Sunday, October 18, 2015

MENCARI MAKNA DI SEBALIK GAMBAR INI.?...

 
 


 










OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
Penulis Bebas
jamalmd09@yahoo.com

APA makna gambar wang kertas satu ringgit yang dikumpul di Himpunan Fastaqim di heboh dan di perbesar-besarkan. Longgok ringgit atas nama perjuangan jihad dalam mempertahankan Istiqamah hingga Kemenangan di Kota Bahru semalam apa yang mahu dimesejkan kepada rakyat. Hebat sungguh dikatakan para pembilangnya terpaksa bercekang mata hingga ke pagi.

Secara sinisnya bolehlah saya berhujah begini, PAS pro ulama baru terlampau ego, gambar tersebut diviralkan bertujuan menunjuk-nunjuk bahawa parti mereka tetap kuat. Tentu sekali sindiran itu ditujukan kepada pihak Amanah. Mereka mahu berita betapa di perhimpunan tersebut PAS memperolihi sejumlah kutipan yang top dalam siri -siri jelejah ceramah sebelum ini. Juga bertujuan hendak menunjuk-nunjuk bahwa ahli-ahli PAS tetap setia dan istiqamah sepanjang masa. Kutip yang banyak itu dikatakan sebagai ukuran betapa PAS tetap mendapat sokongan yang tidak luntur sekalipun terpaksa berhadapan dengan kebangkitan politik Malaysia baru yang dipelopori puak Amanah.

Mereka megah dengan skala perhimpunan seperti itu dari dulu sampai sekarang. Kekuatan mereka diukur mengikut perkiraan tahap sejauh mana sambutan dalam perhimpunan anjuran mereka. Mereka bersorak, berteriak, malah bertempik berlintang pukang kerana seronok dengan ramai orang mengerumuni siri-siri jelajah ceramah mereka di mana-mana. Saya fikir kepimpinan PAS pro ulama akal mereka tidak lebih dan tidak kurang standard seorang penjual obat di pasar malam dan di tepi-tepi jalan. Mereka berdegar-degar berceramah mencerita kebaikan dan kemujaraban dalam mempromosi keberkesanan obat mereka.

Tapi apabila selesai berceramah dan obat mula dijual, seorang demi seorang pergi tanpa membeli obat tersebut. Baginilah PAS melalui lebai-lebai mercun mereka melepaskan tembakan peluru mercun berdentun-dentam, gamat sekali di perhimpuan fastaqim. Selepas ini dalam PRU ke 14 cuma dapat 6-7 kerusi sahaja. Kemenangan yang bergaya dalam setiap musim-musim berpilihanraya seringkali diserakah oleh UMNO-BN.

PAS gigit jari, lepas itu minta kekuatan semula semangat ahli dengan memetik ayat-ayat Allah itu dan ini, minta ahli bersitiqamah hingga ke akhir zaman. Jangan ahli-ahli PAS berpesta hingga melupa diri dengan nostolgik kebesaran dalam mana-mana perhimpunan tetapi sentiasa kalah dalam medan tempur. PAS tolong jaga Kelantan jangan sampai di tawan UMNO dalam PRU akan datang.........Tanpa Kelantan apa lagi PAS mahu menepuk dada..........di mana Hudud yang tuan-tuan sering perkatakan, sedangkan kuasa tidak untuk melaksanakan..........PAS kena sedar diri sendiri.........

No comments: