjanjian selama ini berjaya menamatkan konflik umat Islam yang menguntungkan umat Pelastin??

Kalau mana-mana pemimpin PAS tiada berhati-hati, maknanya sekali lagi kita akan terperangkap dalam rencana UMNO. Cukuplah dengan signal yang dinyatakan Perdana Menteri, UMNO bukannya lemah sebaliknya sudah kuat? Justeru kalau UMNO sudah kukuh dan kuat apa perlunya bersusah payah mahu bekerjasama dengan PAS pula. Kalau pemimpin PAS kata, "NO KOMEN" selamat sejahtera. Sebaliknya kalau jawab PAS sedia mempertimbangkannya alamat sekali lagi PAS bersedia menempah permasalahan baru yang menimbulkan banyak persoalan dalam proses permafakatan dengan rakan-rakan bersama Pakatan Rakyat. Selamatkanlah Pakatan Rakyat, biarkan UMNO hanyut dan tenggelam dengan banteranya itu.
PAS sudah banyak pengelaman dan amat dewasa dengan perjuangan. Justeru itu saya fikir pemimpin tertinggi PAS harus bijaksana menanggani setiap isu dan kemelut politik yang direncanakan oleh lawan politik yang sedang mencari "keuntungan" dalam percatur dan bidak-bidak politik.

Jawablah wahai pemimpin PAS dan katakan, "NO KOMEN" ataupun kerjasama UMNO-PAS tiada berbangkit lagi. Tiada lagi isu permaufakatan ataupun Unity goverment. Harap ingatlah kenyataan Datuk Nik Aziz,"PAS JANGAN JADI KEMARUK UMNO"






No comments: