Saturday, August 9, 2008

ANWAR IBRAHIM-DARI PERMATANG PAUH KE-PUTRAJAYA

OLEH : JAMALUDIN MD.ISA
EKORAN Ketua Pembangkang, Datin Wan Azizah mengumumkan perletakan jawatannya selaku ahli Parlimen, Permatang Pauh. Gelora politik Malaysia kembali bergegar semula. Gegarannya pasti cukup hebat sekali, kerana Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali semula ke erana politik di negara ini. Sesatunya ikon politik Pembaharuan Asia dan personaliti antarabangsa amat mengerumkan UMNO-BN.

Permatang Pauh menjadi medan pertempuran yang dipilih Anwar setelah sebelum ini diwar-warkan bertanding di Bandar Tun Razak dan Kulim Bandar-Baru tidak menjadi kenyataan. Alternatif muktamadnya memilih Permatang Pauh yang merupakan medan strategic lagi tradisional untuk beliau kembali merebut tahta sekali gus mendominasi semula penguasaan politik terbaru di negara ini. Kemenangannya di Permatang Pauh nanti akan menjadi lonjakan bagi memenuhi impian menjadi Perdana Menteri setelah disingkir melalui satu rakaman sejarah hitam siri konspirasi politik tertinggi pada tahun 1998/1999.

Bukan hanya rakyat Malaysia sahaja masing-masing menghala fokus ke Permatang Pauh, malah juga seluruh warga dunia tentunya kali ini juga akan menumpu pemerhatian mereka ke Permatang Pauh demi menyaksikan satu pertarungan hebat antara Anwar Ibrahim dengan mana-mana tokoh yang akan mewakili UMNO nanti.

Statistik Parlimen Permatang Pauh mempunyai sejumlah pengundi berdaftar mengikut peruntukan pilihan raya ke-12 lalu sebanyak(58,449)pengundi. Turut mewakili pengundi berbangsa Melayu(68.5%); Cina(24.79%); India(6.3%) dan lain-lain (0.41%). Keputusan pilihan raya ke-12 lalu Dr Wan Azizah(PKR)memperolihi sejumlah undi(30,338); Datuk Pirdus Ismail(BN) mendapat 16,950 undi. Mojoriti dimenangi oleh Dr Wan Azizah(PKR) 13,388 undi.

Kesengitan dan kehebatan pilihan raya kecil Permatang Pauh kali ini dapat diramalkan kerana UMNO-BN belum reda dengan kemelut politik tersendiri ekoran kekalahan teruk dalam pilihan raya lalu. Pun bagitu juga UMNO-BN sesekali tidak akan membiarkan Anwar Ibrahim kembali bertapak semula dalam politik Malaysia. Kerana UMNO menyifatkan Anwar hari ini merupakan musuh utama mereka. Namun, untuk menyekat dan menafikan hak Datuk Seri Anwar Ibrahim agar tidak menguasai politik negara melalui pentas demokrasi sesatu yang mustahil untuk dipintas oleh UMNO. Sewaktu saya menulis buku, “ANWAR IBRAHIM Selepas PEMBEBASAN”-PENERBITAN JAMALUDIN, October 2004, diketika selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan, di Palace of Justice(Istana Keadilan) Putrajaya pada pagi 2 September 2004. Saya menaruh harapan dan keyakinan besar sekali terhadap Anwar Ibrahim dan meramalkan beliau mampu kembali menguasai semula persada politik negara tanpa platform UMNO. Melalui pentas Pakatan Pembangkang, saya percaya kalaulah Anwar komited dan yakin dengan Permaufakatan Pembangkang beliau pasti lambat launnya akan berjaya juga merebut semula tahta Perdana Menteri walaupun kini dirinya disingkirkan dari UMNO-BN. Saya buktikan dengan sebuah hasil tulisan saya menjelang pilihan raya ke-12 bertajuk , “ PILIHAN RAYA KE-12 Mampukah Pembangkang Perintah Malaysia?”-PENERBITAN JAMALUDIN, September 2007. Mengikut apa yang saya ramalkan dalam buku tersebut jika dipraktikkan oleh Pakatan Rakyat, Anwar boleh jadi Perdana Menteri. Dan hasil daripada ramalan itu PR berjaya mengakhiri era penguasaan UMNO-BN 2/3 mojoriti dan dapat membentuk kerajaan di negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan serta kekal mempertahankan kerajaan PAS Kelantan.

Apa yang boleh kita baca makna tersirat dalam politik UMNO sekarang. Anwar Ibrahim manpu merintis jalan semula ke Putrajaya. Kalau tersilap langkah percaturan politik yang sedia ada, kemungkinannya Datuk Najib Tun Razak kempunan untuk sampai ke puncak Plan Peralihan Kuasa di pertengahan tahun 2010. Tidak mustahil Anwar Ibrahim manpu membuat kejutaan pemintasan sekali gus Najib turut tersekat tidak kesampaian apa yang dihasratkan selama ini.

Pada dasarnya rakyat mahu menyaksikan demokrasi yang adil berlangsung di Permatang Pauh. Anwar Ibrahim harus dihormati haknya untuk menyertai pilihan raya kecil Parlimen tersebut. Namun, yang amat membimbangkan seluruh rakyat di negara ini yang cintakan keadilan dan kesejahteraan amat mencurigai sekali lagi Anwar Ibrahim di sabotaj. Apatah tidaknya, kita sudah mula mencium bau busuk menujah ke langit. Serentak dengan pengistiharan Datin Wan Azizah melepaskan jawatannya di Permatang Pauh, di mana rakyat Malaysia sudah diberitakan bahawa pihak polis sudah selesai penyiasatan kes liwat ke 2 Datuk Seri Anwar Ibrahim dan sekarang masa proses penyerahan kepada pihak Peguam Negara untuk dinilai semak bagi mempastikan apakah ianya ada kes yang boleh didakwa di mahkamah ataupun sebaliknya? Inilah yang teramat sangat menghantui pemikiran rakyat? Apakah kes terbaru ini akan menjadi factor penghalang sekali gus akan menjerat dan memerangkap buat kali kedua terhadap DSAI mencapai impiannya dalam kerja politik. Rakyat hanya penonton dan akan menyaksikannya.

Malah yang membimbangkan rakyat Malaysia mengikut apa yang dilapurkan oleh pihak akhbar dalam waktu saya sedang menulis rencana ini di mana “proses perundangan kes liwat Anwar tetap diteruskan-PM”(Utusan Malaysia 2 Ogos 2008). Inilah merupakan titik yang menjadi penghalang besar terhadap Anwar Ibrahim untuk kembali merampas tahta Perdana Menteri. Demokrasi dipercayai masih membuka ruang bagi Anwar Ibrahim bertapak semula dalam politik Malaysia. Tetapi insiden kes sodomi cukup rumit untuk diselesaikan dan Anwar mungkin sekali lagi akan tersekat dan tersepit di sini.

Kenapakah Anwar Ibrahim memilih Permatang Pauh, pendapat umum kalangan UMNO mengatakan Penasihat Parti Keadilan Rakyat(PKR) itu mahu mengalih perhatian rakyat terhadap kes terbaru yang sedang dihadapinya. Malah ada juga hujah mengatakan Anwar seharusnya sabar menanti pilihan raya ke-13, situasi waktu itu akan lebih menyelamatkan beliau. Tetapi waktu itu usia Anwar semakin kelewatan.

Seluruh pemerhati politik dari awal lagi menduga Anwar Ibrahim pastinya akan mencapai kemenangan mudah di Permatang Pauh. Dari persepsi demokrasi, sekalipun hak rakyat akan menentukan kedudukan Anwar. Tetapi umumnya sudah menjangka beliau pasti akan menang besar sekalipun UMNO menghantar anak muridnya, Sdr Ezam Mohd Noor yang sekarang menjadi penderhaka sesudah menagih simpati terhadap UMNO.

No comments: