Friday, July 30, 2010

EZAM SELAMATKAN UMNO SEBELUM SELAMATKAN SELANGOR



OLEH : JAMALUDIN MD.ISA(Penulis Bebas)


PADA hemat saya Sdr Ezam terlalu kardil untuk selamatkan Selangor. Tugas yang diberikan oleh UMNO kepada Ezam atas nama "SELAMATKAN SELANGOR" tiada mencapai apa-apa makna yang jelas sekadar memaki hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim sahaja.

Saya peringatkan Sdr Ezam, anda boleh berbeza pendapat, anda juga boleh menyerang Anwar Ibrahim habis-habisan, tetapi semakin kuat anda menyerang dan memakin hamun Penasihat PKR itu semakin banyak lagi anda meludah ke langit. Sekadar upahan jawatan Senator, ingatlah wahai Sdr Ezam Mohd Nor betapa anda belum pasti boleh menyakinkan rakyat di negara ini untuk kembali menyokong UMNO macam Sdr lakonkan dewasa ini.

Paling baik untuk anda, lupakan sahaja iniasitif untuk "SELAMATKAN SELANGOR", kerana saya fikir tiada perlu apa yang hendak diselamatkan negeri Selangor. Pakatan Rakyat akan terus mentadbir.

Yang penting Sdr Ezam harus terus memperjuangkan agenda menentang rasuah. Di mana hilangnya suara dan teriakan penentangan rasuah sebelum ini? Bila sudah masuk UMNO semula rasuah tiada kedengaran lagi. Apakah pendekatan berpolitik macam ini Sdr merasakan rakyat mempercayai cakap-cakap anda? Sebab itu baru-baru ini dalam ceramah Sdr kononnya mahu "SELAMATKAN UMNO" dilapurkan sekitar antara 250 ke 300 yang mendengarnya. Kalau macam ini lupakanlah saja wahai Sdr Ezam. Tetapi kalau mahu menyerang dan memaki hamun Anwar Ibrahim itu adalah hak anda dalam sistem demokrasi untuk berbuat demikian. Namun saya fikir jawatan Senator yang dihadiahkan buat sementara sebagai umpan untuk anda lebih kuat menyerang Anwar tiada mendatangkan apa-apa bekas kepada Penasihat PKR itu.

Malah semakin kuat anda memaki hamun, semakin ramai orang tiada mempercayai kelentong Sdr. Ingatlah, sekalipun anda terus memaki hamun Anwar kali ini atas tiket "SELAMATKAN SELANGOR" tugas anda itu tiada sedikit pun mengerumkan kerajaan Pakatan di Selangor.

Nampaknya drama anda memaki hamun Anwar yang berselindung dengan agenda "SELAMATKAN SELANGOR" akan lebih memburukkan imej anda di mata rakyat hari ini. Justeru itu lebih baik Sdr Ezam saya syorkan lupa sahaja cerita "SELAMATKAN SELANGOR", lebih baik dan mulia kalau anda manpu gerakan minda ke arah membantu menyelamat bahtera UMNO yang hampir karam itu. Jika bahtera UMNO yang anda tumpangi itu karam, yang akan lemas dan tenggelamnya anda, bukan Anwar Ibrahim. Kerja-kerja memakin hamun Anwar Ibrahim secara keterlaluan tiada menunjukan kebijaksanaan anda sekalipun hari ini anda berbeza politik.

Sebagai Senator dalam UMNO, anda hendaklah menjuruskan arah tuju masa depan politik bagi menyelamatkan UMNO. Masalah perpecahan, hakisan keyakinan jenerasi baru rata-ratanya tiada lagi bersama dengan UMNO, teruskan membongkar rasuah sekalipun anda berada dalam UMNO. Ini faktur paling penting yang anda perlu gerak kerja bagi menyelamatkan UMNO. Tiada erti sama sekali "SELAMATKAN SELANGOR" tetapi UMNO itu sendiri tiada selamat lagi. Kalau UMNO tiada selamat lagi ke mana anda selepas ini? Lebih-lebih lagi bagaimana jika ditakdirkan Tuhan Pakatan Rakyat sampai ke Putrajaya selepas PRU ke 13 tiada lama lagi. Selamatkan UMNO adalah lebih baik daripada memakin hamun Datuk Seri Anwar Ibrahim.