Sunday, August 17, 2008

PERMATANG PAUH-POLITIK SUMPAH DAN BOGEL

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA

SEWAKTU saya menulis buku “SILAP ANWAR TIDAK PILIH PAS” bulan Mac 2003 ketika beliau dalam penjara, saya sering mengungkap doa dan harapan untuk Anwar, “Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkanya kecuali DIA. Dan jika AllahSWT menghendaki kebaikan bagi kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaNYA, DIA memberi kebaikan itu kepada sesiapa yang DIA kehendaki di antara hamba-hambaNYA. Dan DIAlah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang(Suruh Yunus: 107).

Saya ulangi lagi doa ini khusus untuk DSAI yang menghadapi ujian hebat di Permatang Pauh. Pilihan raya kecil Permatang Pauh pada 26 Ogos 2008 kini selamat selesai proses penamaan calun pagi tadi. Selepas ini ruang legar politik Permatang Pauh akan membuka tirai dan menayang politik SUMPAH dan BOGEL yang mana bau busuknya akan menujah sampai ke langit. Bukan sahaja rakyat Malaysia, tetapi seluruh warga dunia sedang dipertontonkan sebagai saksi menifestasi kecelaruan politik Malaysia mutakhir ini.

Saya bersetuju Anwar tidak perlu menyahut sumpah. Kerana sumpah itu adalah gimik politik UMNO yang tidak modal lagi untuk berhadapan dengan kebangkitan tokoh Pembaharuan Asia itu. Saya yakin Anwar akan menang besar di Permatang Pauh. Bukan sekadar simpati tetapi Anwar populis. Bukan itu caranya UMNO berhadapan dengan Anwar. Politik sumpah dan bogel tidak lagi dipercayai rakyat. Cuma hanya segelintir kemaruk politik sahaja yang boleh menerimainya. Pada saya politik sumpah dan bogel yang sedang ditayangkan kepada para pengundi di Permatang Pauh akan melonjak lagi jalan pemintasan untuk Anwar sampai ke Putrajaya. Rakyat sudah muak dengan sodomi. Tetapi itulah sesatunya cara pada perkiraan orang-orang besar UMNO yang boleh menghalang Anwar daripada merampas Putrajaya. Politik kotor itu akan mempergunakan apa cara bukan sahaja sumpah, bogel malah apa sahaja skrip akan diolah bagi menghukum Anwar sekali gus akan membunuh kerjaya politik anak kelahiran kampong Ceruk Tok Kun, Bukit Mertajam itu.

Anwar Ibrahim sesatunya tokoh politik yang boleh merubah dan melakarkan semula landskap baru politik Malaysia. Justeru itu apa pun lebal jijik terhadap Anwar Ibrahim tidak akan berjaya dipintas oleh UMNO. Kecuali menjatuhkan hukuman dan penjara sahaja yang akan mampu menghalang kebangkitan momentum Anwar. Politik pilihan raya di Permatang Pauh akan terus membawa Anwar menuju jalan pintas ke Putrajaya tanpa menanti pilihan raya umum ke-13. Inilah yang amat membimbangkan ramai politikus dalam UMNO.

Tayangan politik sumpah dan bogel di Permatang Pauh tidak sesekali menjejaskan harapan Anwar untuk mencapai kemenangan besar dalam pilihan raya tersebut. Percayalah orang-orang UMNO apa yang dilebalkan terhadap Anwar itu, akan lebih memberikan keuntungan politik sekali gus kembali bertapak di Permatang Pauh. UMNO jangan mimpi dapat mengalahkan Anwar melalui peti undi. Kecuali ditangkap dan disumbatkan ke dalam penjara sepertimana yang berlaku pada tahun 1998/1999 dahulu. Tetapi seluruh dunia sekarang sedang memantau dan memerhati tokoh pembangkang utama negara yang akan kembali menjadi Perdana tidak berapa lama lagi.

No comments: