Sunday, August 3, 2008

PILIHAN RAYA KECIL- TUMPUAN DUNIA KE PERMATANG PAUH

BUKAN sahaja rakyat Malaysia tetapi seluruh warga dunia akan mengalih tumpuan mereka ke Permatang Pauh, Seberang Perai, Pulau Pinang. Sudah pasti Permatang Pauh akan menjadi satu sorotan dunia apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali aktif dalam politik Malaysia. Anwar sesatunya ikon politik antarabangsa yang amat ditakuti oleh seluruh pemimpin-pemimpin politik dalam UMNO. Terutama sekali Datuk Syed Hamid Albar yang kelihatan hari demi hari cukup gelisah dengan kebangkitan semula dalam kancah politik negara.

Nampaknya UMNO mengakui hakikat yang amat sukar untuk mengalahkan Anwar Ibrahim di Permatang Pauh. Namun yang beria-ria benar hendak mencabar Anwar hanyalah Ezam mohd Noor. Beliau mengakui dirinya adalah pejuang sejati. Kasihan Ezam kalaulah tidak dipilih UMNO bagi berhadapan dengan Anwar di Permatang Pauh dalam pilihan raya kecil akan datang.

Oleh kerana pilihan raya kecil Permatang Pauh akan menjadi tumpuan dunia. Justeru itu kita mengharapkan sistem demokrasi Malaysia akan menjadi lebih telus. Apa yang berlaku di Permatang Pauh akan menghantar mesej kepada warga dunia gambaran sebenar menifestasi politik Malaysia hari ini.

Kita mengharapkan pilihan raya kecil Permatang Pauh tidak akan membawa suatu gambaran tidak baik terhadap sistem berpolitik di negara ini. Pihak media hendaklah memenuhi etika yang sebenar. Keadilan hendaklah ditunjukan oleh parti pemerintah bahwa mereka benar-benar menghayati erti prinsip berdemokrasi. Anwar Ibrahim seharusnya diberikan peluang untuk beliau memperjuangkan haknya dalam berpolitik di negara ini. Faktur inilah yang akan menjadi fokas utama menarik perhatian dan tontonan dunia untuk melihat proses demokrasi yang adil dan matang berlaku di Permatang Pauh

No comments: